Sebelum kita membuat kulit epok2 terlebih dahulu tentulah kita menyediakan intinya. Inti epok2 ini terdiri dari pelbagai. Ada yg suka inti keledek, kentang, sardin dan juga daging. Kali ini mama buat inti kentang
1/2 kentang dikupas kulit dipotong dadu
1 bungkus rempah baryani
1 labu bawang besar dihiris kemudian dicincang halus
3 ulas bawang putih dihiris dan dicincang halus
Tumis bawang dan kemudian masukkan rempah dan bila hampir garing masukkan kentang. Bubuh sedikit air bagi mengempukkan kentang. Perasakan garam dan biarkan airnya kering dan hendaklah dikacau selalu. Sejukkan dan sedia untuk dibuat inti
2 comments:
slm zura, nanti boleh terbitkan buku resepi ya..hari tu tak smpt nak tanya pasal ni...
Wsalam Kak
memang nak trebitlah kak buku warisan masakan johor yg pure tapi x sempat2
Post a Comment