Ini adalah resepi ataupun kuih pertama yg baru mama try semasa bulan puasa yg lalu untuk hidangan pada hari raya. Resepi ini mama dapatkan dari ibu saudara mama di Singapura. Ianya juga dalam kumpulan kuih tart dan rasanya juga sedap.
Anak-anakpun suka pendek kata kuih-kuih yg mama buat adalah kuih2 kegemaran ank2 dan suami. Tak leceh jugak membuatnya sebab semasa membuat kuih, suami dan anak2 ku rajin menolong. Kami membuat bersama2 sambil berbual tetapi ada gak kuih yg mama seorang diri menghasilkannya.
TART PERMATA
Untuk Kulit Pastri :
250 gm butter
180 gm gula kastor
2 biji merah telur
400 gm tepung gandum
60 gm serbuk cornflakes (tambahkan jika adunan masih tidak boleh dicanai)
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil essen vanilla
Pukul butter dengan gula hingga lembut, masukkan telur dan essen, Setelah adunan sebati masukkan tepung, serbuk cornflakes dan serbuk penaik
Jadikan doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian
No comments:
Post a Comment