Thursday, October 29, 2009

Resepi Mandai

Di Malaysia ni, terutama di Johor Bahru terdapat berbilang bangsa Melayu dari berbagai puak dan keturunan. Ada dari keturunan Jawa, Bugis, Banjar, Boyan (bilangan sedikit amat) dan peranakan Arab. Jadi di Johor terdapat bebagai jenis masakan dan makanan yang telah diperbagaikan mengikut sesuatu kaum.
Resepi masakan ini mama pertama kali makan ketika mama di dalam tingkatan dua di dalam tahun 1988. Masa tuh seorang class mate mama ni emaknya orang Banjar tulen. Rupa emak dia ni cantik, putih kemerah2an. Suatu hari semasa mama ke rumahnya mama dihidangkan dengan masakan kegemaran orang2 Banjar ni iaitu MANDAI ataupun dalam bahasa Melayu KULIT CEMPEDAK. Isi cempedak yang telah dikeluarkan janganlah dibuang jeraminya. Kupas kulitnya dan potong empat segi. Pertama kali makan aje mama dah rasa keenakkannya. Memang sedap. Jerami cempedak itu digoreng pedas2. Ada tiga cara membuat mandai ni dan ketiga2 ini akan mama tunjukkan di sini.

Mandai Fresh Bertumis Bilis (Kaedah 1)
Jangan dibuang kulit cempedak apabila sesudah memakan isinya. Kupas kulitnya bersih2 dan potong empat persegi. Jangan kecil sangat. kemudian cuci dan toskan.
1 labu bawang besar dipotong lereng
3 ulas bawang putih dihiris nipis
10 tangkai cili kering dihiris serong
1 mangkuk ikan bilis dibelah dua (cuci dan toskan)
Tumiskan bahan2 yg yang telah dihiris dan masukkan ikan bilis. Bila bawang layu dan ikan bilis agak garing masukkan mandai tersebut dan masak sehingga airnya kering. Tak perlu dibubuh air. Masukkan garam dan bila airnya kering segara diangkat dan hidangkan.
Inilah dia rupa mandai fresh yg digoreng bersama bilis dan cili padi
Cara kedua pula setelah kita mengupas kulitnya dan potong kecil empat persegi cuci dan toskan kemudian kita masukkan ke dalam balang yang berisi air masak dan 3 genggam garam lalu masukkan ke dalam balang tersebut. Biarkan mandai tersebut tenggelam dan jerukkan sehingga dua minggu ke sebulan.
Jeruk mandai (Kaedah 2)
Mandai yang telah dijerukkan (semasa proses menjeruk, getahnya akan timbul dan berwarna keputih2an dan itu tidak mengapa

Bila hendak memasak mandai jeruk tersebut keluarkan dari balang dan cuci lagi bersih2 dan perahkan sehingga airnya keluar dan toskan sebentar

mandai jeruk yang telah ditoskan boleh digoreng begitu sahaja dengan minyak yg panas sehingga garing


Jeruk mandai goreng sedap dimakan begitu sahaja dengan nasi putih dan ikan kering DAN jeruk mandai ini boleh juga dibuat seperti kaedah yang pertama tadi tetapi dengan syarat digoreng terlebih dahulu mandai tersebut kemudian barulah dibubuh bawang, cili dan ikan bilis



Inilah dia rupa jeruk mandai goreng cili api




















Nostalgia Bekas Kuih Zaman 50an, 60an dan 70an

Ada orang menyebut balang kuih, ada orang menyebut bekas kuih, ada juga orang menyebut mangkuk kuih dan tak kurang menyebut cembul kuih. Bagi mama dan kebanyakkan orang di Johor Bahru menyebutnya sebagai cembul kuih bagi yang berbentuk bulat. Apapun sebutannya tetap membawa maksud yang sama. Bekas2 kuih ini sebahagiannya adalah dari koleksi emak pada suatu masa dahulu dan ada diantara yang mama mendapatkannya dari kedai lama. Ianya agak terkini dari piring2 kuih yg beropol2 dan berkeluk2. Bekas kuih ini tidak kedap udara dan selain menyimpan biskut2 raya, ianya boleh juga dibuat menyimpan halwa manisan, agar2 bersako dan agar2 basah serta acar buah dan kudapan yang diperbagaikan.

Jenis-jenis Bekas Kuih bertutup
Bekas kuih jenis bulat ini yang dipanggil sebagai cembul kuih kerana ianya berbentuk bulat


Cembul kuih ini berwarna coklat tua dan putih jernih serta tidak mempunyai apa2 corak



manakala cembul kuih ini berwarna jingga dan bercorak bunga2 di atas penutupnya, sekelilingnya dan dasar bawahnya

Pada zaman dahulu semasa mama kecik2 beginilah rupa disetiap rumah cara menghidangkan bekas kuih di atas meja. Ianya disusun cantik begini dengan bergaya dan penuh kasih sayang. Ditengah2nya mesti diletakkan mangkuk kecil untuk membasuh tangan bersama dengan tuala kecil yg digubah menjadi kelopak bunga. Biasanya air basuh tangan itu dibubuh dengan beberapa kelopak mawar ataupun hirisan limau nipis






Bekas kuih jenis ini pulak dipanggil balang kuih empatsegi, juga tidak kedap udara dan buatan dari England


Cembul kuih yang bercorak buatan negeri China

Monday, October 26, 2009

Semur Ayam Cara Arab

Resepi ini adalah masakan Arab yang popular di Johor Bahru, ianya sedap dimakan bersama nasi minyak, nasi aidas, nasi bukhari, nasi tomato dan lain2. Biasanya lauk ini disediakan semasa hari2 perayaan, hari2 keramaian dan juga boleh dibuat makan seharian. Resepi ini tidak memerlukan bahan2 yg banyak dan mahal2 malah ianya sangat senang dibuat.

Bahan2nya :-

1 kg daging ayam atau kambing

Minyak sapi secukupnya

1/2 tin susu cair

3 inchi halia (diperah dan ambil airnya sahaja)

8 ulas bawang putih

4 labu bawang besar

1 buku bawang besar dipotong baji

1/4 botol perrins sauce

1/4 tomato sos

lada sulah secukupnya

6 buku kentang

1 batang lobak merah

1 ikat daun ketumbar

Garam secukupnya

Semur Ayam


Ayam dipotong 12 bahagian dan dicuci bersih lalu ditoskan (Daging kambing juga boleh dibuat masakan ini tetapi hendaklah dipotong pada 6 keping tiap2 1/2 kg). Bawang putih, bawang merah dan halia (ambil airnya sahaja) hendaklah digiling halus ataupun dikisar. Gaulkan pada ayam. Jika pada daging kambing, ramaslah hingga daging itu nampak putih.


Kemudian masukkan ayam atau daging yg telah digaul bersama bahan2 kisar ini ke dalam periuk dan tuangkan minyak sapi dan sedikit air dan taburkan serbuk lada sulah secukupnya. Masukkan juga garam secukup rasa dan didihkan dengan api yg perlahan2 selama 1 1/2 jam (jika menggunakan ayam pencen atau ayam kg atau kambing tetapi jika menggunakan ayam muda cukup didihkan selama 20 minit) dan barulah tuangkan susu cair. Didihkan lagi selama 1/2 jam dan jika ayam muda hanya perlu dididihkan selama 15minit sahaja.




Setelah itu masukkan tomato sos dan lobak merah serta kentang



masukkan juga Perrins sauce. Masukkan bawang besar yg telah dibelah baji dan juga seikat daun ketumbar. Didihkan lagi selama 3/4 jam atau sehingga semuanya telah benar2 empuk. Masakan ini hendaklah sentiasa dijaga2 jangan sampai rempahnya itu bertahi minyak. Masakan ini makan masa kira 3 1/2 jam kalau daging kambing atau ayam tua atau ayam kg. Jika ayam muda dalam 1 1/4 sudah empuk.












Peringatan :
Kentang itu jangan sekali sampai menggelupas supaya tidak berubah rasanya.
Ikutlah tertib masakan ini, jika tidak susu dengan tomato itu tidak menjadi satu dan rupanya berbiji2


Kaedah lain :
Lobak merah dan kentang boleh juga dipotong dadu dan direbus dicampurkan dengan kacang peas dalam tin dan taburkan ke atas lauk masa menghidangkannya. Ini lebih elok dibuat ke atas daging kambing dari ayam)



























Bunga Rose Hitam 3 Jambatan

Koleksi pinggan cawan ini adalah koleksi yang sangat2 mama sayang dan suka sekali. Coraknya sangat klasik sekali. Mama mempunyai set yg hampir lengkap dan sekala sekali menggunakan set ini sebagai hidangan makan tengahari atau malam bila memasak masakan yg menggamit kenangan lalu.



