Friday, October 16, 2009

Riang Ria Di Aidil Fitri Part 2

Selamat hari Raya Aidil Fitri kepada semua kenalan2 yg sangat mama kasihi dan hormati. Diakhir2 Aidil Fitri ini mama menyusun sepuluh jari memohon segala keampunan di atas segala kesalahan dan kesilapan di atas tutur kata dan segala yg menyinggung perasaan.



Gambar-gambar di pagi Aidil Fitri- Tema Klasik Raya


Posing-posing klasik raya di pagi raya





Marilyn Monroe berkata dalam sebuah buku 'kebahagiaan yang sejati seorang wanita adalah suami disisi dan anak-anak disekelilingnya'. Part itu aku setuju.


Bila menjelang hari raya sejak dari dahulu lagi keluarga kami memang suka sangat bergambar dan di rumahku memang ada terpampang gambar keluarga kami yg sangat besar sekali. Tulah gambar kenangan kami yang terakhir bersama Ayah. Dulu2 kakak dan abangku yang suka mengambil gambar kami sekeluarga lebih2 lagi di pagi raya. Tradisi bergambar di pagi raya masih aku kekalkan lagi begitu juga dengan adik beradikku yg lain. Inilah dia gambar familyku yg ciput ni. Inilah dia keluarga ku yang amat aku kasihi.......... bersama suami yg amat pengasih dan penyanyang dan sangat bertolak ansur orangnya di samping kedua orang puteri dan putraku yang sangat manja.





Inilah putera dan puteri jantung hati beta!

























Pose2 ini semua diambil berlatar belakangkan yg antik dan klasik jugak!






Aku suka dengan warna tema baju raya kita di pagi raya ini. Warnanya telah dipilih oleh anak perempuanku. Warna yang sungguh klasik bagi diriku. Rambut kakak telah didandan oleh ibu ku yg tercinta. Kata emak, dulu2 macam nilah gadis2 melayu mendandan rambutnya. Bertocang dua dan bereben besar. Bilaku lihat rupa kakak saling tak tumpah seperti rupa ibuku di waktu remaja. Betul2 gaya kakak macam gadis tahun 1950an. Kejam celik, kejam celik dah jadi anak dara sunti dah si kakak, kejap aje masa berlalu. Kini anakku si kakak boleh ku ajak berbincang dan berbual2 seperti orang dewasa. Kami juga sering bertukar2 pandangan. Cuma kakak ni agak pendiam sikit orangnya tak seperti Adik yang suka berbual dan kadang2 macam merepek2 pulak.





Hari Raya dahulu memang tak sama dengan hari raya semasa aku di zaman kanak2 dahulu. Dahulu semasa aku seusia Kakak dan Adik, sambutan hari raya sangat meriah di tempatku. Kami tidak punya kampung, kedua belah nenek dan atuk tinggal di Singapura, jadi kami hanya ke Singapura sahaja bila menjelang raya. Kalau lewat ke Singapura kami akan beraya di rumah. Suasana semasa aku kecil di quaters ataupun barek sungguh meriah sekali. Kemeriahan terasa di hari pertama lagi sewaktu di bulan ramadhan. Walaupun di bulan Ramadhan, kami tetap menjalankan aktiviti seperti biasa, bermain bersama2 kawan2 sejiran bila hari tak bersekolah.





Aku masih ingat lagi, setiap petang ada ditayangkan cerita Arab dari Timur Tengah di RTM 1, aku suka sangat menonton cerita itu kerana aku lihat pakaian mereka sungguh cantik2 belaka. Selepas itu selepas pulang dari sekolah Agama, ada pulak cerita 'rumah kedai' lakonan Kartina Aziz. Masa itu aku di dalam darjah 5.



Emakku pandai menjahit, dan semua baju2 kurung kami dijahitnya sendiri. Baju kurung aku dan kakak serta abangku dijahit dua minggu sebelum raya dan setiap malam sebelum tidur aku akan mencuba mengayakan baju kurungku sehingga di malam raya. Jakun betul rasa. Biasanya emak akan membeli baju2 yg lain di Singapura, masa tu shopping kompleks yg popular ialah OG. Bila ke rumah nenek di bulan ramadhan, kami akan ke OG dan membeli pakaian. Sukanya hati bukan kepalang dapat kasut dan baju raya setiap seorang. Pada aku memiliki dua pasang baju kurung dan lima pasang baju raya yg lain adalah sesuatu yg amat menggembirakan hatiku. Time raya juga kami adik beradik akan dapat sepasang kasut dan sepasang selipar baru.





Sekarang ini diusia sebegini sudah 3 tahun berturut2 aku menjahit baju kurung raya anak2ku. Kalau dulu aku tak berkesempatan menjahit baju kurung anak2 tetapi kini aku rasa adalah lebih baik aku menjahitnya sendiri kerana aku mahu anak2ku akan merasa keindahan dan kenangan bersama mama mereka sebagaimana aku merasa keindahan kenangan itu tatkala aku bersama ibuku ketika aku di alam kanak2. Begitu juga dengan membuat kuih muih raya, sekarang ini kakak dan adik dah mula menolong aku membuat kuih2 raya dan hubby juga tak menang tangan membantu. Dari sinilah nanti bila anak2ku besar mereka akan rindu suasana ini dan aku berdoa agar apa yg pernah ibuku terapkan kepada kami adik beradik dan aku warisi dari ibu akan tetap diikuti oleh anak2ku kelak bia aku tiada lagi di dunia ini.



