Wednesday, October 7, 2009

Resepi Kek Kukus Dan Kucingku Belang

Satu kenangan yg mencuit hati mama iaitu sewaktu lagi beberapa hari lagi menjelang Aidil Fitri ketika mama berada di dalam darjah satu, kenangan itu akan menjelma setiap kali bila membuat Kek Kukus Buah2an.
Pada suatu pagi ketika emak sedang tekun memukul adunan kek kukus buah2an ini dengan tekunnya tetiba melompat Belang, kucing kesayangan mama ke dalam mangkuk seramik yg penuh berisi dengan adunan kek. Apalagi menjeritlah emak dengan sekuat hati kerana terperanjat. Mama masih ingat waktu itu, pagi itu ketika bangun dari tidur mama terus ke dapur dan melihat emak sedang memukul adunan kek dengan menggunakan tangan. Sambil tu mama lihat Belang dok peratikan tangan emak yg bergerak2 dengan laju memukul adunan tersebut. Mamapun memanggil2 Belang supaya ia datang kepada mama tetapi Belang begitu khusyuk sekali memerhati emak sambil kepalanya naik turun mengikut gerakan tangan emak. Entah bagaimana tiba2 Belang melompat menerpa tangan emak sehingga dia termasuk ke dalam adunan kek tersebut. Habis seluruh badannya dipenuhi dengan tepung yg telah bercampur gula dan butter itu.
Mula2 emak seperti nak marahkan Belang tetapi bila melihat Belang yg telah kuyup dengan adunan tepung timbul rasa kasihan bercampur gelihati. Belang yg bjiak memang pantang melihat objek bergerak, pasti dia datang menerpa. Oleh kerana dalam rumah itu, cuma mama seorang yg berani pegang kucing selain Ayah dan Kakak mama, dan pada waktu itu Ayah dan kakak tiada dirumah, jadi mamalah yg kene membersihkan Belang. Susah juga membersihkan Belang dalam keadaan macam tuh. Nasib baik dia dah biasa dimandikan. Selepas dari itu Belang sangat takut mendekati mangkuk seramik itu setiap kali emak mengadun kuih. Dia akan duduk jauh2 sambil memerhati dengan bulu yg menegak.
Namun semua itu adalah kenagan buat mama dan emak, Belang pergi buat selama2nya beberapa tahun selepas itu kerana dilanggar kereta. Kami menanam Belang di belakang Quaters kami. Sejak dari itu terasa kesepian hidup mama kerana mama tidak mempunyai Adik dan mama menganggap Belang seperti Adik mama.
Kini mama pula yg mengambil alih mengadun kek buah2an, tetapi tidak seperti emak yg mengadun menggunakan tangan. Putuslah tangan kalau menggunakan tangan. Kini anak2 yg memerhatikan mama pulak, bukan lagi Belang, namun mama rasa sangat bahagia dan bila membuat kek mama akan panggil anak2 mama dan menerangkan kepada mereka kenapa bahan2 semua ini harus disatukan.
Tepung yg berdebu, butter yg melekit, telur yg berbau hanyir dan buah2an yg manis disatukan dan pada zahir mata kasar nampak macam tak best tapi bila adunan ini dimasak ianya menghasilkan sebiji kek yg sangat sedap, begitulah jugak kehidupan kita yg bermacam2 kenangan pahit, manis suka dan duka bila dikenang pada masa2 yg akan datang ianya menjadi satu kenangan yg sangat manis. Ini mama pernah terbaca disalah sebuah artikel yg diemailkan oleh seorang sahabat.
Semoga penerangan simbolik mama ini kepada anak2 akan tetap bersemadi di hati mereka dan akan digunapakai pada 20 tahun akan datang bersama kenangan mereka ketika bersama mama. Mama pasti ianya akan menjadi kengangan yg paling indah dalam hidup mereka sebagaimana kenangan mama bersama emak dan Belang pada menjelangnya Aidilfitri pada 28 tahun yg lalu.
Resepi kek kukus ini adalah resepi emak yg saban tahun kami buat yg telahpun ditukarkan dari kati dan paun kepada kg dan gm


Kek Kukus Buah-Buahan
5 biji telur
600 gm tepung gandum
300gm kismis hitam
200gm buah2an campuran
2 cawan gula halus
1 1/2 gula hangus - 1 cawan gula campur 1/2 cawan air
2 camca cream of tar tar
2 camca bicarbonate of soda
2 buku Golden Churn butter atau butter cap tong orang dulu2 cakap
1 camca baking powder
2 camca essen orange
2 camca ice cream soda
2 camca vanilla
4 camca susu pekat sedikit essen soda dan serbuk buah pala



Butter dan gula dipukul sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.



Ayak tepung, baking powder, cream of tar2 dan bicarbonate of soda pada buah2an campuran dan kismis hitam dan jemur sebentar. Kacau lagi pada kelajuan yg sederhana dan masukkan buah pala, essen orange, vanilla, ice cream soda, essen soda dan akhir sekali buah2an campuran dan tepung.



Masukkan gula hangus dan kacau segera



Masukkan ke dalam loyang 4 segi dan kukus dalam kukusan yg telah mendidih airnya. Kukus 4 jam



Kek kukus ini lebih sedap disimpan beberapa hari sebelum dimakan. Simpan di tempat yg tidak ada cahaya agar ianya semakin lembab dan sedap dimakan


Tahun ini mama menggunakan bekas balang kek empat segi sama kepunyaan emak. Bekas balang ini digunakan emak saban tahun pada tahun2 60an sehingga 80an. Selepas dari itu ianya terperap di dalam kabinet dan telah diguna semula oleh mama pada tahun ini


namun mama masih lagi menggunakan Cut Glass ini untuk menyimpan kek sebagai menghargai pemberian mertua
























2 comments:

CintaUnggu... said...

hai wakum slm mama...

kalau mama nak tahu mia paling suka makan kek kukus tau...hehehe

Mama Vogue said...

eheheh...yeke ke mia...buatlah sedap tau. Datanglah rumah kalau nak makan. mama ada buat 2 buku hari tuh. Nipun dah tinggal sikit