Thursday, October 29, 2009

Resepi Mandai

Di Malaysia ni, terutama di Johor Bahru terdapat berbilang bangsa Melayu dari berbagai puak dan keturunan. Ada dari keturunan Jawa, Bugis, Banjar, Boyan (bilangan sedikit amat) dan peranakan Arab. Jadi di Johor terdapat bebagai jenis masakan dan makanan yang telah diperbagaikan mengikut sesuatu kaum.
Resepi masakan ini mama pertama kali makan ketika mama di dalam tingkatan dua di dalam tahun 1988. Masa tuh seorang class mate mama ni emaknya orang Banjar tulen. Rupa emak dia ni cantik, putih kemerah2an. Suatu hari semasa mama ke rumahnya mama dihidangkan dengan masakan kegemaran orang2 Banjar ni iaitu MANDAI ataupun dalam bahasa Melayu KULIT CEMPEDAK. Isi cempedak yang telah dikeluarkan janganlah dibuang jeraminya. Kupas kulitnya dan potong empat segi. Pertama kali makan aje mama dah rasa keenakkannya. Memang sedap. Jerami cempedak itu digoreng pedas2. Ada tiga cara membuat mandai ni dan ketiga2 ini akan mama tunjukkan di sini.

Mandai Fresh Bertumis Bilis (Kaedah 1)
Jangan dibuang kulit cempedak apabila sesudah memakan isinya. Kupas kulitnya bersih2 dan potong empat persegi. Jangan kecil sangat. kemudian cuci dan toskan.
1 labu bawang besar dipotong lereng
3 ulas bawang putih dihiris nipis
10 tangkai cili kering dihiris serong
1 mangkuk ikan bilis dibelah dua (cuci dan toskan)
Tumiskan bahan2 yg yang telah dihiris dan masukkan ikan bilis. Bila bawang layu dan ikan bilis agak garing masukkan mandai tersebut dan masak sehingga airnya kering. Tak perlu dibubuh air. Masukkan garam dan bila airnya kering segara diangkat dan hidangkan.
Inilah dia rupa mandai fresh yg digoreng bersama bilis dan cili padi
Cara kedua pula setelah kita mengupas kulitnya dan potong kecil empat persegi cuci dan toskan kemudian kita masukkan ke dalam balang yang berisi air masak dan 3 genggam garam lalu masukkan ke dalam balang tersebut. Biarkan mandai tersebut tenggelam dan jerukkan sehingga dua minggu ke sebulan.
Jeruk mandai (Kaedah 2)
Mandai yang telah dijerukkan (semasa proses menjeruk, getahnya akan timbul dan berwarna keputih2an dan itu tidak mengapa

Bila hendak memasak mandai jeruk tersebut keluarkan dari balang dan cuci lagi bersih2 dan perahkan sehingga airnya keluar dan toskan sebentar

mandai jeruk yang telah ditoskan boleh digoreng begitu sahaja dengan minyak yg panas sehingga garing


Jeruk mandai goreng sedap dimakan begitu sahaja dengan nasi putih dan ikan kering DAN jeruk mandai ini boleh juga dibuat seperti kaedah yang pertama tadi tetapi dengan syarat digoreng terlebih dahulu mandai tersebut kemudian barulah dibubuh bawang, cili dan ikan bilis



Inilah dia rupa jeruk mandai goreng cili api




















7 comments:

Mat Gebu said...

salam kak zura...kak, saya pernah juga try jeruk kulit cempedak tu, tapi hasil dia menghampakan laa, hmm tak pe musim akan datang ni saya cuba..tapi menarik kulit cempedak fresh goreng tu...

nor64 said...

salam zu..telan ayak liur akak baca resepi mandai ni...skg x de cempedak..pinggan & cawan tu pun cantikk i likeeee

nor64 said...

salam zu..telan ayak liur akak baca resepi mandai ni...skg x de cempedak..pinggan & cawan tu pun cantikk i likeeee

jaketbiru said...

klik sini mama..

http://hanishaimigaleryantik.blogspot.com/

Mama Vogue said...

Wsalam mat...


yup Mat, akak dulu mula2 tak berapa pandai jugak membuatnya tetapi lama2 dah ok. Cubalah lagi mat pd musim cempedak akan dtg.

Mama Vogue said...

wsalam akak nor

memang sedap resepi ni nanti musim cempedak akak cubalah yer. makanan recycle ni namanya.

Mama Vogue said...

ok nide tq