Monday, January 4, 2010

Patchwork Alas Sofa















Membuat patchwork empat segisama atau empat segi tepat adalah corak paling mudah dan ringkas. Kerana untuk mengejar masa, baru-baru ini mama cuba untuk membuat patchwork corak empat segi sama. Mama mengambil masa 3 jam sahaja untuk menghasilkannya. Mula-mula kita hanya menyantumkan kesemua 4 jenis kain yang berlainan dan jahitkannya.
















Setelah habis semua petak2 yang dicantum kita bubuh satu lagi corak plain disekelilingnya kemudian kita lapikkan spounge nipis dibawanhya dan lapikkan sehelai kain lagi dibawahnya sebelum mengemaskan tepinya dengan piping. Samada piping berbiku ataupun piping halus. Mama cuma membuat piping yg lebar dan lurus mengenangkan nak cepat siap.


















Agar spounge tidak kelihatan mengelembung kita kemaskan lagi dengan jahitan zig zag ataupun jahit lurus di tengah-tengah dan kiri kanannya















Jahit juga di sekeliling hujung



Inilah hasil yang sempat mama siapkan

No comments: