Thursday, December 31, 2009

Resepi Sambal Loteng

Assalamualaikum ........ inilah N3 yg terakhir untuk tahun ini iaitu tahun 2009. Melangkah ke tahun 2010 semoga azam kita yg belum tercapai akan segera dikotakan.
Ikan bakar adalah salah satu menu kegemaran mama dan merupakan menu wajib setiap minggu. Kami sekeluarga memang gemar sekali makan ikan bakar. Samada ikan dibakar berserta dengan sambalnya sekali ataupun dibuat kuah pencicahnya secara berasingan. Kali ini mama nak menjamu mata semua dengan sejenis sambal pencicah yg dikenali sebagai Sambal Loteng. Tak taulah kenapa dipanggil sambal loteng. Sambal loteng ini sangat2 digemari oleh anak perempuan mama. Suka sangat kalau mama buat sambal ini. Buatnya amat mudah sekali.

Bahan yg diperlukan:
10-15 tangkai cili padi dihiris serong (atau mengikut suka jumlahnya )
1 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dihiris nipis
3 biji limau kasturi (boleh juga digantikan dengan asam jawa)
belacan sebesar 1/2 tapak tangan (diramas hancur)
sebiji tomato (jika suka)
Air masak secukupnya
Satukan kesemua bawang merah, bawang putih, cili padi, dan belacan. Tuangkan air masak secukupnya. Kuah ini hendaklah pekat sedikit. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata. Perahkan limau kasturi dan akhir sekali masukkan tomato yang dipotong dipotong dadu.

Sedia untuk dimakan bersama ikan bakar dan nasi putih
Selamat Tahun Baru Masehi

4 comments:

Anonymous said...

Baru dapat komen.

Salam ziarah. Kak tie minat sangat blog ni. Suka baca kerana banyak resepi dari Johor. Kak tie berasal dari Johor Baru, kini menetap di Terengganu.

nor64 said...

SLMM ZURA..SAMBAL LOTENG NI BIASA KAK MKN MASA DUDUK DI KEDAH DULU..DEPA MAKAN DENGAN DAGING BAKAR..MMG SEDAP..

Mama Vogue said...

Salam Kak Tie.


Terima kasih Kak Tie di atas kunjungan akak. Wah jadi perantau ya kak. DiJB dulu dimana? Memang kalau boleh saya suka sangat berkongsi dengan semua org masakan org2 Johor ni, lebih2 lagi masakan yg telah lama dilupakan. Semoga blog saya ini dpt memberi manfaat kpd sesiapa yg membacanya.

Mama Vogue said...

Wsalam kak nor


Ya...org utarapun suka akan sembal ini kak tapi tak taulah pulak apa panggilan mereka utk sambal ini. Cubalah kak.