Sebab itu walau sesibuk mana sekalipun aku, aku akan cuba mengambil cuti beberapa hari di pertangahan ramadhan untuk membuat kuih-muih bersama anak2 dan suamiku. Disebelah malamnya pulak suamiku akan membawa kami semua ke Masjid untuk bertarawih walaupun aku tidak dapat bertarawih sepenuhnya tetapi aku berasa sangat bahagia tatkala tibanya bulan ramadhan. Semasa aku kanak2, cuma emak dan ayah saja yg bertarawih dan kami anak2 tinggal di rumah.



Dahulu semasa lagi seminggu nak raya emak telahpun menyiapkan segala kelengkapan kami dan rumah. Begitu juga dengan kuih muih dan lagi tiga empat hari nak raya emak pulak sibuk menyediakan rempah ratus. Masa tuh suasana lebih meriah sebab kakakku pulang dari asrama dan dia sibuk menggantung hias kad2 raya di sepohon pokok kering yg banyak ranting yang telah dispray putih oleh ayah. Pokok itu ayah simen ke dalam pasu dan kakak menghiaskannya dengan kad2 raya, lampu lip lap dan ketupat2 reben. Aduhhh aku sungguh rindu suasana itu. Sekarang ini mana nak cari semua itu. Agaknya tahun hadapan aku akan cuba menyuruh hubby carikan pokok kering yg tinggal ranting2 untuk aku berkongsi pengalaman itu bersama anak2ku.



Sehari sebelum raya pula Ayah pulak sibuk ke pasar dan membawa balik ayam2 jaguh yg masih hidup untuk disembelih. Ayah menjadi tukang sembelih ayam untuk jiran2 terdekat kami. Aku bila ayah membawa pulang ayam2, seboleh2nya aku dan abangku yg no 3 tak mahu melihat ayam yg ayah tambatkan kerana sedih. Sedih kerana nanti akan disembelih. So aku hanya menolong emak menyapu dan membersihkan laman. Lepas itu aku hanya bermain dengan kawan2ku dan kawan2ku majoriti adalah lelaki. Di malamnya kami bermain bunga api. Emak pulak sibuk di dapur dan ayah menyiang ayam dan merebus ketupat. Tak sabar menanti esok untuk berhari raya.








Bila malam, suasana semakin meriah walaupun adik beradikku cuma empat orang sahaja tetapi kemeriahan keluarga kami sangat terasa. Aku dan abang no3 bermain bunga api bersama jiran dan lewat malam baru kami masuk tidur. Pagi2 lagi selepas pulang dari masjid kami anak beranak bermaaf-maaf2an. Masa itu shahdu sangat rasa tetapi lepas itu kami berjalan bersama2 kawan2 iaitu anak jiran tetangga pergi berhari raya.








Dulu kami berhari raya dari rumah ke rumah dan mendapat setiap seorang 5 sen, sepuluh sen dan 20 puluh sen tetapi kami tetap akan masuk ke rumah jiran dan makan kuih. Kuih raya pulak jangan ckp, berbagai2 yg dihidangkan di dalam bekas kuih yg sangat menarik. Ada ibu kek lagi. Berebut2 makan kuih tetapi tetapi penuh adab dan sopan kerana selalu ingat pesan emak beraya ke rumah orang kena jaga diri. Bab kuih nanti kita cerita kendian. Budak2 sekarang ni kalau beraya madang nak cepat dan cuma mintak duit tak mahu masuk rumah. Kalau dia beraya ke rumahku, memang aku paksa mereka masuk makan dan minum barulah aku kasi duit. Masa tu aku akan berbual2 dengan kanak2 yg datang beraya dan bertanyakan hal2 meraka. Seronok rasa dapat bersama mereka.






Begitulah pengalaman beraya semasa aku di zaman kanak2, tetapi apabila kakakku pergi melanjutkan pelajar, acara menggantung kad raya tidak lagi dibuat sehinggalah kini, walaupun masa tu aku pulak yg dah dapat bertimbun2 kad raya. Abangku yg n o 3 pulak masa tuh pun dah malas nak buat tuh semua dan abangku yg sulung pulak dah berumahtangga.








Kini sedikit demi sedikit aku masih terapkan lagi suasana2 hari raya yg pernah aku rasa kepada anak2ku agar mereka tahu erti kasih sayang antara sesama insan. Bagi aku hari raya adalah hari dimana sanak saudara berkumpul jauh dan dekat untuk mengeratkan lagi kasih sayang yg sedia ada, saling bermaaf2an, kunjung mengunjung. Aku selalu berpesan kepada anak2 agar tidak membawa beg duit bila ke rumah orang dan jangan mengharapkan wang dari meraka. Jika dapat duit raya jangan sekali2 buka di depan orang dan berkira2 berapakah yg diberi oleh tuan rumah serta membanding2kan. Yang penting kunjungan kita adalah kerana kasih sayang dan tanda ingatan. Buat kita ni yg bergaji ni pulak janganlah lokek nak bersedekah kepada kanak2 dan orang2 tua. Doa org2 tua dan kanak2 ni makbul tau.









Inilah potret keluargaku berasama allahyarham ayahku yg tercinta. Potret ini berada disetiap rumah kami adik beradik

No comments: