Lupakah kita bahawa semakin hari ke depan menandakan semakin dekat kita dengan kematian. Hari, minggu, bulan dan tahun adalah umur kita. Bila ianya berlalu bererti berlalu umur kita. Maka apa persiapan kita sebenarnya!?
Sebenarnya kita umat Islam telahpun menyambut ketibaan tahun baru pada December, 18 yang lalu dan hari ini merupakan tahun yg baru pula di dalam perkiraan masehi. Apapun semoga setiap tahun yang mendatang ini akan mempertingkatkan lagi azam kita untuk berbakti dan membuat kebaikan. Semoga keazaman kita bukan sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik pada tahun2 sebelumnya tetapi juga keazaman kita untuk meninggalkan apa sahaja yang tidak baik pada tahun2 sebelumnya.
Semoga Malaysia bumiku bertuah akan lebih aman makmur lagi dibawah doa-doa para solihin. Semoga aku juga akan dapat lebih mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Yang Maha Esa dan meninggalkan segala perkara2 yang bertentangan dengannya.
Ya Allah aku bersyukur kerana memberi aku kebahagiaan di samping suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Aku lebih bersyukur dengan kurniaannMu memberi aku dua orang cahaya mata yg sempurna dan sehat tubuh badannya. Apa yang aku mahukan dariMu adalah semoga anak-anakku kelak menjadi insan soleh dan solehah, berguna kepada agama, kedua ibu bapanya, negara dan masyarakat sekeliling. Semoga hidupku sekeluarga akan jauh dari segala musibah dan kedukaan.
Hidup di dunia ini tidak pernah sempurna, diri kita tidak pernah juga sempurna, pasangan kita juga selalu atau adakalanya tidak sempurna, namun masa yang tuhan berikan sangat sempurna dan cubalah untuk menyempurnakannya.
1 comment:
sslam zura...satu tulisan yang sangat baik...akak pun berdoa yang sama dan memberi harapan yang sama seperti zura...Semoga kita mendapat mendapat mardhotillah
Post a Comment