Anak lelaki mama yang bongsu sangat gemar makan lauk ayam masak kormak. Kormak ada beberapa jenis, kormak yang menggunakan kerisik tanpa santan, santan sahaja dan yang dicampurkan bersama badam. Kormak ialah sejenis masakan India. Ayam, daging dan kambing sedap dimasak kormak. Kali ini mama memilih ayam untuk dibuat kormak badam.
Kormak Badam
2kg ayam kampung atau ayam biasa
4 camca besar ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca teh sajira (jika ada)
1 camca besar lada putih
12 ulas bawang putih
3 inchi halia
2 inchi panjang halia
1/2 butir isi buah pala
3 inchi kulit kayu manis
6 butir buah pelaga
9 butir bunga cengkih
segenggam badam (direndam dalam air panas dan dikupas kulitnya dan ditumbuk halus)
segenggam badam (direndam dalam air panas dan dikupas kulitnya dan ditumbuk halus)
1/2 tin susu cair yg diperah dengan sebiji limau nipis (dijadikan tairu)
3 tangkai daun pudina
3 pelepah daun saderi
2 camca besar air mawar
1 labu bawang besar dipotong empat
1 tin susu cair
Ayam dipotong2 dan dicuci bersih. Ketumbar, jintan manis, jintan putih, sajira dan lada putih dikisar atau digiling halus. Campurkan bersama badam yang ditumbuk. Kemudian gaulkan dan ramas2 pada ayam yg telah dibasuh bersih bersama bawang2 dan halia yang telah dikisar halus selama 10 minit. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan susu cair , garam dan gula mengikut suka dan minyak sapi. Gaul sehingga rata. Tuangkan air kira2 satu gelas dan masukkan bunga cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan isi pala lalu terus dijerangkan.
Biarkan mendidih sehingga ayam empuk barulah masukkan tairu, daun pudina, daun saderi dan bawang besar yg telah dibelah empat. Biarkan mendidih lagi dengan api yg sederhana. Bila telah terbit minyak masukkan air mawar dan kacau rata. Matikan api
Biarkan mendidih sehingga ayam empuk barulah masukkan tairu, daun pudina, daun saderi dan bawang besar yg telah dibelah empat. Biarkan mendidih lagi dengan api yg sederhana. Bila telah terbit minyak masukkan air mawar dan kacau rata. Matikan api
Peringatan :-
1.Kalau suka dalam hidangan kormak ini taburkan sedikit kacang peas
2.Kormak ini hendaklah putih warnanya, dari itu jangan dibiarkan mendidih hingga bertahi minyak tua sehingga berubah warnya
3.Badam dalam masakan ini boleh digantikan dengan buah gajus dan kalau tiada tairu boleh diperahkan dalam lauk itu dengan 1/2 butir air limau nipis
No comments:
Post a Comment