Friday, October 23, 2009

Ketika Anak Berusia Tiga Tahun

Apakah yg difikir oleh kanak2 yg berusia 3 tahun dalam fikiran kita? Dalam usia 3 tahun mereka dah mula mengenali erti kasih sayang, mereka dah pandai membaca buku cerita yg pendek2 seperti buku lady Bird, Peter And Jane dan boleh menulis ABC serta membilang 1-50 atau lebih dari itu. Namun dalam usia sekecil itu mereka masih belum mampu melindungi diri mereka sendiri.

Ini adalah gambar anak permpuanku kakak ataupun Anna. Gambar ini diambil sehari sebelum hari jadinya yg ke 3 tahun. Gambar ini diambil sewaktu kami nak shopping barang2 untuk majlis hari jadinya. Bila melihat aku mengenakan baju yg hampir sama dengan adiknya, kakak segara menyuruh papa mengambil gambar mereka berdua. Terjerit2 kakak berulang2 kali menyuruh papa masa tuh. Papa....please take my picture with Ajim now!. Bila papa menyuurh dia bergaya dengan pantas dia memeluk adiknya dengan penuh kasih sayang. Ketika itu adik baru berusia 6 bulan. Dalam usia 3 tahun kakak dah mula mengenali erti kasih sayang dan marah jika aku lambat membuat susu untuk adiknya. Bagaimana kita sebagai orang yg dah cukup akal fikiran yg waras dan boleh berfikir baik dan buruk boleh mensesiakan dan mendera anak yg baru berusia 3 tahun tanpa belas kasihan!!!!!!!

Gambar kakak yg diambil oleh sepupuku. Ketika itu Kakak juga berusia 3 tahun. Sepupuku meminjam kakak 2 hari untuk sesi gambar kanak2 bagi program Adik Sayang di Kindergartennya. Aku paling suka gambar kakak waktu ini. Dia berposing kata sepupuku tanpa disuruh2. Gambar ini aku curi dari rumah sepupuku. Eheheh......


Dan ini adalah gambar hari jadi kakak yg ke 3 tahun. Kakak gembira sangat masa ni. Tiada apa yg difikirkan oleh kakak melainkan kegembiraan menyambut hari jadinya.
Bukan cerita kakak anak permpuanku yg ingin aku kongsi bersama tetapi cerita kanak2 perempuan yg berusia tiga tahun yg didera oleh kekasih ibunya dan yg paling kejam ibunya turut bersenkongkol dengan kekasihnya menyembunyikan rahsia pembunuhan anak malang itu. Ya Allah, dua hari ni aku benar2 tak ada mood langsung untuk membuat kerja di tempat kerja. Sampai semalam aku diserang sakit kepala yg teruk. Semalaman aku tak boleh melelapkan mata apabila mendapat berita sedih itu. Berbulan dahulu aku menahan hati mengenangkan cerita Allahyarham Adik Nurin Jazlin dan kini timbul lagi ceita sedih ini. Dahler sebelum tuh kes kanak2 perempuan berbangsa India yg ditemui mati secara kejam aku dapat emailnya. Memang aku nak buat N3 tuh belum sempat dah timbul kes ini pulak. Alangkah kejamnya manusia di zaman ini.
Aku sangat berkecil hati dengan ibu kanak2 malang itu. Selama ini jika kes kehilangan kanak2 aku tidak pernah menyalahkan ibu bapa mereka kerana sebagai ibu bapa aku juga faham adakalanya mereka terlepas pandang dan kedaan keluarga dan situasi di tempat tinggal mereka yg harus kita teliti. Namun kes kanak2 3 tahun yg dirogol dan diliwat serta didera oleh kekasih ibunya itu benar2 menguji kesabaranku. Aku rasa macam nak sepak terajang aje muka si ibu itu. Dahlah jadi ibu tunggal dalam usia muda begitu, boleh percaya pulak tinggalkan anaknya dengan lelaki luar yg tidak diketahui asal usulnya serta menanggung pulak lelaki itu sebagai biawak hidup dan duduk sebumbung bermukah tanpa mengenal dosa dan pahala. Dimana si ayah kandung anak itu ? Dalam otak aku yg hampir beku ini terpikir2 adakah itu anak sah taraf atau sebaliknya? maka tiada si ayah yg datang membela. Dimanakah nenek dan atuk kanak2 itu dalam pada si anak kesusahan hidup sendirian bersama seorang anak kecil serta dimana kaum kelaurga yg lain. Semua itu berserabut dalam otak aku ni. Dalam akal fikiran jahat aku ni mungkinkah ibu tunggal itu dibuang keluarga dan tidak diakui anak? Atau mungkin ibu tunggal itu tidak mahu menyusahkan keluarganya??? Mungkin juga dan aku yg tidak tahu menahu tidak mahu menuduh apatah lagi beranggapan tidak baik kepada ibu tunggal itu. Cuma aku sangat terkilan dengan tindakan ibu tunggal itu yg sanggup melindungi syaitan yg menyamar sebagai insan penyayang demi cintanya kepada lelaki itu. Dimanakah kasih sayang dia kepada ank yg dilahirkannya itu? Diamanakah???? Oh Tuhan berilah aku kekuatan.
Sedih dan pilu seperti dirobek2 hatiku ini. Terniang2 di telingaku ini suara anak kecil itu menjerit kesakitan dan menangis meminta meminta belas kasihan dengan mata yg berlinangan air mata. Dimanakah kekuatan anak kecil itu untuk melindungi dirinya sendiri waktu dia diseksa sekejam itu. Ya Allah aku sangat2 berharap semasa kejadian itu dengan kuasaMU tidak sedikitpun anak itu merasa kesakitan akibat perbuatan keji dan terkutuk lelaki syaitan itu.
Kepada ibu2 tunggal yg masih muda, janganlah berpikiran singkat sepeti yg dah kita lihat dalam masyarakat kita hari ini. Pilihlah lelaki yg beriman dan bertakwa kepada Allah untuk membina semula sebuah keluarga yg pernah runtuh. Dekatkan diri kepada Tuhan dan sentiasa berdoa untuk jodoh yg baik.
Tak sanggup aku meletakkan gambar anak malang itu kerana di saat aku menulis ini airmataku masih mengalir dan hatiku semakin pilu.
Ya Allah, aku berdoa agar Engaku melindungi semua kanak2 di dunia ini tak kira apa bangsanya sekalipun agar terselamat dari segala kekejaman manusia yg tidak berhati perut. Semoga anak itu aman di sisi MU Ya Allah.

Thursday, October 22, 2009

Coffee Set Bunga Ros Hitam 2 Dan Cerita Disebaliknya








Hitam Putih kehidupan..........


Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan
Dulu pernah mama buat N3 pasal cawan bunga ros hitam dan pinggan makan lepar 9" ini. Cawan bunga ros bertangkai itu mama dapat di rumah nenek dan separuh emak yg punya. Tekonya pula Adik Yatt yg memberi informasinya. Pinggannya pula dari rumah mertua dan baru2 ini mama membeli lagi cawan bunga ros hitam yg berbeza sedikit dari yg mama ada dan tekonya mama dapat dari Ajmah. Kemudian mama dapat pula dessert plate 7".

Bila melihat kepada set hitam putih ini segera mama teringat akan lagu dari Datuk Sheila Majid. Genit saja orangnya. Mama dan Papa memang minat betul dengan beliau. Lagu Hitam Putih Kehidupan ini cukup membawa erti yang mendalam kepada kita semua. Lebih2 lagi dibaris akhir lagu tersebut "Hidup ini usah dipersiakan". Teringat pulak sebaris dialog dari Puan Adibah Amin dalam sebuah filem "Hati Bukan Kristal" dia ada memberitahu kepada pelakon Julia Rais masa dalam adegan filem itu, "Hidup ini usah dipersiakan." Sehingga kini mama ingat dan mama memang minat benar dengan cerita itu kerana ianya berkisar pada kehidupan yg nyata. Lebih2 lagi Puan Adibah Amin adalah senior mama di Sek Menengah IJ Convent Johor Bahru, walaupun dia jauh2 senior dan tak pernah berjumpa, tetapi mama cukup kagum dengan tulisan2 beliau.

Saturday, October 17, 2009

Kenangan Hari Raya Aidil Fitri Dulu-Dulu

Kenangan hari raya ke dua di tahun 1979 ketika aku berumur 5 tahun


Akhir sekali sebagai penutup tirai raya, aku nak bercerita tentang raya dulu dan raya sekarang. Jauh benar perbezaannya antara dulu dan kini. Dulu2 bila start puasa saja ramai orang2 tua yg dah start jemur tepung, jemur gula dan sebagainya untuk dibuat kuih muih. Ada seorang Makcik di Quaters tempat aku dan keluarga tinggal dahulu yang rajin sangat membuat kuih2 tradisional seperti bahulu, agar2 kering bersako, tumpi, rempeyek, bangkit, kuih kering, halwa dan sebagainya. Pendek kata kalau beraya di rumahnya berbagai jenis kuih yg dapat kita nikmati. Arwah makcik itu berasal dari Melaka dan dia juga merupakan ibu angkat kepada kami 4 beradik. Baik sungguh orangnya.
Kalau dahulu, orang2 tua membuat kuih di belakang rumah, di atas ambin. Aku masih ingat lagi waktu itu. Bila aku turun dari bas sekolah, aku pasti akan melencong ke belakang rumah makcik2 yg membuat kuih raya ni sambil menyapa mereka. Baik sungguh makcik2 tuh dan mereka pasti akan memberi aku kuih2 yg telah siap dibakar atau digoreng kepada aku untuk dibuat berbuka. Gembira aku waktu itu. Emak selalu memarahi aku, katanya jangan suka menggendeng makanan orang tak baik. Memang meriah sekali suasana di bulan ramadhan bila melihat kaum2 ibu sibuk menyediakan juadah berbuka dan sedekah juadah antara jiran.
Bila menjelang raya, disetiap rumah sibuk menganyam kelongsong ketupat dan ada yg membuat dodol. Di rumahku hanya emak dan ayah saja yg pandai menganyam ketupat manakala kakakku pula boleh mengisi beras. Aku dan abangku no 3 hanya bermain2 sahaja manakala abang sulungku pulang sehari dua sebelum raya kerana dia ketika itu bertugas di Terendak Kem Melaka.
Dulu2 baju raya semua dah digosok awal dan kasut raya juga dah disusun untuk sedia dipakai dihari raya. Dua hari sebelum raya, langsir dan sarung kusyen telah siap dipasang dan karpet orang Johor panggil karpet sebagai ampo (hampar) juga dah dibentang. Di malam raya pulak rumah kami akan dipasang setanggi untuk mewangikan rumah. Lepas tuh esok pagi tetamu datang rumah berbau wangi. Kalau sekarang ni macam potpuri gitulah . Sekarang ni mana ada orang buat lagi macam tu. Bau setanggi sekarang dah tak sesedap macam dulu. Kalau dulu orang bakar setanggi dicampur dengan minyak ambar bersama kulit kayu gaharu tapi kini campurannya dah lain. Yang popular menjual minyak ambar itu ialah dibuat oleh ibu kepada Allahyarham Tun Hussien Onn dan minyak ambar ini sangat popular di Johor Bahru yg dibakar bersama kayu gaharu dan cendana sebagai pewangi rumah.




keratan akhbar - raya di zaman sebelum merdeka di Singapura


Semasa hari raya yg pertama lepas, aku sekeluarga telah beraya di rumah ayah saudaraku di Jurung West, Singapura dan ketika aku membelek2 akhbar Berita Harian Singapura, tiba2 aku terpandang akan dua gambar di atas ini. Gambar dalam simpanan penulis tentang raya dahulu. Apa yg lebih menarik perhatianku ialah kain samping songket yg dipakai oleh lelaki yg memimpin anaknya itu serupa dengan kain songket kepunyaan emak yg dihadiahkan oleh ayahnya ketika emak berusia 12 tahun. Kain itu kini disimpan oleh kakakku. Nanti bila aku ke rumahnya akan aku ambil gambar songket itu. Segan pulak nak ambil songket itu, biarlah ia di dalam simpanan kakak pula sebab dah banyak barang2 emak yg telah menjadi milikku.
Orang dulu2 selain pergi beraya, mereka akan makan2 sate di luar pada hari raya pertama dan juga menonton wayang. Berduyun2 mereka berjalan kaki beramai2. Begitu juga dengan kanak2 sepertiku dahulu, kami bersama2 dengan kawan2 pergi beraya dari rumah ke rumah di seluruh Quaters jiran kami. Meriah sungguh waktu itu. Tiap rumah pasti kami masuk dan makan kuih serta minum. Gembira bukan kepalang bila mendapat duit raya tatkala mencium tangan tuan rumah. Berkali2 ucapan terima kasih kami ucapkan kepada tuan rumah dan hadiahkan senyuman gembira.
Kini jarang sekali kanak2 yg datang berhari raya beramai2 seperti zamanku. Mungkin faktor keselamatan dan mereka lebih selesa mengikut orang tua berhari raya. Begitu juga dengan anak2ku. Aku rasa sangat rugi anak2ku tidak dapat merasai zamanku berhari raya bersama dengan kawan2ku di sekeliling quaters. Masih terbayang2 di ruang mataku saat2 gembira itu bersama kawan2 yg kini masing2 dengan haluan sendiri.
Pada raya yg lepas, ada sekumpulan kanak2 yg bukan dari kawasan perumahanku datang beraya. Mereka memberi salam dan aku menjemput mereka masuk. Masuklah dulu nak, makan kuih ni...kataku. Tetapi salah seorang daripada meraka menjawab... Tak apalah Makcik, kami dah kenyang banyak rumah lagi nak beraya ni. Nak duit aje.... jawabnya. Akupun membuka pagar dan menyuruh juga mereka masuk. Bila mereka masuk aku menyuruh mereka menjamah dan minum air. Aku kata tentu mereka haus kerana nak berjalan jauh. Bila dah haus dan letih perut lapar tentu tak dapat nak berjalan lebih jauh jadi jamahler sikit kuih dan minum air, aku cuba saiko. Lepas makan dan minum mereka meminta diri dan aku memberikan sampul duit kepada mereka tiap seorang. Mereka mecium tanganku dan mengucapkan terima kasih. Aku berpesan kepada mereka jika datang beraya kenalah masuk jika dipelawa kerana tujuan utama kita beraya adalah kerana untuk berziarah dan bermaaf2an serta berkenal2an. Aku menghantar rombongan kanak2 itu sehingga ke luar pagar dan memerhati kepada mereka. Tiba2 kanak2 yg menjawab pelawaan aku tadi menoleh kepadaku dan berhenti. Eh kenapa pulak detik hatiku. Dia memerhatikanku agak lama jugak dalam lebih kurang satu dua minit dan kemudian dia meneruskan perjalannnnya. Bila aku melambaikan tangan dan dia membalas lambaianku. Mudah2an kata2ku tidak menyinggung hatinya dan aku doakan agar mereka semua mendapat bahagia dan berjaya di dalam pelajaran dan kehidupannya kelak.

















Piring-piring kuih dan bekas-bekas kuih lama berserta dengan kuih-kuih lama ketika zaman kanak-kanakku dan juga zaman sebelum aku dilahirkan

Itulah coretan hatiku tentang kenangan raya dulu dan sekarang yg sangat bermakna bagiku walaupun aku telah bergelar seorang ibu tetapi aku masih dapat rasakan kegembiraan berhari raya lebih2 lagi aku kini telah menjadi seorang ibu dan isteri. Semoga Hari Raya yg akan datang nanti akan lebih bermakna dan sempurna bagiku dan keluarga dan semoga aku masih dapat lagi menyambutnya bersama dengan orang2 yg aku sayangi.

Friday, October 16, 2009

Riang Ria Di Aidil Fitri Part 2

Selamat hari Raya Aidil Fitri kepada semua kenalan2 yg sangat mama kasihi dan hormati. Diakhir2 Aidil Fitri ini mama menyusun sepuluh jari memohon segala keampunan di atas segala kesalahan dan kesilapan di atas tutur kata dan segala yg menyinggung perasaan.



Gambar-gambar di pagi Aidil Fitri- Tema Klasik Raya


Posing-posing klasik raya di pagi raya





Marilyn Monroe berkata dalam sebuah buku 'kebahagiaan yang sejati seorang wanita adalah suami disisi dan anak-anak disekelilingnya'. Part itu aku setuju.


Bila menjelang hari raya sejak dari dahulu lagi keluarga kami memang suka sangat bergambar dan di rumahku memang ada terpampang gambar keluarga kami yg sangat besar sekali. Tulah gambar kenangan kami yang terakhir bersama Ayah. Dulu2 kakak dan abangku yang suka mengambil gambar kami sekeluarga lebih2 lagi di pagi raya. Tradisi bergambar di pagi raya masih aku kekalkan lagi begitu juga dengan adik beradikku yg lain. Inilah dia gambar familyku yg ciput ni. Inilah dia keluarga ku yang amat aku kasihi.......... bersama suami yg amat pengasih dan penyanyang dan sangat bertolak ansur orangnya di samping kedua orang puteri dan putraku yang sangat manja.





Inilah putera dan puteri jantung hati beta!

























Pose2 ini semua diambil berlatar belakangkan yg antik dan klasik jugak!






Aku suka dengan warna tema baju raya kita di pagi raya ini. Warnanya telah dipilih oleh anak perempuanku. Warna yang sungguh klasik bagi diriku. Rambut kakak telah didandan oleh ibu ku yg tercinta. Kata emak, dulu2 macam nilah gadis2 melayu mendandan rambutnya. Bertocang dua dan bereben besar. Bilaku lihat rupa kakak saling tak tumpah seperti rupa ibuku di waktu remaja. Betul2 gaya kakak macam gadis tahun 1950an. Kejam celik, kejam celik dah jadi anak dara sunti dah si kakak, kejap aje masa berlalu. Kini anakku si kakak boleh ku ajak berbincang dan berbual2 seperti orang dewasa. Kami juga sering bertukar2 pandangan. Cuma kakak ni agak pendiam sikit orangnya tak seperti Adik yang suka berbual dan kadang2 macam merepek2 pulak.





Hari Raya dahulu memang tak sama dengan hari raya semasa aku di zaman kanak2 dahulu. Dahulu semasa aku seusia Kakak dan Adik, sambutan hari raya sangat meriah di tempatku. Kami tidak punya kampung, kedua belah nenek dan atuk tinggal di Singapura, jadi kami hanya ke Singapura sahaja bila menjelang raya. Kalau lewat ke Singapura kami akan beraya di rumah. Suasana semasa aku kecil di quaters ataupun barek sungguh meriah sekali. Kemeriahan terasa di hari pertama lagi sewaktu di bulan ramadhan. Walaupun di bulan Ramadhan, kami tetap menjalankan aktiviti seperti biasa, bermain bersama2 kawan2 sejiran bila hari tak bersekolah.





Aku masih ingat lagi, setiap petang ada ditayangkan cerita Arab dari Timur Tengah di RTM 1, aku suka sangat menonton cerita itu kerana aku lihat pakaian mereka sungguh cantik2 belaka. Selepas itu selepas pulang dari sekolah Agama, ada pulak cerita 'rumah kedai' lakonan Kartina Aziz. Masa itu aku di dalam darjah 5.



Emakku pandai menjahit, dan semua baju2 kurung kami dijahitnya sendiri. Baju kurung aku dan kakak serta abangku dijahit dua minggu sebelum raya dan setiap malam sebelum tidur aku akan mencuba mengayakan baju kurungku sehingga di malam raya. Jakun betul rasa. Biasanya emak akan membeli baju2 yg lain di Singapura, masa tu shopping kompleks yg popular ialah OG. Bila ke rumah nenek di bulan ramadhan, kami akan ke OG dan membeli pakaian. Sukanya hati bukan kepalang dapat kasut dan baju raya setiap seorang. Pada aku memiliki dua pasang baju kurung dan lima pasang baju raya yg lain adalah sesuatu yg amat menggembirakan hatiku. Time raya juga kami adik beradik akan dapat sepasang kasut dan sepasang selipar baru.





Sekarang ini diusia sebegini sudah 3 tahun berturut2 aku menjahit baju kurung raya anak2ku. Kalau dulu aku tak berkesempatan menjahit baju kurung anak2 tetapi kini aku rasa adalah lebih baik aku menjahitnya sendiri kerana aku mahu anak2ku akan merasa keindahan dan kenangan bersama mama mereka sebagaimana aku merasa keindahan kenangan itu tatkala aku bersama ibuku ketika aku di alam kanak2. Begitu juga dengan membuat kuih muih raya, sekarang ini kakak dan adik dah mula menolong aku membuat kuih2 raya dan hubby juga tak menang tangan membantu. Dari sinilah nanti bila anak2ku besar mereka akan rindu suasana ini dan aku berdoa agar apa yg pernah ibuku terapkan kepada kami adik beradik dan aku warisi dari ibu akan tetap diikuti oleh anak2ku kelak bia aku tiada lagi di dunia ini.



Sebab itu walau sesibuk mana sekalipun aku, aku akan cuba mengambil cuti beberapa hari di pertangahan ramadhan untuk membuat kuih-muih bersama anak2 dan suamiku. Disebelah malamnya pulak suamiku akan membawa kami semua ke Masjid untuk bertarawih walaupun aku tidak dapat bertarawih sepenuhnya tetapi aku berasa sangat bahagia tatkala tibanya bulan ramadhan. Semasa aku kanak2, cuma emak dan ayah saja yg bertarawih dan kami anak2 tinggal di rumah.



Dahulu semasa lagi seminggu nak raya emak telahpun menyiapkan segala kelengkapan kami dan rumah. Begitu juga dengan kuih muih dan lagi tiga empat hari nak raya emak pulak sibuk menyediakan rempah ratus. Masa tuh suasana lebih meriah sebab kakakku pulang dari asrama dan dia sibuk menggantung hias kad2 raya di sepohon pokok kering yg banyak ranting yang telah dispray putih oleh ayah. Pokok itu ayah simen ke dalam pasu dan kakak menghiaskannya dengan kad2 raya, lampu lip lap dan ketupat2 reben. Aduhhh aku sungguh rindu suasana itu. Sekarang ini mana nak cari semua itu. Agaknya tahun hadapan aku akan cuba menyuruh hubby carikan pokok kering yg tinggal ranting2 untuk aku berkongsi pengalaman itu bersama anak2ku.



Sehari sebelum raya pula Ayah pulak sibuk ke pasar dan membawa balik ayam2 jaguh yg masih hidup untuk disembelih. Ayah menjadi tukang sembelih ayam untuk jiran2 terdekat kami. Aku bila ayah membawa pulang ayam2, seboleh2nya aku dan abangku yg no 3 tak mahu melihat ayam yg ayah tambatkan kerana sedih. Sedih kerana nanti akan disembelih. So aku hanya menolong emak menyapu dan membersihkan laman. Lepas itu aku hanya bermain dengan kawan2ku dan kawan2ku majoriti adalah lelaki. Di malamnya kami bermain bunga api. Emak pulak sibuk di dapur dan ayah menyiang ayam dan merebus ketupat. Tak sabar menanti esok untuk berhari raya.








Bila malam, suasana semakin meriah walaupun adik beradikku cuma empat orang sahaja tetapi kemeriahan keluarga kami sangat terasa. Aku dan abang no3 bermain bunga api bersama jiran dan lewat malam baru kami masuk tidur. Pagi2 lagi selepas pulang dari masjid kami anak beranak bermaaf-maaf2an. Masa itu shahdu sangat rasa tetapi lepas itu kami berjalan bersama2 kawan2 iaitu anak jiran tetangga pergi berhari raya.








Dulu kami berhari raya dari rumah ke rumah dan mendapat setiap seorang 5 sen, sepuluh sen dan 20 puluh sen tetapi kami tetap akan masuk ke rumah jiran dan makan kuih. Kuih raya pulak jangan ckp, berbagai2 yg dihidangkan di dalam bekas kuih yg sangat menarik. Ada ibu kek lagi. Berebut2 makan kuih tetapi tetapi penuh adab dan sopan kerana selalu ingat pesan emak beraya ke rumah orang kena jaga diri. Bab kuih nanti kita cerita kendian. Budak2 sekarang ni kalau beraya madang nak cepat dan cuma mintak duit tak mahu masuk rumah. Kalau dia beraya ke rumahku, memang aku paksa mereka masuk makan dan minum barulah aku kasi duit. Masa tu aku akan berbual2 dengan kanak2 yg datang beraya dan bertanyakan hal2 meraka. Seronok rasa dapat bersama mereka.






Begitulah pengalaman beraya semasa aku di zaman kanak2, tetapi apabila kakakku pergi melanjutkan pelajar, acara menggantung kad raya tidak lagi dibuat sehinggalah kini, walaupun masa tu aku pulak yg dah dapat bertimbun2 kad raya. Abangku yg n o 3 pulak masa tuh pun dah malas nak buat tuh semua dan abangku yg sulung pulak dah berumahtangga.








Kini sedikit demi sedikit aku masih terapkan lagi suasana2 hari raya yg pernah aku rasa kepada anak2ku agar mereka tahu erti kasih sayang antara sesama insan. Bagi aku hari raya adalah hari dimana sanak saudara berkumpul jauh dan dekat untuk mengeratkan lagi kasih sayang yg sedia ada, saling bermaaf2an, kunjung mengunjung. Aku selalu berpesan kepada anak2 agar tidak membawa beg duit bila ke rumah orang dan jangan mengharapkan wang dari meraka. Jika dapat duit raya jangan sekali2 buka di depan orang dan berkira2 berapakah yg diberi oleh tuan rumah serta membanding2kan. Yang penting kunjungan kita adalah kerana kasih sayang dan tanda ingatan. Buat kita ni yg bergaji ni pulak janganlah lokek nak bersedekah kepada kanak2 dan orang2 tua. Doa org2 tua dan kanak2 ni makbul tau.









Inilah potret keluargaku berasama allahyarham ayahku yg tercinta. Potret ini berada disetiap rumah kami adik beradik