Banyak kegunaan fabric lace dan net sebagai hiasan untuk di rumah, untuk gubahan hantaran dan juga baju kanak2 dan orang dewasa serta apa jua bentuknya dan kegunaannya. Lace dan kain net telah lama digunakan oleh orang2 Barat dan juga kita di sini sebagai hiasan pakaian dan hiasan di rumah. Pada zaman dahulu sebelum merdeka lace dan net banyak digunakan sebagai seledang kepala dan juga baju kebaya bagi orang2 Melayu. Juga digunakan sebagai kelambu. bagi orang di barat pula mereka menggunakan lace sebagai baju gaun kembang dan apa jua bentuk hiasan di rumah mereka dan semasa penjahanan British dulu, masyarakat kita telah juga dipengaruhi oleh lace dan net ini sebagai fabric untuk membuat hiasan perabut sebagai alas meja, chair back dan sebagainya. Mama masih ingat emak ada membuat alas meja dan sebagainya dari lace dan net putih.
3 comments:
askm zura, wah cantik2nya alas meja lace tu...masa kahwin dulu, kak jahit tudung lace sendiri tau..akak beli kain lace creamy putih & jahit 2 tingkat labuh sampai ke punggung dan bubuh bunga putih kat kepala..ishhh tak boleh ingat masa tu..malangnya tudung tu anak saudara pinjam dan sebab tak jaga habis rosak.. Itu pelita ayam biru zura ke?..Yg alas bakul tu cantik weh..i likeeee
tadi tu silap ..bukan pelita ayam..jug enamel ya..akak ada warna merah menyala...
Wsalam kak nor
zura dpt bayangkan tudung akak tuh sebab masa zura khatam al quran pun emak buat mcm tuh 2 tingkat. Mana ye pergi tudung tuh. Ingat nak cari blk ler
Post a Comment