Thursday, January 7, 2010

Brownie 1

Pagi ni bangun saja dari tidur terus rasa sakit kepala. Macam biasa mama dah tau ni migrain penangan akibat malam tadi makan 3 potong brownie. Sehari sebelum Xmas, mama ada buat brownie untuk diberikan kepada seorang sahabat beragama kristian. Buat cuma seloyang saja dan tak sempat nak buat lebih. Anak2pun bising tak dapat merasa.















Semalam lepas makan malam, mamapun cuba buat 2 loyang. Kakak siang2 dah booking nak bawak satu loyang untuk kawan2 dia. Senang aje buat brownie ni. Semudah mengadun jemput2 dan cuma bubuh dalam loyang dan bakar 30 minit. Anak2 dan hubby memang gemar makan brownie dan selalu hubby beli di Secret Receipe. Dulu2 sebelum kahwinpun hubby suka sangat makan brownie yang dibelinya di kedai. Bila dah ada anak barulah mama mencuba membuatnya walaupun dah ada resepinya berkurun lama. Resepi brownie yang mama dapat ni amat mudah dan cepat.
Brownie adalah makanan yang berasal dari barat. Ianya tidak datang dari Eropah tetapi dari benua Amerika. Berbagai cerita yang kita tahu tentang brownie ini. Ada yang mengatakan kerana kejatuhan ekonomi pada waktu itu dan kekurangan bahan2 untuk membuat kek maka terjadilah brownie. Ada juga yang mengatakan terlupa untuk membubuh baking powder maka jadilah brownie. Brownie seakan2 kek dan juga serupa biskut. Ianya tidak selembut kek tetapi tidak sekeras biskut. Bila masuk ke mulut dan jatuh ke lidah terasa begtu nyaman sekali. Begitulah menurut penggemar2 brownie. Brownie ada yang dicelup dengan sos kastard dan ada juga yang dibaluti coklat. Namun satu yang sangat senang dan mudah ialah sejenis brownie yang hanya ditaburi oleh serbuk gula putih di permukaannya. Brownie terdapat dalam pelbagai. Ada yang dibubuh coklat rice, coklat chips, pelbagai kacang dan juga serbuk koko. Membuat brownie hanya memakan masa cuma kurang 1 jam.
Brownie




1 cawan butter
6 oz coklat bar
Cairkan kedua bahan ini secara double boiler dan sejukkan sebentar tetapi jangan sampai ianya beku semula
Sementara itu sediakan :-
1 cawan tepung
1 1/4 gula perang
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh vanilla
Gaulkankan kesemua bahan ini sehingga bersatu



Bila adunan telah bersatu dan masukkan coklat dan butter yg telah dicairkan. Adunan coklat yang hendak disatukan dengan bahan2 lain hendaklah disejukkan sebentar. Jangan tuang coklat semasa masih panas tetapi jangan dibiarkan coklat itu mengeras. Gaul rata dan bubuh di dalam loyang lalu dibakar dalam kepanasan 200 darjah celcius selama 30 minit. Sejukkan dan


Bila ianya telah mengeras bolehlah dipotong dan taburkan serbuk gula dipermukaannya dengan corak yang digemari.









5 comments:

Tie said...

Dah lama tak buat brownies...

Eh.. cantik la pinggan tu. Tak puas rasanya belek kat sini, hehe..

nor64 said...

slm zura, akak selalu juga wat brownie ..mcm2 resepi..ini bolehlah akak cuba juge..mesti sedap ni sbb coklat tu kan...

Mama Vogue said...

Buatlah Kak Tie senang sangat. Anak2 memang sukakannya sebab rich of coklat.

Mama Vogue said...

Wsalam Kak Nor.


Cubalah kak resepi mudah nie dan akakpun kongsilah resepi tuh sama2 ya. Brownies mmg pelbagai resepinya ya. Terdpt juga kek brownie. Guna coklat putih, pink dan orange juga sedap.

Tie said...

Salam dek,

Kak tie tak dapat nak detect update blog ni laa.. selalu dok kat bawah je.

Cuba check kat Dashboard, klik kat Edit Profile,
Cari di bawah General, tulis alamat blog ni di Homepage URL....