Thursday, October 29, 2009

Nostalgia Bekas Kuih Zaman 50an, 60an dan 70an

Ada orang menyebut balang kuih, ada orang menyebut bekas kuih, ada juga orang menyebut mangkuk kuih dan tak kurang menyebut cembul kuih. Bagi mama dan kebanyakkan orang di Johor Bahru menyebutnya sebagai cembul kuih bagi yang berbentuk bulat. Apapun sebutannya tetap membawa maksud yang sama. Bekas2 kuih ini sebahagiannya adalah dari koleksi emak pada suatu masa dahulu dan ada diantara yang mama mendapatkannya dari kedai lama. Ianya agak terkini dari piring2 kuih yg beropol2 dan berkeluk2. Bekas kuih ini tidak kedap udara dan selain menyimpan biskut2 raya, ianya boleh juga dibuat menyimpan halwa manisan, agar2 bersako dan agar2 basah serta acar buah dan kudapan yang diperbagaikan.

Jenis-jenis Bekas Kuih bertutup
Bekas kuih jenis bulat ini yang dipanggil sebagai cembul kuih kerana ianya berbentuk bulat


Cembul kuih ini berwarna coklat tua dan putih jernih serta tidak mempunyai apa2 corak



manakala cembul kuih ini berwarna jingga dan bercorak bunga2 di atas penutupnya, sekelilingnya dan dasar bawahnya

Pada zaman dahulu semasa mama kecik2 beginilah rupa disetiap rumah cara menghidangkan bekas kuih di atas meja. Ianya disusun cantik begini dengan bergaya dan penuh kasih sayang. Ditengah2nya mesti diletakkan mangkuk kecil untuk membasuh tangan bersama dengan tuala kecil yg digubah menjadi kelopak bunga. Biasanya air basuh tangan itu dibubuh dengan beberapa kelopak mawar ataupun hirisan limau nipis






Bekas kuih jenis ini pulak dipanggil balang kuih empatsegi, juga tidak kedap udara dan buatan dari England


Cembul kuih yang bercorak buatan negeri China

No comments: