Friday, January 1, 2010

Hobby Yang Lama Ditinggalkan

Sempena tahun baru ni mama nak memperkenalkan satu lagi hobby mama di waktu lapang. Hobby ini telah berputik semenjak mama diusia yang sangat muda lagi iaitu ketika di dalam darjah dua. Berusia 8 tahunlah waktu itu. Minat ini datang semasa nenek saudara mama sebelah ayah yang selalu datang bertandang ke rumah dan mengumpul perca2 kain dan dijahit menjadi selimut, alas kaki dan apa saja. Melihat kekreatifan arwah nenek Munah, menjadikan mama sangat berminat untuk mencuba belajar menjahit. Dengan tunjuk ajar nenek Munah akhirnya mama berjaya dapat menyiapkan sehelai alas meja kecil yang dijahit dengan jahit tampal iaitu bentuk Hexagon. Caranya mudah saja. Mari kita ikuti langkah2nya.


1) potong kertas dari majalah yg berkulit kenyal dan licin seberapa banyak yg kita suka dan ukurannya juga terpulang kepada citarasa masing2 dan bentukkan menjadi segi enam ataupun hexagon tetapi setiap segi hendaklah sama ukurannya
2) potong kain perca empat segi sama dan kain yang dipotong hendaklah dapat membaluti kertas bentuk enam segi ataupun hexagon itu

3) Setelah kain empat segi itu membaluti pada kertas tersebut lalu kita jelujur kasar. Buat sebanyak 7 keping dan cantumkan seperti gambar di atas. Coraknya terpulang kepada kreativiti masing2. Semasa mencantum ini sila sembat halus. Ini adalah corak 7 keping enam segi bentuk bunga. Sebenarnya terpulang apa jua corak dan design yg ingin kita buat. Banyak teknik mencorak yang boleh kita dapati di buku2 taupun di dalam internet


4) Buat seberapa yang dapat


5) kertas yang membalutnya jangan dibuka dahulu dan cuba buat untuk backgroundnya dengan warna yang disukai




6) Kemudian cantumkan kepingan2 corak yang telah dibuat itu dengan kepingan2 corak untuk background. Kali ini tidak perlu dicantumkan sebannyak 7 keping. Kita cuma perlu mencantumkan pada sekeliling kepingan corak yg telah disembat itu





Inilah patchwork ataupun jahit tampal yang mama buat 11 tahun lalu semasa mama mengandungkan Anne. Masa tuh cuti lama sangat kerana alahan so Doktor tak kasi banyak gerak kerana sering berlaku pendarahan jadi banyak masa hanya dihabiskan di atas katil hospital dan rumah. Masa inilah mama luangkan untuk kembali kepada hobby mama itu. Selepas 3 bulan akhir kehamilan barulah mama dapat berkerja semula dan langsung tinggalkan patchwork ini. Selepas itu terlupa dan baru2 ini bila mama mengopes semula khazanah lama barulah mama jumpa semula dengan patchwork yang terbengkalai ini dan berniat untuk menghabiskan semula. Warna background purle itu adalah warna pilihan kakak kerana blanket ini adalah kepunyaanya jadi dia mahukan warna2 dari Barbie Dollnya iaitu pink dan purple. Yang berwarna purple itu kainnya baru mama beli dan mulai menjahitnya sedangkan kepingan bunga2 hexagon itu telah 11 tahun dibuat. Semoga mama dapat menghabiskan projek yang terbengkalai ini secepat mungkin kerana kakak tidak sabar untuk tidur bersama blanketnya ini.





membuat patchwork sama seperti menyelesaikan satu masalah dalam pelajaran matematik. Kita sangat enjoy dan perlu gunakan kecekapan dan kretiviti semasa membuat cantuman dan ia juga seakan satu permainan puzzle. Amat menyeronokkan.


5 comments:

nor64 said...

askm zura..walaupun patchwork ni mudah nak buat tapi memerlukan ketekunan yg tinggi kan...syabas zura..kemas kerja jahitan ni...masa 1st baby akak buat sarung tilam guna kaedah ni tapi akak x bubuh kertas..zura bi kemas lagi..

Tie said...

ha ha.. teringat masa sekolah dulu. Kak tie tinggal di jb, kpg melayu dulu. Kawan2 bangsa chinese yang rajin buat ni. Ada satu jenis lagi... gunting bulat kemudian jahit sembat dan cerutkan... jadilah kedut2 di tengahnya. Pastu buat patchwork macam yang mama vogue buat. Dah lama kak tie tak buat gitu. Kurang minat laa.. minat masak je..hehe..

Mama Vogue said...

Wsalam Kak Nor


Benar tuh kak nor. Ketekunan dan kesabaran yg tinggi. Namun hasilnya akan sangat memuaskan. Cara akak buat tak bubuh kertas tuh cara mak saya tapi cantil jugak hasilnya kan. Rajin akak buat sarung tilam baby

Mama Vogue said...

Salam Kak Tie


Oh ya Kg Melayu JB. Saya ada ibu saudara di sana. Yg gunting bulat kemudian dicertkan tuh org Johor panggil bulan baju. Dulu emak saya menjahit baju kurung johor dan bila nenek datang dia akan ambil bulan2 baju ini dan jahit cerut lalu disambung utk dibuat alas meja. kalau guna kain plain lagi cantikkan.

Tie said...

Ooo... bulan baju namanya.. baru tahu. Kak tie ni nama je orang johor, tapi banyak betul perkara yang kak tie tak tahu.

Bila kak tie tengok pinggan2 yang mama vogue tayangkan tu, terus teringatkan pinggan yang ada di rumah tok (kg Melayu). Dah jadi antik tu...

Baguslah mama vogue hargai barangan dulu. Sekarang ni dah tak ada lagi. Barang dulu tahan lasak, kan.. Kalau pinggan ceramik sekarang ni mudah je sumbing. Tu yang malas nak guna.