Showing posts with label Masakan India. Show all posts
Showing posts with label Masakan India. Show all posts

Tuesday, November 3, 2009

Ayam Masak Kormak Badam

Anak lelaki mama yang bongsu sangat gemar makan lauk ayam masak kormak. Kormak ada beberapa jenis, kormak yang menggunakan kerisik tanpa santan, santan sahaja dan yang dicampurkan bersama badam. Kormak ialah sejenis masakan India. Ayam, daging dan kambing sedap dimasak kormak. Kali ini mama memilih ayam untuk dibuat kormak badam.



Kormak Badam



2kg ayam kampung atau ayam biasa
4 camca besar ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca teh sajira (jika ada)
1 camca besar lada putih



9 ulas bawang merah
12 ulas bawang putih
3 inchi halia
2 inchi panjang halia
1/2 butir isi buah pala
3 inchi kulit kayu manis
6 butir buah pelaga
9 butir bunga cengkih



segenggam badam (direndam dalam air panas dan dikupas kulitnya dan ditumbuk halus)
1/2 tin susu cair yg diperah dengan sebiji limau nipis (dijadikan tairu)
3 tangkai daun pudina
3 pelepah daun saderi
2 camca besar air mawar
1 labu bawang besar dipotong empat
1 tin susu cair

Ayam dipotong2 dan dicuci bersih. Ketumbar, jintan manis, jintan putih, sajira dan lada putih dikisar atau digiling halus. Campurkan bersama badam yang ditumbuk. Kemudian gaulkan dan ramas2 pada ayam yg telah dibasuh bersih bersama bawang2 dan halia yang telah dikisar halus selama 10 minit. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan susu cair , garam dan gula mengikut suka dan minyak sapi. Gaul sehingga rata. Tuangkan air kira2 satu gelas dan masukkan bunga cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan isi pala lalu terus dijerangkan.


Biarkan mendidih sehingga ayam empuk barulah masukkan tairu, daun pudina, daun saderi dan bawang besar yg telah dibelah empat. Biarkan mendidih lagi dengan api yg sederhana. Bila telah terbit minyak masukkan air mawar dan kacau rata. Matikan api

Kormak ini sesuai dijadikan sebagai hidangan untuk pelbagai jenis nasi.



Peringatan :-



1.Kalau suka dalam hidangan kormak ini taburkan sedikit kacang peas
2.Kormak ini hendaklah putih warnanya, dari itu jangan dibiarkan mendidih hingga bertahi minyak tua sehingga berubah warnya
3.Badam dalam masakan ini boleh digantikan dengan buah gajus dan kalau tiada tairu boleh diperahkan dalam lauk itu dengan 1/2 butir air limau nipis

Friday, April 24, 2009

Resepi Dalca 2

Ini adalah entry yg ke-2 tentang resepi Dalca. Dalca kali ini agak simple dan mudah dan yg selalu dibuat oleh semua orang. Yg terdahulu adalah dalca versi Johor.

Resepi Dalca Ringkas


3 biji terung hijau
seikat kacang panjang


4 biji buah tomato
5 biji kentang
5 biji mangga muda
2 batang carrot
3 tangkai lada hijau


1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
Kesemua ditumbuk kasar

Tumis bahan tumbuk sehingga naik aroma


Masukkan rempah dalca dan tumis dengan api perlahan sehingga terbit minyak


Daging tetel yg telah direbus

Kacang dal yg telah direndam 1/2 jam dicuci dan toskan


Masukkan air rebusan daging ke dalam tumisan dan bila hampir mendidih masukkan daging, kacang dal dan kentang. Selepas itu masukkan carrot. Bila benar2 telah mendidih barulah masukkan mangga muda, kacang panjang, tomato dan lada hijau


Kuah dalca ini juga boleh tahan 2-3 hari dan lebih sedap bila dibiarkan semalaman dan apabila hendak dimakan panaskan semula dan kuah akan menjadi semakin pekat




























Friday, November 14, 2008

Resepi Penawar Selsema

Musim2 hujan begini ramai gak yg sejuk2 kene selsema dan demam. So kalau rasa tekak tak sedap dan tak ada selera makan dik hidung berair dan terasa sejuk2 badan marilah sini mama ubatkan. Pernah tak korang pergi restaurant mamak dan nampak sup seperti yg akan mama tunjukkan ini? kalau pernah ...pernah tak merasa sup ini? Rasanya masam2 hangat gitu. Nama sup itu ialah Sup Rasam namanya. Ianya adalah sejenis masakan India. Ianya sesuai sekali dimakan ketika demam, selsema, sejuk2 badan dan dalam pantang bersalin.

Sup Rasam


Satu pelepah daun kari dilurut dari tangkainya
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh lada hitam
1 sudu besar rempah penumis ikan
1 sudu teh jintan halus

2 tangkai lada kering dibuang biji dan dibelah 2
2 ulas bawang putih diketuk dan jangan diceraikan dari kulitnya
1/2 labu bawang besar dihiris kasar

1 biji buah tomato dipotong baji


1/2 mangkuk air asam jawa


Kesemua bahan disatukan dan masukkan air dalam setengah periuk dan didihkan sehingga masak


Makanlah semasa masih panas dan insya allah akan lega penyakit tuh......... bagi yg selsema ataupun sejuk2 badan

Cubalah ya.......

Monday, October 27, 2008

Juadah Hari Raya-Resepi Dalca 1 Episod 3

OK...marilah kita sediakan lauk pauk tambahan untuk juadah hidangan Hari Raya.... Mama akan menunjukkan bagaimana caranya membuat Dalca Dal Daging Tetel bersama Sayur2an. Selain Daging Tetel Lembu, Udang, Ayam, dan Daging Tetel Kambing juga boleh digunakan. Pada mama yg paling sedap sekali ialah Daging Tetel Lembu dan Daging Tetel Kambing. Apakah itu Daging Tetel Lembu? Korang tau tak? Daging Tetel ialah a part of daging lembu mix with a bit of lemak dan juga sedikit urat2, tetapi kalau mama ke pasar mama akan pilih daging tetel yg kurang uratnya. Daging tetel ini agak liat sedikit dan hendaklah direbus terlebih dahulu sebelum dimasak bersama bahan2 lain untuk mempercepatkan proses empuk Sebenarnya salah satu makanan kegemaran mama ialah Dalca Dal Daging Tetel bersama Sayuran ini.


Ok jom ke dapur.....


Dalca Dal Daging Tetel Bersama Sayur2an


Bahan 1:-
Sepelepah daun kari
6 ulas bawang kecil yg dihiris
Sedikit rempah campak ataupun rempah tumis


Bahan 2:-
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
Sejari halia

Bahan 2 ditumbuk kasar ataupun dikisar


Bahan 3 :-
1 mangkuk rempah kari daging


Bahan 4:-
1 mangkuk kacang dal direndam 1/2 jam


Bahan5 :-
1/2kg daging tetel lembu
Rebus bersama dgn 1 labu bawang besar dan 3 inchi halia yg ditumbuk kasar sehingga empuk
Bahan 6:-
1 ikat kacang panjang dipatah2
6 biji terung bulat hijau yg kecil dibelah 2
4 biji tomato dipotong baji
3 batang carrot dipotong besar2
5 biji kentang dibelah 4 ataupun 2 (mengikut saiz)
3 biji mangga muda dibelah 4 dan keluarkan bijinya (jangan dibuang kulit)
3 batang lada merah dan 3 batang lada hijau dibelah memanjang tetapi jgn sampai putus
1 pokok daun ketumbar dihiris


Bahan7:-
Ini adalah merupakan bahan additional
1-2 senduk kuah dari baryani
(kalau tak ada tak mengapa)


Tumiskan bahan 1 & 2 sehingga naik bau
Masukkan bahan 3 dan kecilkan api
Tumis sehingga hampir garing


Masukkan bahan 4 & 5
Kuah dari bahan 5 jgn dibuangkan tetapi masukkan ke dalam bahan yg dimasak
Pastikan kuah tidak terlalu cair
Perisakan garam secukup rasa

Masukkan bahan 7
Masukkan kentang dan carrot
Biarkan kuah mendidih dan bila kentang dan carrot telah empuk masukkan bahan 6 portion by portion
Bila kesemua bahan telah dimasukkan balik2kan dan biarkan sebentar dan matikan api. Jangan biarkan terlalu layu nanti rasanya kurang enak.

*Mama tidak memasukkan santan ataupun susu cair. Kuah ini juga agak pekat sedikit, tetapi terpulang pada korang untuk membubuh santan ataupun susu cair. Jika tidak memasukkan mangga muda perlu ditambah sedikit air asam jawa tetapi air asam jawa hendaklah dibubuh setelah kesemua bahan telah dimasukkan dan telah masak. Membubuh air asam jawa di peringkat awal akan menyebabkan daging menjadi liat



Inilah Kuah Dalca Dal yg telah siap dihidangkan
Kuah Dal ini sangat sesuai dimakan bersama Nasi Baryani,Nasi Minyak, Nasi Tumis, Nasi Bokhari, Nasi Baryani Jagung, Nasi Putih, Prata, Lempeng Gandum dan Roti

Monday, June 23, 2008

Kari Kepala Ikan

Hi........ ni lagi satu lagi resepi yg dah berbulan mama perap. Tak sempat nak masukkan. Resepi nie mudah dan rasanya semua orang tau buatkan. Saje je mama nak masukkan stail mama masak kari kepala ikan.Tapi ikan nie 1st time mama masak. Korang penah dengar ikan tudung periuk tak? Ha nilah ikan dia. Mama masak ikan nie sebenarnya masa anak sedara huby nak buat majlis kahwin, tapi bukan utk majlis kahwin. Tapi utk makan rewang kami anak beranak. Kebetulan byk beli ikan masa tu kat pasar lepas tuh orang jual ikan tuh yg memang kenal mama dengan ikhlas hati memberi kepala ikan nie secara percuma kepada mama. Dengan besar hati mamapun terimalah. Terima kasih Razak...... semoga rezeki Razak bertambah luas. Macam nak buat jambatan pulak dengan kepala ikan nie...ekekekkeke......
KARI KEPALA IKAN
(ini untuk anggaran 4kg kepala ikan)


Kepala ikan yang telah dibersihkan


4 labu bawang besar
3 jari halia
1 labu bawang putih
(kesemuanya diblend)


3 tangkai daun kari
400 gm kari ikan


1 paket rempah penumis ikan
10 biji bawang kecil dimayang


Tumiskan bawang kecil, daun kari dan rempah penumis ikan


Kemudian masukkan bahan yg telah diblend


Rempah kari dibancuh dengan sedikit air agar ianya menjadi pes
(sebenarnya jika rempah kari ini tidak dibancuh dengan air juga boleh ya....tetapi ianya akan memakan lebih banyak minyak.) Kali nie mama bancuh dengan air sebab buat di rumah orang...nanti minyak orang banyak lak digunakan)


Masukkan kari tersebut ke dalam bahan tumis dan tumis sehingga garing dan tambah air lagi dan kacau lagi sehingga kuah hampir memekat. Ini mengambil masa dalam lebihkurang 5-10 minit untuk memastikan agar kuah kari ini benar2 pekat dan garing. Jangan biarkan ianya kering kerana nanti kuah menjadi pahit. Api kecik dan kacau selalu. Bila dah garing masukkan ikan dan kemudian sedikit air.


1/2 biji kelapa parut putih
segenggam asam jawa
Dijadikan santan pekat
(Santan nie kalau tak ada pun tak apa, boleh juga digantikan dengan susu cair)
Kelapa nie mama suka gunakan kelapa parut putih macam kita nak buat kuih tu sebab bersih. Kelapa dibubuh sedikit air dan ramas2kan bersama asam jawa agar jus asam jawa meresap ke dalam pati dan lalu diblend halus. Paling baik gunakan asam jawa tua yg tidak mempunyai biji. Tujuan kita mengisar kelapa agar patinya lebih pekat. Tapis 2 kali sebelum kita memasukkan ke dalam kuah kari.


12 batang bendi
7 tangkai lada hijau ( dibelah 2 tetapi jgn sampai putus)
7 biiji buah tomato (dibelah 2)
Dimasukkan ke dalam kuah sesudah santan. perasakan garam. Pastikan kuah benar2 mendidih dan kepala ikan telah masak barulah masukkan bahan2 ini pula.


Biarkan sebentar lalu matikan api


Siap untuk di jamu
Selamat makan.......