Koleksi pinggan cawan ini adalah koleksi yang sangat2 mama sayang dan suka sekali. Coraknya sangat klasik sekali. Mama mempunyai set yg hampir lengkap dan sekala sekali menggunakan set ini sebagai hidangan makan tengahari atau malam bila memasak masakan yg menggamit kenangan lalu.
Monday, October 26, 2009
Bunga Rose Hitam 3 Jambatan
Labels:
Antik Dan Koleksi Kesayangan
4 comments:
salam kak zura..
samalah saya akak..saya pun kalau melihat set hitam nie begitu nostalgia..set yang kerapkali digunakan di kampung selain kangkung..nanti nak buat jugak n3 nie..hehe..
Slm zu...koleksi ni juge kesayangan akak sebab tekonya tu kami guna masa kecik2 dulu & skg ni kat tgn akak dah, ada lah pinggan makanya sebiji dua & ramadan lepas jumpa set cwn & creamer kat kedai apek masa blk kg...rasa nak lompat2 hehe..zu banyak betul ya pinggan2 tu...bestnye ada piring bujur tu...akak x de pun...susah nak dpt dah skg...
Wsalam yatt
betul yatt.... selain set bunga kangkung, set bunga ros jambatan hitam dan kekwa pink sering kita lihat suatu waktu dahulu di zaman keriangan kita semasa kanak2 semasa kenduri kendarakan.
wsalam kak nor
cantikkan akak koleksi pinggan rose jambatan ni, emak saya cuma ada pinggan bujur, piring kuih dan pinggan lepernya sahaja. Pinggan lauk mungkum ini saya beli di kluang bersama set cawannya. Itupun Yatt yg menyarankan. manakala tekonya dari Ajmah.
Post a Comment