Dan akhirnya biskut terakhir mama adalah Biskut Makmur. Saban tahun mama membuat biskut ini namun semenjak dua tahun yg sudah mama tidak lagi membuat biskut ini kerana ianya akan mengundang kepiluan di hati kerana biskut makmur adalah biskut kegemaran Allahyarham Ayahnda tercinta. Dulu setiap kali mama membuatnya satu telap penuh khas untuk ayah. Sekejap aje dah habis. Namun kini, semua telah berlalu pergi, pergi yg tak mungkin akan kembali lagi.
Tahun ini mama membuat 12 jenis biskut moden dan lama. Lima hari mengambil cuti dan membuat biskut adalah saat yg sangat menyeronokkan. Cuma masa buat biskut makmur ini saja air mata mama bergenang2 bila terkenangkan Arwah. Semoga Arwah Ayah digolongkan dalam golongan yg beriman dan semoga Allah memuliakan kedatangannya. Al fatehah buat Ayahku yg tercinta.
Namun apa yg lebih memilukan mama pada malam raya, kami tercari2 kakak. Mana Kakak pergi. Susah jugak hati mama. Terjerit2 mama panggil kakak dan tiba2 Kakak muncul dia seperti mengesat2 matanya. Kenapa ? tanya mama dan kakak menggeleng2kan kepalanya. Lepas itu Kakak menghilang lagi dan mama rasa ada yg tak kena ni. Bila mama mengintai dari celah2 pokok, kakak sedang menangis2 di tepi bahu jalan raya. Ya Allah anak aku, jerit hati mama. Mama mendapatkan kakak dan Kakak menangis tersedu2 sambil menyebut nama Atuknya.........sedangkan sayup2 dari rumah kedengaran takbir bergema dari Masjid. Mama memeluk bahu kakak dan cuba menenangkannya. Seboleh2 mama tak mahu menitiskan airmata kerana tidak mahu menambahkan kesedihan di hati Kakak, padahal di dalam hati hanya Allah yg tahu. Mama tahu Kakak teringatkan arwah Atuknya kerana mereka berdua memang rapat. Emak mama pula semasa itu ke rumah ibu saudara mama kerana mengambil Burasak.
Bila papa pulang dari masjid mama menceritakan kepada papa dan papa memujuk kakak, papa suruh Kakak mengambil air sembahyang dan hadiahkan surah Yassin kepada arwah. Kakak menurut perintah dan membaca dengan tersedu2. Memang hiba sekali pada malam raya itu. Duhai Kakak, umurmu baru 10 tahun dan kau sudah merindui seorang insan yg amat kau kasihi yg telah tiada lagi di dunia ini, padahal ketika mama seusiamu pada malam2 raya begitu keriangan dan gelak ketawa yg menemani mama dikala itu kerana keseronokkan menanti Aidilfitri. Kasihan sungguh kakak, tak sempat mengecap kasih sayang seorang Atuk sedangkan mama kehilangan Atuk juga pada dua tahun yg lepas selepas dua minggu Arwah Ayah meninggalkan kami sekeluarga. Betapa puasnya mama mengecap kasih sayang bersama seorang Atuk dan sehingga kini masih punya Nenek yg masih lagi sehat.
Oklah sedih nanti jika berceloteh panjang2, mama nak bagitau kalau nak buat biskut makmur ini adalah lebih baik dibuat diwaktu selepas sahur ataupun malam2 sikit. Bukan apa takut tepung cepat mengering. Jadi untuk menjimatkan minyak sapi ikutlah petuaku ini.
Biskut Makmur
600 gm tepung gandum ataupun mengikut seberapa banyak yg kita suka
Minyak Sapi Ghee secukupnya - untuk membancuh tepung
(Minyak sapi dipanaskan sehingga cair dan biarkan sejuk sebentar tetapi jangan sehingga beku balik)
Pewarna hijau jika suka
Gaulkan tepung bersama minyak sapi
Masukkan pewarna hijau dan uli sehingga warnanya sekata
Jika adunan lembik sedikit tidak mengapa kerana ianya akan mengeras nanti
Intinya :-
Kacang tanah yg digoreng tanpa minyak dan kupas kulitnya lalu ditumbuk kasar2
Campurkan kacang tanah bersama gula pasir dan sedikit butter sehingga ianya boleh dikepal
bentukkan seperti gambar diatas. Jangan dibentuk besar2 kerana nanti bila disepit nampak terlalu montok. Biar ianya nampak kecil genit comel lote
Bentukkan dalam 5 biji dan terus disepit Jangan dibentuk banyak2 baru sepit kerana adunan ini cepat mengering dan bila kering susah untuk disepit
No comments:
Post a Comment