Monday, October 12, 2009

Bamia Ayam 1

Selain dari makhtum, stew, dalca, kormak dan kuzi terdapat jugak satu lagi masakan yg paling digemari oleh orang2 Arab iaitu bamia. Lebih2 lagi orang2 Arab ataupun peranakan Arab yg menetap di Johor Bahru, Johor. Mereka sangat menggemari bamia yg dimakan bersama dengan Roti Mariam. Resepi bamia masakan arab adalah jauh lebih ringkas dan mudah dari peranakan arab dimana resepinya lebih banyak bahan2 dan hendaklah ditumis dahulu. Bamia lebih sedap dimasak dengan menggunakan kambing dari ayam tetapi pada kali ini mama akan menunjukkan resepi bamia yg dimasak dengan menggunakan ayam.
Bamia Ayam Kampung
2 ekor ayam kampung
Minyak sapi secukupnya
1 tin kecil minyak sapi
3 camca besar jintan manis (kasar)
2 camca teh sajira (jika ada)
12 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inchi panjang halia ataupun sebesar ibu jari
2 camca teh lada sulah
600 gm kacang bende
5 labu bawang besar
1 botol tomato sos
3 ikat daun ketumbar
garam secukup rasa
Jintan, sajira, lada putih, halia, bawang kecil dan bawang putih kesemuanya digiling halus ataupun dikisar. Bawang besar pula didadu dan kacang bende di potong hujung dan pangkal.
Perapkan rempah giling bersama daging ayam dan gaul sehingga mesra. Diamkan dalam 1 jam. Panaskan minyak sapi dan masukkan daging ayam yg diperap tadi ke dalam periuk dan bubuh air secukupnya dan didihkan sehingga 1 jam lamanya. Sementara daging ayam hendak kering masukkan susu cair dan tambahkan 1 gelas air sejuk dan biarkan mendidih lagi anggaran 1 jam lagi atau sehingga ayam empuk barulah masukkan bawang dadu dan kacang bende dan daun ketumbar. Masukkan tomato sos dan garam. Kacau rata dan matikan api.

Kuah masakan ini ialah minyak dan rempah2nya, masakan ini jangan sehingga lodoh kacang bendenya


Kuah bamia sedap dimakan bersama Roti Mariam

No comments: