Showing posts with label Masakan Temasik (Singapura). Show all posts
Showing posts with label Masakan Temasik (Singapura). Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Resepi Dari Mummy Asmah Laili

Semalam mama da tunjukkan bagaimana cara membuat rempah untuk resepi Opor Merah ini. Hari ini mama nak tunjukkan pulak cara memasak opor merah pulak. Mama dapat resepi ni dari melihat rancangan Dapur Mami kelolaan Puan Asmah Laili bekas DJ Singapura.

Resepi Opor Ayam Merah

Rempah Opor (Sila rujuk kepada - Perencah masakan- Rempah Opor Merah)
2 inchi halia
1 inchi lengkuas
5 biji bawang merah
(Dikisar halus)
1 sudu makan kelapa kering (Ditumbuk halus)
2 biji buah tomato yg didadu
1 cawan bawang goreng yg ditumbuk halus

Gaul rata ayam dengan rempah yg dikisar kecuali kelapa goreng

1 biji bawang besar dihiris dan digoreng hingga kuning

Masukkan ayam yg bergaul rempah . Balik2kan sebentar. Masukkan bawang goreng yg ditumbuk halus dan tumisla hingga rata. Masukkan tomato puri dan tomato dadu juga kelapa goreng. Masak sehingga kering dan apabila sudah kering masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biar hingga naik minyak dan masak.

Aduhhhhh..... Sedapnya mintak ampunnnn!!!!!!!! (Pinjam Mummy Asmah Laili punya ayat)


































Monday, July 28, 2008

Yok Kita ke Singapura

mmmm....... jom kita ke negara jiran yg dekat sekali ngan Johor Bahru.......Tulah negara dimana emak mama dilahirkan dan kebanyakkan keluarga sebelah emak masih di sana. Di sana juga mama dibesarkan oleh nenek sebelum bersekolah. Masih mama ingat bermandi manda di laut Punggol. Semua tuh masih segar walaupun kampung nenek dah lama pupus.


kalau tidak kerana bintang
trek tek tek......
tidak bulan terbit tinggi
kalau tidak kerana tuan
takkan kami datang kemari
trek tek tek.......


pasang pelita diwaktu senja
biar menyala sampai ke pagi
trek tek tek.....


apa lagi da????........... lupa lahhhhhh,


Tulah antara lirik lagu yg popular semasa mama kecik2 kat spore dulu yang sering dinyanyikan oleh ibu saudara mama. Busu Leha. Baiklah bukan lirik lagu yang mama nak cerita tapi mama nak menjamu korang ngan satu resepi istimewa yang sangat popular kat Singapura nie.....Mee Siam Singapura. Mee nie menjadi makanan kegemaran kami sekeluarga. Paling sedap Nenek mama iaitu Hajjah Rahimah bila dia memasaknya dan mama berasa puas hati kerana belajar masak mee ni dengan beliau dan terimakasih kepada Mak Uteh Saerah kerana selalu memberi resepi2 istimewa dari Singapura. Patutlah Pak Uteh Mail tak turun2 berat badan eheheehhe...jangan mare......

Baiklah jom sekarang kita ke dapur.....menyediakan mee nie taklah susah sangat kerana tak banyak bahan yang diperlukan tapi penyediaannya agak leceh sedikit. Baiklah perutpun dah lapar nie.

Langkah 1:

Kita mulakan dengan membuat kuahnya dahulu.

1 labu bawang besar

1 labu bawang putih



Tumiskan bawang kecik sebanyak 3 ulas

Kemudian masukkan 3 mangkuk cili kisar

dan segenggam udang kering dikisar halus


Ditumis sehingga garing dan kemudian masukkan sedikit air



Masukkan 1 botol tauchu



Semangkuk santan



Kepala udang dan kulit udang dicuci bersih dan dikisar halus

Tapiskan kepala dan kulit udang dan diambil airnya dan masukkan ke dalam kuah dan masukkan air lagi. Kuah hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Masukkan gula, garam dan asam jawa. Boleh ditambahkan dengan asam keping jika ingin rasa masam yang lebih. Kuah mestilah berasa masam dan manis.


* kepala udang dan kulit udang sangat enak jika kita gunakan untuk membuat kuah mee, takkira mee apa jua.

Langkah 2

Kita Menggoreng mee pula.

Caranya sama seperti kita membuat mee siam goreng tetapi tidak memasukkan dengan berbagai rencah dan cuma menggunakan sedikit lada. Di sini mama menggunakan 2 bungkus mee dan sila kurangkan bahan-bahan mengikut keperluan


1 mangkuk cili kisar

1 labu bawang sederhana besar
1 labu bawang putih
kedua bahan di atas di tumis sehingga wangi

1/2 kg udang sederhana besar


Masukkan udang dan tumis lagi


masukkan mee



masukkan taugeh, kacau-kacau rata dan balik-balikkan kemudian matikan api
Langkah 3
Sesudah menggoreng mee, mari kita menyediakan sambalnya pulak. Caranya samalah macam kita buat sambal tumis ikan bilis. Kalau korang tak tau gak buat sambal tumis ikan bilis , meh mama tunjukkan.

