mama bersama Kak Balqis dan kak Shaqina. Masa tuh mintak tolong mereka pasal crossword dan gambar ini telah diambil oleh Kak Shakilla
Hari tu masa tengah sibuk2 kemas album lama, mama jumpalah gambar ni. Gambar lama. Gambar itu diambil semasa hari tak sekolah iaitu hari Sabtu kerana mama masih ingat, setiap hari Sabtu mama akan membaca akhbar di pagi hari sebab nak buat crossword. Mama rasa di dalam tahun 1984 tetapi di belakang gambar tersebut tertera tahun 1982. Apa yang mama ingat pada pagi itu mama sedang bermain dengan crossword. Mama dan abang mama no 3 selalu buat crossword ini bersama2. Masa tuh kakak mama yg kedua tinggal di asrama dan abang yg pertama juga masih di pengajian. Lepas tuh bila mama tak faham dan kurang pasti , mama akan berlari ke sebelah rumah. Kami berjiran dengan sebuah keluarga berketurunan Pakistan. Nenek mereka memang pure dari sana tetapi telah lama bermastautin di Melaka dan ayah mereka merupakan Benggali yg telah di Islamkan. Jadi bahasa mereka di rumah adalah bahasa Inggeris dan bahasa Pakistan. Sedap kalau dengar mereka bertutur. Mereka adik beradik jarang bertutur di dalam bahasa melayu kecuali dengan ibu mereka selain bertutur di dalam bahasa Pakistan.
Di quaters kami mereka tidak bercampur dengan jiran2 sangat kecuali dengan keluarga kami memandangkan kami jiran sebelah menyebelah. Hubungan kami sangat rapat dan baik sehingga kami adik beradik memanggil ayah mereka sebagai Babuji sama seperti mereka memanggil ayah mereka dan ibu mereka sebagai Amma. Mama masih ingat, mama dan abang mama selalu bermain bersama2 dengan anak lelaki mereka yg sebaya dengan abang mama kerana mereka juga bersekolah yg sama di Sek St Joseph Johor Bahru. Manakala kakak2 mereka juga bersekolah yg sama dengan mama tetapi mereka jauh lebih senior dari mama. Kami bermain combat, bermain belon acah dan rounders. Ibu mereka Bibi Salmah seorang yang sangat rajin dan terang hati. Bayangkan beliau seorang yang tidak tahu membaca menulis tetapi beliau seorang peniaga yg berjaya. Beliau menjual capati dan roti renjis setiap pagi. Beliau sangat fasih berbahasa Melayu selain Pakistan. Selain dari itu beliau juga pandai membuat muruku. Sedap betul masakan beliau. Satu lagi keistimewaan beliau ialah membuat ice cream. Ice cream beliau sangat sedap dan tak perlu disimpan di dalam peti ais. Beliau menyimpannya di dalam loyang kun yang bertutup dan dibalut dengan doh lalu digoncang dengan kuat di dalam belanga tanah sehingga ice cream itu menjadi kental dan keras membeku. Satu lagi kaedahnya dengan memasukkan ke dalam gabus putih dan dibubuh dengan ketulan ice bersama garam lalu digoncang2 dan ianya akan membeku dengan cepat lebihkurang dalam masa 15 minit. Ice cream inilah dipanggil KULFI dan jiran sekeliling menggelar dirinya dengan panggilan Bibi Salmah Kulfi Wallas. Kulfi ialah ice cream bagi orang2 di Timur tengah. Berbagai2 masakan yang emak belajar dari beliau dan hubungan baik kekeluargaan yang terjalin telah disatukan dengan sebuah ikatan perkahwinan abang mama dan anaknya yang nombor 5.
Mama bersama Kak Balqis, orangnya lembut dan penuh sopan santun
Itulah kenangan mama bersama jiran lama kami yang akhirnya menjadi besan emak dan ayah. Kenangan kami hidup berjiran masih segar dalam ingatan lebih2 lagi Babuji dan Amma telah lama meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri Rahmat dan di sini mama ingin berkongsi resepi ice cream ataupun Kulfi yg diajarkan kepada emak mama oleh Bibi Salmah yg kami panggil Amma.
3 tin susu cair dibuang label dan direbus lebihkurang 30 minit dengan 3/4 air. Tutup periuk rapat2 semasa merebusnya. Rebus dengan api yg kecil
Keluarkan dari periuk dan sejukkan kemudian disimpan di dalam peti dingin beku sehingga benar2 beku dan keras (Untuk mengetahui susu tersebut telah benar2 beku goncangkannya kuat2. Jika terasa mampat dan tidak berkocak bermakna ianya telah benar2 beku
3/4 cawan kacang pistachios ditumbuk ataupun dicincang
1/2 cawan kacang badan ditumbuk ataupun dihiris
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
1/4 kismis kuning
1/4 kismis hitam
1/4 ceri merah dan hijau
1 sudu besar air rose
Satukan kesemua bahan ini ke dalam susu yg telah dipukul tadi dan gaul rata
Masukkan ke dalam susu yg telah dicampur segala bahan dan kacau perlahan2 dan dibubuh di dalam bekas. Tutup rapat dan bekukan.
Anak-anak sangat gemar akan kulfi ini dan ianya memang menjadi pencuci mulut kami sekeluarga. Untuk anak2 yg sedang membesar adalah sangat digalakkan memakan kulfi kerana terdapat bahan2 seperti kismis, badam dan kacang pistachios yg sangat baik untuk perkembangan otak dan daya ingatan. Seperti anak2 mama memang susah untuk diberi makan kismis dan kacang2 ini begitu saja jadi bila mama hidangkan berupa kulfi mereka menikmatinya dengan gembira sekali. Alhamdulillah, selain ianya halal dan toyibban sebagai ibu kita berasa sangat bahagia bila anak2 dapat menikmati apa saja makanan di rumah hasil dari air tangan ibu mereka sendiri. Cublah luangkan sidikit masa untuk makanan anak2 biarpun yg sangat simple sekali.
Sebenarnya bahan2 sampingan itu boleh juga kita gantikan dengan kepingan coklat, coklat urai ataupun coklat chips atau apa saja yg disukai tetapi cara yg mama tunjukkan ini adalah cara tradisional bagi orang2 di Timur Tengah terutama Arab dan Pakistan.
2 comments:
askm
Tabik spring kat zura ni...betul2mengancam respi icecream ni...tgk resepi ni pun akak dah tau mesti laris lebih dari goreng pisang panas ye. InsyaAllah akan dicuba .
Wsalam Kak Nor
Terima kasih kak. Alah senang aje kak buatnya dana kak pun boleh buat pejam mata.
Post a Comment