Selalu mama makan ikan masak singgang ataupun ada orang panggil pindang. Memang sedap singgang kalau dimakan bersama nasi panas yg lembik2 dengan sambal belacan. Lauk lain tak ada pun tak apa. Si Adik memang suka lauk kuah singgang. Menghirup2 kuahnya. Tapi kali ini mama nak buat singgang dari hati ayam bersama pedal dan jantung. Singgang ini tidak berapa berkuah tetapi pekat serta pedas sebab itu ianya dipanggil Singgang Goreng.
1/2 kg pedal, jantung dan hati ayam (direbus dan dipotong sedang2)
Lada padi sebanyak yg mungkin tapi kalau tak tahan pedas tak usah bubuh banyak2
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
kunyit sebesar jari telunjuk
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Kesemua bahan2 dikisar halus kecuali cili padi diketuk sahaja dan tumis bahan2 ini kemudian masukkan cili padi dan bila terbit minyak masukkan pedal, hati dan jantung yg telah direbus. masukkan air asam jawa dan garam secukupnya dan biarkan kuannya mengering. Hiriskan lada merah dan lada hijau kemudian masukkan ke dalam kuali. Balik2kan kemudian matikan api dan angkat.
Hidangkan bersama nasi putih dan hidangan yg lain. jangan amalkan memakan organ2 binatang tetapi sekali sekala nak merasa tak apa
Amaran: Rasullah menegaskan memakan organ ayam tidak mendatangkan apa2 manfaat. Organ2 ini sama sekali tidak benar dalam memulihkan bagi pesakit yg mengidap tekanan darah rendah ataupun kurang darah. Itu adalah teori Yahudi, sebaliknya makanlah buah delima.
12 comments:
Kak tie tak pernah lak masak singgang macam ni. Biasanya jenis kuah putih je tu. Guna ikan je.
Memang tak bagus makan hati atau pedal ayam. Tapi kak tie suka.... Pernah baca suatu email. Anaknya sakit, kurang darah, jadi atas nasihat doktor, dia bagi hati ayam tiap hari. Sakit anaknya makin teruk. Sampailah dia sedar kesilapannya.. kesian gak. Kak tie jadi takut nak makan lak.
slm zura, kak dah terima parcel u tuu..terimakasih sgt2 atas kiriman tu..akak suke creamy teko tu..macam meakin betul2..walaaaa, pagi tadi akak masak dan hidang dalam pinggan kekwa hitam ni..ada rakam hehee..pindang zura ni akak tak sempat study lagi ni...ni curi2 bukak hehehe
sungguh sedap,
salamm,
Salam kak Tie...singgang ni dia agak kering tetapi sedap rasanya masam dan pedas. Cubalah kalau ada kepalangan nanti. Sesali sekala nak makan x apa kak tie
Wsalam kak nor.... alhamdulillah ya dah selamat smpai dah n3 pun kan. saya agak sibuk sikit sejak kebelakangan ini.
Walam Tun begia....
jemput makan
salam zura,
singgang,
favorite k shima..he he tapi rasanya lama dah tak masak sebab tak dapat sambutan... masak lomak je kegemaran somi...
doily cotton tu cantiklah,
nanti k shima nak try...simple and sweet.. tq for sharing... walla ;)
Salam Zura, bila tgk gambar2 Zura lama2 baru teringat u yg mana satu.... Dulu kat sekolah Zura rambut pendek kan? tak sangka jumpa kat blog ni... Zura ingat i tak? kita satu batch convent jb dulu tu... yg pakai spek orang panggil kenit... nama penuh sharifah norsabah.... ingat lagi tak? anyway, i nak compliment ur nice blog.... sangat2 la interestingnye.... thank you Zura... keep up the good work :)
salam zura..
ermm nekpp biasanya buat singgang yg berkuah kuning; belender sume sekali letak pulak nenas ker..kecur dah niih..hehe..
singgang goreng ni ala2 mcm ungkep juga yer zura..boley try nihh..tnx xoxo..
Salam kak Shima
memang sya pun biasa buat singgang berkuah. Sedap sgt lebih2 lagi musim pns begini tapi yg ini lain sikit. Ungkep pun saya suka sedapkan
Wsalam Cik Puan Syarifah Norsabah.....
Intan yg kecik molek......Alhamdulillah ...tak sangka ya kita jumpa di sini setelah bertahun2 tak bersua. harap semuanya sukses. Ya ..... i masih ingat u lagi with ur curle hair and spek tebal u. Masih boleh bayangkan...... Ur sister pun i ingat lagi. ur mom Syarifah Mastura kan. ya... dulu i berambut pendek ala2 tomboy...tapi skrg dah jadi perempuan. thanks Intan kerana sudi ziarah di sini. Jgn lupa juga ke sini http://TanjungPuteriWarisan.blogspot.com/
Wsalam Cik Puan Syarifah Norsabah.....
Intan yg kecik molek......Alhamdulillah ...tak sangka ya kita jumpa di sini setelah bertahun2 tak bersua. harap semuanya sukses. Ya ..... i masih ingat u lagi with ur curle hair and spek tebal u. Masih boleh bayangkan...... Ur sister pun i ingat lagi. ur mom Syarifah Mastura kan. ya... dulu i berambut pendek ala2 tomboy...tapi skrg dah jadi perempuan. thanks Intan kerana sudi ziarah di sini. Jgn lupa juga ke sini http://TanjungPuteriWarisan.blogspot.com/
Post a Comment