Wednesday, January 13, 2010

Epok-Epok Kegemaran Adik

Apakah perasaan kita sebagai ibu apabila anak kita berkali2 menyuruh kita memasak masakan kegemaran mereka. Itulah yang akan direngekkan oleh Adik setiap kali apabila mama telah beberapa hari tidak masak atau membuat kuih.





Adik merengek suruh mama buat epok2 kentang dan mama tak sempat2 nak buat sebab asyik balik lewat. Semalam Adik ulang2 lagi ayat yg sama. Tak sampai hati pulak mama tengok. Dengan terpaksa tetapi penuh keikhlasan di hati maka dengan bersusah payah mama membuat epok2 kentang dan telur untuk Adik.



Membuat epok2 bukanlah perkara sukar tetapi epok2 ini agak cerewet sikit. Lebih2 lagi cara menggorengnya. Memang pantang orang tua2 kalau goreng epok2 kulitnya menggerutu macam kulit katak puru. Kulit epok2 hendaklah cantik dipandang dan sedap dimakan. Mengelimnya juga tak boleh kasar2 dan kena halus. Aduh itu yg leceh ni. Di tengah malam dapatlah juga mama menyiapkan epok2 ini untuk Adik. Waktu itu adik telahpun lena.








Di Johor Bahru curry puff dipanggil dengan nama sebagai epok-eopk dan epok-epok mempunyai pelbagai rasa. Ada yg berintikan daging cincang dan telur, sardin atau sayur2an. Kalau epok2 yg berintikan sardin ianya dimakan bersama kuah cili ataupun sos cili. Epok2 sayur adakalanya hanya dikukus. Menggoreng epok2 juga perlukan kesabaran dan agak cerewet. Api untuk menggoreng epok2 tidak boleh segak. Gunakan api kecil saja. Kalau menggoreng dengan minyak yg terlalu panas juga akan mengakibatkan kulit epok2 tidak cantik dan menggerutu. Seelok2nya guna dua biji kuali ketika menggoreng. Bila satu kuali telah terlalu panas minyaknya tukar kepada kuali yg satu lagi dan begitulah seterusnya. Itu yg buat mama malas nak buat epok2 ni kalau hari bekerja tetapi gara2 permintaan adik maka mama paksakan diri. Siapa tak sayang anak kan......










Epok-epok kentang dan telur


5 sudu besar butter
5 sudu sudu besar minyak makan
cairkan butter dan minyak di dalam kuali ataupun periuk kemudian masukkan tepung gandum secukupnya lalu tuang air suam sedikit demi sedikit sambil diuli menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan kerana panas. Bila dah suam2 kuku salinkan ke mangkuk

Uli lagi perlahan2 sehingga menjadi doh kental

canai doh tetapi jangan terlalu nipis
bubuh inti telur dan telur rebus di tengah2

bentukkan separa dan leperkan dibahagian atas lalu kelim kemas2 dan halus2


buat sehingga doh habis dan goreng dengan api perlahan dan minyak suam kuku



Siap untuk dimakan

No one tops moms cooking ever...kembang hati mama dengar ucapan itu daripada Adik



























8 comments:

Tie said...

Adoi laa.... tengok lepat pisang dan epok-epok (mak panggil tepung bawang) terus teringatkan mak. Rindu masa zaman kecik2 dulu. Mak selalu buat kuih2 gini.

Kak tie sekarang dah jadi ibu pun tak rajin macam mak dulu.. mungkin dah lebih senang.. makan pun dah lain je.. nak mudah. Rasa nak kembali kecil semula....

Adik ni tinggal di kawasan mana ? Akak dulu asal dari kpg melayu jb, pastu tinggal di bukit chagar (sekarang dah tak de lagi). Kendian mak dan ayah menetap di Kota Tinggi hingga kini.

nor64 said...

slm zura, akk suka makan epok2 ni tapi liat nak buat...tak reti sgt pun nak buat kulitnya tu bagi ummpphhh...nanti bolehlh kk cuba resepi zura ni..1st time tgk ada bubuh telor..special ni...kak pun mcm zura asyik tangguh2 nak buat utk anak ni..mlm ni mesti buat juga sheperd pie utk anak tu..dah janji tak buat2 ...

jaketbiru said...

teringat drama kat tv pasal karipap.. hehehehehehe.. tak nak bisnes karipap ker mama...

Mama Vogue said...

Hi Kak Tie.... yup ada org Johor jugak panggil tepung bawang. Zaman kita dulu tak sama dgn anak2 skrg tapi saya rasa tak adil kalau kita rasa zaman kita yg indah itu tidak dinikmati oleh anak2 kita juga. Saya pun selalu beli jugak dan sesekali membuatnya sebab ank2 saya ni cerewet sikit. Oh Bkt Cagar tuh dulu saya tau sebab ada 2-3 org kawan yg tinggal di situ. Di Kg Melayu juga ada saudara. Saya dulu di Quaters tetapi selepas ayah pencen emak menetap di Tampoi, Johor. Dkt sangat dgn angsana. Saya di Tmn Sutera.

Mama Vogue said...

Wsalam Kak Nor

Sayapun mmg gemar mkn epok2 sebab rasanya pedas. Di Johor mmg bubuh telur ditgh2nya. Lebih sedap kalau daging cincang. Cubalah Kak Nor.

Mama Vogue said...

Kisah apa Nide pasal drama kat TV pasal karipap tuh. Mintak duit Nide buat modal jual karipap. hahahahha.....

shima said...

salam zura,
bestlah kshima tengok zura ni..pandainya masak.. berselera masuk rumah zura ni...diet pun hilang.. ;)

Mama Vogue said...

Wsalam Kak Shima


Msaal a;a kadar je kak. Tak yah nak diet2 ehehehehe. Terima kasih kak. Senang2 cubalah resepi kat sini