Selalu mama makan ikan masak singgang ataupun ada orang panggil pindang. Memang sedap singgang kalau dimakan bersama nasi panas yg lembik2 dengan sambal belacan. Lauk lain tak ada pun tak apa. Si Adik memang suka lauk kuah singgang. Menghirup2 kuahnya. Tapi kali ini mama nak buat singgang dari hati ayam bersama pedal dan jantung. Singgang ini tidak berapa berkuah tetapi pekat serta pedas sebab itu ianya dipanggil Singgang Goreng.
Wednesday, January 20, 2010
Pindang Goreng
Tuesday, January 19, 2010
Doily Cotton 1
Sunday, January 17, 2010
Botol Susu Antik dan Moden
Semua koleksi ini adalah dari milik emak sejak kelahiran abang yg pertama dan koleksi yg akhir itu adalah koleksi mama sendiri sejak kelahiran anak mama yg pertama.
Botol susu ini adalah milik abang mama yg pertama. Abang dilahirkan pada 1957. Botol kaca ini adalah keluaran England berbentuk seperti pisang.
Ini juga botol susu miliknya juga dari kaca dan keluran England
Lace Dan Net
Sayur Omputih
Kerabu Mentah dan Sambal Air Asam
Friday, January 15, 2010
Pie 1
Oleh kerana inti epok2 hari tuh masih ada banyak lagi jadi mama cuba membuat pie inti epok2 dan menyimpannya di dalam peti sejuk selama hampir 2 hari. Bolehlah buat makan utk hari ini. Buat malam tadi sebanyak 4 tray. Senang saja buat crust pie ini. belbagai jenis pie yg boleh kita buat untuk kelaurga tercinta.
Bahan2 untuk crust :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan butter sejuk dan dipotong dadu
1 camca teh garam
1 camca teh gula
air sejuk secukupnya (kalau boleh ais kuib yg dicairkan)
tutup permukaan dengan doh dan bentukkan ropol sekelilingnya dan lorekkan permukaannnya agar inti di dalamnya masak
tutup dengan aluminium foil sekeliling bentuk ropol supaya semasa proses membakar bentuk yg telah diropolkan tidak hangus dan keras kejung. Bakar sehingga masak dengan kepanasan 200 darjah celcius
pai inti kentang yg telah dimasak
Thursday, January 14, 2010
Resepi Inti Epok-Epok Johor
Wednesday, January 13, 2010
Epok-Epok Kegemaran Adik
Apakah perasaan kita sebagai ibu apabila anak kita berkali2 menyuruh kita memasak masakan kegemaran mereka. Itulah yang akan direngekkan oleh Adik setiap kali apabila mama telah beberapa hari tidak masak atau membuat kuih.
No one tops moms cooking ever...kembang hati mama dengar ucapan itu daripada Adik
Belebat Pisang Untuk Kakak
hari tuh masa beli Burasak, Kakak ingat tu ialah belebat pisang. beriya2 dia bukak dan nak makan. Kesian sungguh mama lihat wajahnya hampa. "I tot that kuih pisang mama...huh......" masam sekali wajahnya. Kesiannya kakak dan papa bila dengar anak perempuannya nak makan cepat dia mencari tapi kata kakak keraslah pulak.
Pergi pasar dan nampak pisang berangan terus mama beli dan buat untuk kakak. Sukanya kakak dan banyak pulak dia bawak pergi sekolah untuk dikongsi dengan kawan2nya. Jom kita buat belebat pisang sama2 walaupun ramai yg dah tau buat.
Sesikat pisang dilenyek2 dan dicampur bersama santan pekat
Masukkan sedikit tepung, gula merah dan gula pasir bersama2 kemudian dikisar halus
Bubuh adunan ke dalam daun pisang