Showing posts with label Sayur Kampung. Show all posts
Showing posts with label Sayur Kampung. Show all posts

Wednesday, February 11, 2009

Siput Sedut Sayur Keladi.....

Apa yg kita semua tau tentang peribahasa yg dikaitkan dengan keladi? Ini antara yg mama masih ingat :-
Miang miang keladi
Terima kasih daun keladi
Tua-tua keladi
Mencurah air ke daun keladi
Buang daun keladi berselimut daun birah
Daun keladi dimandikan
Alamak lagi apa daaaa......Lupa lah. Alah lupakan ajelah semua nie...tak pentingpun yg penting perut mesti nak berisi........... Cerita pasal keladi ni bukan nak cerita pasal peribahasa pasal keladi....lain hari kita cerita pasal peribahasa ya pulak. Sebenarnya mama nak cerita tentang Sayur Keladi Masak Lemak dengan Siput Sedut...... Aiseyyyyyy...terliuq sendiri.
Sayur Keladi Masak Lemak Siput Sedut

Sepokok batang keladi disiat kulitnya dan dijemur sebentar- utk menghilangkan getah agaknya. Kemudian dicelur sebentar, tetapi ini ialah keladi minyak so tak yah nak celur2 tapi kalau keladi lain kene celur ya.....



1kg siput sedut dikerat sedikit di bahagaian belakang- memudahkan utk menyedut
Dicuci bersih dan toskan airnya
*Jika korang beli siput dan bercadang utk masak keesokkan harinya make sure gaulkan siput2 tersebut bersama hampas kelapa. Ini utk memanjangkan jangka hayat siput tersebut


Segenggam udang kering
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
3 cm kunyit hidup
(Kesemua bahan ini ditumbuk)


Batang keladi yg telah dicuci dijerang bersama santan cair dari 2 biji kelapa dan masukkan bahan2 yg ditumbuk bersama 3 keping asam keping

Didihkan batang keladi sehingga lecur sedikit

Masukkan siput sedut

Bila kuah telah mendidih masukkan pula santan pekat dari 2 biji kelapa
Perasakan garam dan sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak dengan api perlahan


Sayur Batang Keladi Bersama Siput Sedut ini menjadi lebih sedap sekiranya dihidangkan di dalam mangkuk antik corak bunga kangkung bersama sudunya...
Percayalahhh....(Wei nak menipupun biarlah lojik sikit)
daaaaaaaaaaa

Wednesday, November 19, 2008

Kerabu Pucuk Paku

Bila dah makan lauk kampung kalau boleh sayur pun nak masak cara kampung jugak. Sebenarnya masakan kampung nie sangat menepati selera mama. Lebih2 lagi jenis2 kerabu ataupun urap.
Kerabu Pucuk Paku

1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
lada padi mengikut kepedasan
segenggam ikan bilis
sejari kunyit
(Kesemua bahan ditumbuk bersama garam)


Seikat pucuk paku yg dicelur sebentar
sedikit taugeh segar (tak perlu dicelur)


Panaskan sebentar bahan tumbuk dan kelapa
kacaukan sebentar di adalam kuali tanpa minyak ataupun disangar


Masukkan pucuk paku dan taugeh

Siap utk dihidang......

Rasa sangat berselera sekali makan kerabu pucuk paku, ulam daun kemagi dan lemak telur.
Memandangkan dah berpuluh tahun tak makan masak lemak telur ayam pra matang nie so mama abadikan bersama pinggan yg dah berpuluh tahun juga tak digunakan......Nostalgia sungguh menu mama kali ini....lebih2 lagi pinggan nie......hehehhehe...antik sungguh




Friday, June 27, 2008

Kerabu atau Urap...Yang Mana Satu?

Salam semua yang disayangi........

Lama dah dulu Nide penah tanya mama macamana nak buat kerabu yang kelapanya bertukar kaler menjadi oren ataupun kuning. Mama pernah bagi resepi tu kat Nide masa kat Laman Asmara dulu. Ntah Nide ingat ntahkan tidak dan masa mama berkunjung ke rumah mertua Nide semasa hari raya yg lepas, mama jugak dihidangkan dengan sayur kerabu daun bermi. Sedap Kak Ani buat kerabu bermi tapi kalernya putih. So kali nie mama nak tunjukkan pulak bagaimana membuat Kerabu Daun Selom Bersama Taugeh.

Segenggam udang kering, direndam, dicuci bersih dan ditoskan
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
10 batang cili padi


Kesemua bahan di atas ditumbuk seperti gambar diatas
1/2 biji kelapa parut putih

3 ikat daun selom dipotong dalam 2 inci
RM1 taugeh segar


Panaskan kuali dan masukkan kelapa parut putih bersama bahan tumbuk dan perisakan sedikit garam


Gaul sebati dan masak dengan api perlahan dan biarkan agak kering sedikit kemudian masukkan daun selom bersama taugeh, kacau dan balikkan kemudian matikan api segera



Kerabu Daun Selom bersama Taugeh
*Bahan yang ditumbuk bersama kelapa boleh juga digaul begitu saja bersama daun tanpa perlu memasaknya tetapi ianya tidak dapat bertahan lama dan mungkin cepat basi. Cara mama memanaskan sebentar kelapa dan bahan tumbuk untuk membuat kerabu tahan agak lama sedikit untuk cepat basi, tetapi pastikan sayur jangan dimasak terlalu lama. Cukup sebentar sahaja. Selain dari daun selom, pegaga, kacang panjang, pucuk buas juga sedap dan jika pucuk paku, pucuk ubi, pucuk teh, pucuk betik, jantung pisang hendaklah dicelur terlebih dahulu.
Silalah mencuba ya...mudah, cepat dan sedap.....
Assalamualaikummmmm