Wednesday, October 7, 2009

Biskut Kacang Mazola



Dalam banyak2 cookies, sebenarnya biskut ini yg paling mama gemari semasa zaman kanak2 mama. Boleh menangis kalau emak tak menyediakan biskut ini bila menjelangnya Aidil Fitri, tetapi bila dah meningkat remaja bila makan banyak2 biskut ini kepala jadi pening. Datang migrain. Lama2 biskut ini mama lupakan. Bertahun tak buat biskut ini dan inilah pertama kali mama membuatnya selepas bertahun2 melupakannya.
Sorry semasa membuatnya, batteri camera kong dan charger tertinggal pulak kat office so bila dah siap esoknya barulah dapat disnap. Tapi mama rasa ramai yg tahu buat biskut ini. Inilah dia Biskut kacang Mazola

Di sini bahan2 yg digunakan adalah mengikut sukatan sesuka hati kita. Kalau nak buat banyak, banyaklah sukatannya dan kalau nak buat sikit, sikitlah sukatannya.

bahan2 :-

1 kg tepung gandum
1 1/4 cawan gula halus
kacang tanah yg telah siap dibuang kulit (panggang di dalam oven)-tumbuk halus ataupun kasar ikut suka
Minyak masak Mazola
merah telur (Disapukan ke atas permukaan biskut)
Chery merah

Gandum, kacang tanah dan gula disatukan. Tuangkan sedikit demi sedikit minyak masak mazolla ke dalam adunan sehingga adunan boleh diuli menjadi doh. Jika menggunakan kacang yg ditumbuk kasar, ianya agak sukar untuk diterap dengan acuan yg berbunga2 ataupun berbiku2 dan hanya boleh dikepal2 sahaja, tetapi jika ingin menerap dengan acuan yg disebutkan seperti di atas, kacang bolehlah dikisar halus. Di sini mama menggunakan acuan penerap tembaga bentuk bunga. Acuan ni adalah acuan lama dan bentuknya bagi mama sangat klasik. Biasanya bila dikepal dan disapukan merah telur dan dibubuh sebiji kacang tanah diatasnya sebagai hiasan tetapi di sini mama meletakkan dengan hirisan cherry merah. Bakar pada suhu 180 darjah sehingga kekuningan.

No comments: