Rasa macam tak larat dah nak masak yg berat2 sejak emak pulang dari tanah suci kerana orang tak renti2 datang berkunjung. Jadi pada Sabtu lepas mama bercadang untuk membuat kuih muih yg senang2 aje. Betul kata emak, pukul 7.00 a.m. rumah mesti dah siap dikemas kerana takut orang datang. Tup tup pukul 8.30 am, ayah dan ibu saudara mama datang selepas mereka bersarapan. Tak sempat lagi nak buat kuih so mama jamu mereka dengan mee goreng sahaja.
Namun pada petangnya mama membuat kuih 'Buah Rengas' ataupun ada orang panggil kuih bom. Agaknya semasa menggoreng asik meletup2 sebab tu dipanggil kuih bom. Ada cara agar kuih ini tidak meletup semasa digoreng. Semasa menggorengnya hendaklah goreng terendam dan masukkan ketika minyak masih belum panas. Seelok2nya guna dua kuali kerana apabila satu kuali telah benar2 panas kita matikan apinya dan biarkan sejuk dan guna satu lagi kuali. Kaedahnya sama seperti kita menggoreng epok2 ataupun tepung bawang. Epok2 atau tepung bawang tak cantik digoreng ketika minyak terlalu panas sebab kulitnya akan menggerutu dan buruk rupanya. Buah rengas ini apabila telah dibulat2kan ianya tidak elok dibiarkan berlama2 di atas dulang. Ianya perlu cepat2 digoreng.
Semasa membuat kuih ini batteri camera benar2 telah nazak dan masa mencajkannya rupanya terlupa nak onkan suiznya. Penghabisannya kaedah atau cara membuatnya tak dapat diletakkan disini. Tapi tak apalah lain kali mama akan buat lagi. Cara membuatnya juga tidak susah.
Bahan utk inti :
Sedikit air untuk melarutkan gula
1/2 biji kelapa parut putih (kelapa muda)
gula merah dan gula pasir secukupnya
gula merah dan gula pasir secukupnya
garam secubit
Apabila gula telah larut dan mendidih segera masukkan kelapa dan masak sehingga air kering dengan api kecil.Semasa memasaknya hendaklah selalu dikacau2. Ketepikan.
bahan2 utk kulit luar :
600gm tepung pulut
2 sudu besar penuh tepung gandum
2 sudu teh air kapur
secubit garam
air untuk menguli
Bijan untuk menyalut
campurkan tepung pulut dan tepung gandum kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli perlahan2 lalu masukkan air kapur dan uli lagi. Apabila tepung benar2 telah menjadi doh bulat2kan di tapak tangan dan leperkan. Masukkan sesudu inti kelapa dan bulatkan semula kemas. Golekkan di atas bijan dan segera digoreng tetapi jangan sampai kuning sangat. Cukup goreng sehingga kuning muda keemasan saja.
No comments:
Post a Comment