Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, October 7, 2009

Resepi Kek Kukus Dan Kucingku Belang

Satu kenangan yg mencuit hati mama iaitu sewaktu lagi beberapa hari lagi menjelang Aidil Fitri ketika mama berada di dalam darjah satu, kenangan itu akan menjelma setiap kali bila membuat Kek Kukus Buah2an.
Pada suatu pagi ketika emak sedang tekun memukul adunan kek kukus buah2an ini dengan tekunnya tetiba melompat Belang, kucing kesayangan mama ke dalam mangkuk seramik yg penuh berisi dengan adunan kek. Apalagi menjeritlah emak dengan sekuat hati kerana terperanjat. Mama masih ingat waktu itu, pagi itu ketika bangun dari tidur mama terus ke dapur dan melihat emak sedang memukul adunan kek dengan menggunakan tangan. Sambil tu mama lihat Belang dok peratikan tangan emak yg bergerak2 dengan laju memukul adunan tersebut. Mamapun memanggil2 Belang supaya ia datang kepada mama tetapi Belang begitu khusyuk sekali memerhati emak sambil kepalanya naik turun mengikut gerakan tangan emak. Entah bagaimana tiba2 Belang melompat menerpa tangan emak sehingga dia termasuk ke dalam adunan kek tersebut. Habis seluruh badannya dipenuhi dengan tepung yg telah bercampur gula dan butter itu.
Mula2 emak seperti nak marahkan Belang tetapi bila melihat Belang yg telah kuyup dengan adunan tepung timbul rasa kasihan bercampur gelihati. Belang yg bjiak memang pantang melihat objek bergerak, pasti dia datang menerpa. Oleh kerana dalam rumah itu, cuma mama seorang yg berani pegang kucing selain Ayah dan Kakak mama, dan pada waktu itu Ayah dan kakak tiada dirumah, jadi mamalah yg kene membersihkan Belang. Susah juga membersihkan Belang dalam keadaan macam tuh. Nasib baik dia dah biasa dimandikan. Selepas dari itu Belang sangat takut mendekati mangkuk seramik itu setiap kali emak mengadun kuih. Dia akan duduk jauh2 sambil memerhati dengan bulu yg menegak.
Namun semua itu adalah kenagan buat mama dan emak, Belang pergi buat selama2nya beberapa tahun selepas itu kerana dilanggar kereta. Kami menanam Belang di belakang Quaters kami. Sejak dari itu terasa kesepian hidup mama kerana mama tidak mempunyai Adik dan mama menganggap Belang seperti Adik mama.
Kini mama pula yg mengambil alih mengadun kek buah2an, tetapi tidak seperti emak yg mengadun menggunakan tangan. Putuslah tangan kalau menggunakan tangan. Kini anak2 yg memerhatikan mama pulak, bukan lagi Belang, namun mama rasa sangat bahagia dan bila membuat kek mama akan panggil anak2 mama dan menerangkan kepada mereka kenapa bahan2 semua ini harus disatukan.
Tepung yg berdebu, butter yg melekit, telur yg berbau hanyir dan buah2an yg manis disatukan dan pada zahir mata kasar nampak macam tak best tapi bila adunan ini dimasak ianya menghasilkan sebiji kek yg sangat sedap, begitulah jugak kehidupan kita yg bermacam2 kenangan pahit, manis suka dan duka bila dikenang pada masa2 yg akan datang ianya menjadi satu kenangan yg sangat manis. Ini mama pernah terbaca disalah sebuah artikel yg diemailkan oleh seorang sahabat.
Semoga penerangan simbolik mama ini kepada anak2 akan tetap bersemadi di hati mereka dan akan digunapakai pada 20 tahun akan datang bersama kenangan mereka ketika bersama mama. Mama pasti ianya akan menjadi kengangan yg paling indah dalam hidup mereka sebagaimana kenangan mama bersama emak dan Belang pada menjelangnya Aidilfitri pada 28 tahun yg lalu.
Resepi kek kukus ini adalah resepi emak yg saban tahun kami buat yg telahpun ditukarkan dari kati dan paun kepada kg dan gm


Kek Kukus Buah-Buahan
5 biji telur
600 gm tepung gandum
300gm kismis hitam
200gm buah2an campuran
2 cawan gula halus
1 1/2 gula hangus - 1 cawan gula campur 1/2 cawan air
2 camca cream of tar tar
2 camca bicarbonate of soda
2 buku Golden Churn butter atau butter cap tong orang dulu2 cakap
1 camca baking powder
2 camca essen orange
2 camca ice cream soda
2 camca vanilla
4 camca susu pekat sedikit essen soda dan serbuk buah pala



Butter dan gula dipukul sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.



Ayak tepung, baking powder, cream of tar2 dan bicarbonate of soda pada buah2an campuran dan kismis hitam dan jemur sebentar. Kacau lagi pada kelajuan yg sederhana dan masukkan buah pala, essen orange, vanilla, ice cream soda, essen soda dan akhir sekali buah2an campuran dan tepung.



Masukkan gula hangus dan kacau segera



Masukkan ke dalam loyang 4 segi dan kukus dalam kukusan yg telah mendidih airnya. Kukus 4 jam



Kek kukus ini lebih sedap disimpan beberapa hari sebelum dimakan. Simpan di tempat yg tidak ada cahaya agar ianya semakin lembab dan sedap dimakan


Tahun ini mama menggunakan bekas balang kek empat segi sama kepunyaan emak. Bekas balang ini digunakan emak saban tahun pada tahun2 60an sehingga 80an. Selepas dari itu ianya terperap di dalam kabinet dan telah diguna semula oleh mama pada tahun ini


namun mama masih lagi menggunakan Cut Glass ini untuk menyimpan kek sebagai menghargai pemberian mertua
























Tuesday, July 21, 2009

Percubaan Yang Pertama Kalinya

Rancangan membuat mee rebus terpaksa mama tundakan lagi atas permintaan si kakak. Kakak telah mengikuti program KEUSAHAWANAN di sekolahnya. So, kakak telah plan nak buat cupcakes dan batu seremban.


Dalam hidup mama inilah pertama kali mama membuat cupcakes fondant. Aduhhhh, camner ni ekkk??? Puas mama membelek resepi dari internet. Ramai jugak yg mahir dalam selok belok membuat cupcake yg dideko dengan butter cream dan fondant. Wah teruja sungguh. Tanpa pengalaman bagaimanalah rupa bentuk cupcakes fondant yg bakal mama hasilkan nanti. Tak apalah, tak salah mencuba.

Inilah pengalaman pertama mama dalam menghasilkan cupcakes untuk puteri kesayanganku. Resepi ini mama ambil dari Myresepi- alma@myresipi.com dan telah mama tukarkan nama cupcake ini atas permintaan kakak.


Best Friends Forever Cupcakes



1) Cara membuat cupcake :


300gm tepung gandum
350gm gula
1/2 cawan serbuk koko
11/2 sudu kecil bikarbonat soda
1/2 cawan butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar
Satukan bahan2 ini ke dalam mixer dan pukul dalam kelajuan rendah agar campuran ini sebati. Kemudian pukul lagi dalam 2 minit


Masukkan 2 biji telur dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit


Adunan yg telah sebati disendukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4. Jangan tuang penuh2. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah atau mengikut oven masing2.


Cupcakes yg telah siap dimasak dan sedia untuk ditoppingkan mengikut citarasa masing2.

2) Cara Membuat Fondant

1 camca besar gelatin halal
63 ml air
1kg gula icing diayak
125 ml sirap glucose
1 1/2 camca besar gliserin
2 camca besar lemak sayur (shortening)
Pewarna pilihan
Sedikit tepung jagung
Tuangkan air ke dalam periuk vision dan masukkan gelatin ke dalamnya. Panaskan gelatin secara double boiler sehingga cair dan kacau rata. Biar sebentar sehingga suam kemudian masukkan sedikit2 gula icing dan kacau sehingga menjadi putih bersih dan lembut. Pada masa ini doh memang lembik dan tidak boleh dibentuk. Simpan doh di dalam bekas kedap udara 1-2 jam. Semalaman lagi baik.
Keesokkan paginya:

Doh yg disimpan dibahagikan kepada 3 bahagian dan diwarnakan mengikut citarasa masing2. Uli sehingga warna sebati dan biarkan sehingga 15 minit sebelum dibentuk. Pastikan doh sentiasa berada di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkannya dari menjadi keras dan payah untuk dibentuk.
3) Cara membuat Royal Icing

1 butir putih telur
1 sudu besar jus lemon
gula icing
Campurkan putih telur dan jus lemon ke dalam mixer dan kacau sehingga sebati. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan putar sehingga putih gebu. Simpan di dalam bekas kedap udara.
4) Cara Membuat Fondant Kek


Sapukan royal icing ke atas permukaan kek. Taburkan sedikit tepung jagung ke atas papan pencanai atau meja kerja. Canaikan fondant lbh kurang dalam 1/2cm dan terap dengan acuan bentuk bulat yg besar sedikit dari saiz cupcake. Makesure tapak tangan kita juga disapukan dengan tepung jagung semasa kita mengangkat doh yg telah diterap.


Boleh juga kita gulungkan fondant tadi dengan menggunakan torak kecil dan alihkan ke atas permukaan cupcake. Ratakan dengan tangan kemas2.

Canai doh yg berwarna untuk membentuk mengikut citarasa masing2 yg diingini.
Cara membentuk sekuntum bunga mawar

Ambil doh yg berwarna merah dan bentukkan bulat kecil2 seperti guli. Buat dalam 4 biji. Gelekkan ke atas papan pencanai dan susun memanjang kebawah dengan ditindihkan diantara satu sama lain sedikit. Kemudian gulung dari doh yg dibawah sekali perlahan2 sehingga diatas.



Selepas menggulung bentukkan kelopak2 bunga agar ia menjadi kembang sedikit. Saiz sekuntum bunga bergantung pada kelopak yg dibuat. Jika menginginkan ros yg kembang mekar buat dalam 6-7 kelopak. Jika untuk kuntum cukup 3 keping kelopak sahaja. Di sini mama hanya membuat 4 kelopak sahaja. Capuk2 putih pada bunga itu adalah dari tepung jagung dan ianya akan hilang lama kelamaan.
Bubuh sedikit royal icing untuk melekatkan diantara daun dan kuntuman bunga ros.


Walau hasilnya tak secantik mana, mama tak kisah. My first try, bisik hati mama.




Terima kasih yg tak terhingga mama ucapkan kepada Mat Gebu yg telah menunjuk ajar cara membuat fondant kek ini melalui blognya di http://tiffinbiru.blogspot.com/


Insya Allah mama akan cuba lagi membuat kek fondant yg lebih cantik dan tidak comot dilain masa. Ni baru cubaan main2.



** Lebihan fondant bolehlah disimpan didalam plastik dan masukkan kedalam bekas kedap udara. Tak perlu disimpan di dalam peti ais. Ianya tahan selama 1 tahun dan lebihan royal icing juga disimpan didalam bekas kedap udara tetapi mampu bertahan selama 1 minggu sahaja.

Walaupun enjoy tetapi penat juga membuat fondant kek ni. Jika diberi 2 pilihan antara menjahit dan membuat kek, mama akan pilih menjahit...... sebab apa jika penat dan mengantuk kita boleh terus tidur ....ehehhe..... Ini dengan lekitnya, berseraknya, sana sini gula........comot momot......... Apapun dah tauler serba sedikit.






























































































































































Monday, February 16, 2009

Hobby Yang Lama Aku Tinggalkan

Rasanya dah lama benar mama tak buat kek. Dah hampir beberapa tahun. Kalau rayapun cuma buat kek yg kukus2 aje. Bukan apa, sebab oven yg ada kat umah ni tak ada api atas bawah. So macam tak sedap aje nak buat. Oven yg ada api atas bawah dah lama jadi jenazah. Bila Pretty seorg sahabat cyber asik hantar macam2 resepi kek rasa teruja pulak nak buat. So lepas beli oven kemarin, mamapun cubalah buat kek yg simple dan mudah. Saja nak test oven selepas cubaan pertama membakar roti membuahkan hasil yg memuaskan.

Kek Coklat Moist

Cara membuat paste coklat :-

1 cawan @ 250 ml gula putih


1 cawan @ 250ml air panas

1 cawan @ 250ml serbuk koko

Kesemua bahan diatas disatukan dan digaul rata

Panaskan atas api yg kecil sambil dikacau sentiasa dan bila telah likat pekat dan kilat, sejukkan

1 cawan @ 250ml susu cair

Susu cair dimasukkan ke dalam paste coklat yg telah disejukkan dan gaul rata


Biarkan sebentar

Cara membuat keknya:


2 cawan @ 500ml tepung gandum

1 camca teh @ 5ml baking powder

1 1/2 cawan @ 375ml gula castor (disini mama sengaja bubuh 1 1/2 aje sebab kalau 2 cawan rasa macam manis sangat- terpulang kalau nak bubuh 2 cawan)

1 buku @ 250 gm butter

Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan memutih
4 biji telur ayam
telur dicampur bersama 1 sudu teh @ 5ml esen vanilla

Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang

Masukkan tepung diselang seli dengan paste coklat sehingga habis dan gaul rata2

Sediakan 2 acuan kek yg sama saiz dgn disapukan shortening
Di sini mama gunakan teknik water base
Masukkan adunan ke dalam acuan pembakar kek

Bakar kek lebih kurang 1/2 jam atau sehingga masak pada suhu 180 darjah

Sejukkan kek di atas radai kek dan sapukan coklat masakan di tengah2 kek lalu ditangkupkan. Jika menggunakan 1 loyang bolehlah dipotong 2 kek tersebut secara melintang dan lakukan teknik yg sama seperti di atas
Cara membuat topping kek
1 buku coklat masakan
2 ketul pencair coklat (Hy Fat)


Bila coklat masakan dah betul2 cair dan berkilat masukkan 3 sudu besar susu pekat. kalau tak bubuhpun tak apa


kalau tak nak bubuh topping pun boleh dan biar aje mcm nie
kalau rajin siramkan coklat masakan rata keseluruh kek


Sebagai tambahan bolehlah kita bubuh coklat perisa strawbery dan caranya pun sama mcm cairkan coklat masakan biasa

Lepas tuh sapukan atas permukaan kek yg telah ditopping


kalau rajin taburkan gula yg berwarna warni tuh ataupun coklat rice


mmmmm dah siapun so apa lagi...bedallah........................ Sebenarnya kek nie utk Auntie mama yg baru saja menyambut anniversary perkahwinannya yg ke ...alamak lupalah..... dan sebuku lagi buat utk ank2 dirumah .....kalau Auntie Rahayu baca nie sure mengamuk sakan sebab....... mcmana akuleh lupa nie....aiseyyyyy......