Cili , bawang dikisar dan ditumis sehingga hampir garing dalam api yg kecil supaya tidak cepat hangit. Masukkan ikan bilis dan air asam, gula dan garam. Biarkan sambal agak garing.
Langkah 5
Sekarang sediakan bahan-bahan untuk santapan


Sambal Ikan Bilis

Telur Rebus dibelah 2 atau mengikut suka
Kucai mentah dipotong potong

Tauhu yang dipotong dadu dan digoreng
* Tektik menggoreng tauhu goreng ketika minyak masih belum panas agar lapisan luar tauh u nampak cantik dan masukkan sedikit garam agar tauhu tidak melekat

Limau kasturi dibelah 2
Langkah 6
Cara makan nak kasi tau gak ke? Ini sudah kes teruk ehehhee.......

macam nilah caranya

Kuah mee

Tuangkan pada mee dan makanlah masukkan ke mulut dan ngap......
Apapun mama masak di rumah tuh...namun si Adik cuma makan ini saja..........................

Nestum segera........ sian betul.......
Eh ada langkah-langkah lagi ke.......

Ni siapa lak nak makan


Dalam mangkuk plastik pulak

Siap berbungkus lagi...dan langkah mama pula adalah ke...................
untuk langkah seterusnya


Melangkah ke rumah Adik kesayangan.....Azuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Wei Azu nape aku call tak angkat-angkat...aku datang pun nyorok dalam bilik.........hari dah nak maghrib nie......

Istimewa buat Nenekku Hajjah Rahimah semoga Nenek sehat dan gembira selalu di samping cucu-cucu dan cicit-cicit tersayang....... Buat Mak Uteh Era, Long Ina, Busu Leha, Uda Tijah, Auntie sekha, Chik Julia dan semua ibu saudara kat sana tuh yang selalu menjengah Blog Zura nie terima kasih Zura ucapkan di atas tunjuk ajar, kasih sayang dan didikan. Buat sepupu2 Iwan, Yana, Farhana, Wani, Anis, Fida, Liana, Fatin, Ila, Gedung, Hafiz, Amir, Akhir, Akil, Juwita, Debab, Comel, Faizal, Rizal dan lain-lain lagi yang tak disebutkan tu jangan marah ramai sangat......Terima kasih sebab selalu melayan kami yang macam itik gembo gembo nie....Buat Iwan, Yana dan Farhana terima kasih ler bebanyak sebab selalu jadi kami punya money changer yang murahh ati...paham paham ler ya.......
Buat Amir dan pasangan......
Amir and Sandra, congradulations and best wishes on your upcoming Marriage. Looking forward to seeing you Amir after all these years and meeting your beautiful bride to be. May God's blessings be upon this union and bring you both many years of joy and happiness.

Buat kawan-kawan yang berada di singapura seperti Mia, Baby Darling, Mas, Wati dan lain-lain...semoga berbahagia...........
Selamat menjamu selera.....





























Wednesday, June 11, 2008

Gear Box Sup Singapore

Huiii lama betul rasanya nak siarkan rancangan masak memasak kali nie..... jenuh tul. Dgn pc yg prob nie. Dengan kerja yang melambak-lambak nie. Kali nie mama nak tunjukkan cara memasak sup gear box stail ala-ala arab spore. Mama hari tuh ada pergi kenduri aqiqah sepupu mama so adalah lebih2 kaki kambing nie kita org nak buat sup. Kaki cuma 4 batang jek so kami pergi lagi pasar dan beli 3 kg lagi.


ni lebih kaki kambing yang dibuat Aqiqah tu mama cuci bersih bagai nak gila

dah basuh bersih kita bakarkan dia kat atas api bagi hilangkan bulu-bulu kambing tuh. Jangan pulak kita siat sebab bila kita siatkan bulu-bulu kambing tuh akan tersiat sama isi, so bila masak tak ada isi, jadi memadai bakar sehingga tinggal kulit


Bila dah bakar dan tiada lagi bulu-bulu kambing yang tinggal kita kikiskan sehingga tanggal hangus2 tu ya di bawah air lalu


bersihkan seperti ini

Ini yg disebut orang sebagai 'GEAR BOX' yang dibeli di pasar

Untuk 2 kg tulang sediakan
4 biji bawang besar
6 i nci halia
2 labu bawang putih
dan kesemuanya didadu kecuali halia ditumbuk halus
1 tin sedang tomato puri dan 1 botol besar sos tomato


bawang, halia dan bawang putih dicampur di dalam tulang
Direbus dan masukkan sos tomato 1botol

dan 1 tin sedang tomato puri


Dimasak di atas api selama 4 jam atau sehingga daging empuk

Sup yang telah dimasak akan mengeluarkan minyak yang banyak dan hendaklah diceduk dipermukaan sup seperti yg ditunjukkan ini
Minyak dipermukaan yg telah diceduk keluar
Bila tulang dan daging telah empuk, sediakan bahan berikut :-


100gm rempah sup
100gm rempah beefsteak
1 biji bawang besar dipotong dadu
Kesemua bahan ini hendaklah ditumis darat


Bawang yg didadu ditumis sehingga layu


Masukkan rempah sup dan rempah beefsteak


Tumis sehingga wangi


Masukkan rempah yg ditumis ke dalam sup dan gaul rata. Perasakan garam dan sedikit gula. matikan api


Sup gear box yg siap dihidang sedap dimakan begitu sahaja atau bersama roti peranchis
Macamana nak makan sup gear box nie ekkk....Tulang ajeee nie...... SILA SCROLL DI BAWAH.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
cara-cara makan sup gear box




kah kah kah............................




Sekian..........................