Ini juga merupakan kuih pertama percubaanku. Waduh susah gak membuat kuih2 lama ni. Bukan susah apa cuma pada mama yg tak biasa ni agak kekok sedikit walaupun setiap mejelang raya memang mama akan membuat kuih2 raya.
Cubaan membuat kuih bahulu benar2 menguji kesabaranku. Rasa nak menangispun ada. Banyak kuih bahuluku terlah 'terkorban' dia awal pembikinannya kerana banyak yg melekat tetapi lepas tuh oklah. Cuma selepas beberapa kali barulah ok.
Emak mama mempunyai acuan dari tembaga yg diwarisi dari nenek, namun pada hari mama membuat kuih bahulu acuan tu entah ke mana ghaibnya. Puas mencari. Akhirnya mama guna acuan kuih bingka jagung. Resepinya pula mama ambil dari myresepi, sebab resepi emak dan mertua digunakan kati untuk gulanya.
Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.
No comments:
Post a Comment