Thursday, December 17, 2009

Gerobok Antik 2




Rasanya pada setiap rumah pada zaman dahulu mesti mempunyai almari ini. Almari atau show case ini yang bercermin sliding ni popular sekitar tahun 1950an , 1960an dan 1970an. Almari ini adalah pemberian nenek kepada emak setelah emak baru mendirikan rumahtangga sekitar tahun 1955. Almari ini dahulunya emak letakkan di ruang tamu dan diisi dengan pelbagai set cawan dan teko porselin sebagai hiasan. Almari ini juga sangat kukuh pembuatannya. Mama masih ingat sewaktu mama di sekolah rendah mama suka bermain di tepi sisi almari ini kerana papannya yg lebar itu sering mama jadikan sebagai papan hitam dan menconteng2 serta melukis di situ. Kononnya2 berangan macam mengajar. Habis comot gerobok itu dikerjakan mama dengan menggunakan kapur tulis. Selalu emak akan mengelap semula papan situ dengan menggunakan kain basah tetapi emak tidak pernah merungut.
Almari ini kekal di rumah emak sehingga pada suatu hari selepas abangku yg nombor 3 mendirikan rumahtangga, almari ini diletakkan di rumahnya. Namun almari ini bukanlah diletakkan di ruang tamu untuk dijadikan sebagai almari perhiasan tetapi diletakkan di dapur menghala ke stor. Maklumlah rumah abangku ini rumah quaters kerajaan dan dapurnya sangatlah luasnya. Jasi kata emak dapur yang nampak kosong itu elok saja diletakkan almari ini untuk laluan ke stor dan segala khazanah yang disimpan di dalam almari ini oleh abangku ialah segala khazanah yang tak pakai. Berbelas tahun almari ini terceruk di rumanya dan kami semua telah tidak menghiraukannya. Pada tiga tahun lepas negeri Johor telah dilanda bencana alam. Habis quaters abangku di Kolam Ayer telah dinaiki air. Dapurnya yang luas telah menjadi seperti kolam mandi. Cabinetnya juga habis tenggelam dan musnah. Nasib baik abangku sempat menaikkan peti sejukknya serta beberapa barang elektrik yang lain. Build in cabinet dapur yang disediakan kerajaan habis kembang kayu-kayannya. Yang tinggal konkritnya saja. namun bila air surut almari pemberian emak ini masih teguh utuh berdiri walaupun quatersnya dua kali di bahagian dapur ditenggelami air.
Apabila projek IRDA mengambil tanah quaters ini dan abangku juga diarah berpindah. Kebetulan kenaikkan pangkat maka dia ditukarkan ke pejabat daerah dan dia mendapat quaters yang lain pula. Almari ini dia bercadang untuk tinggalkan saja namun oleh kerana keprihatinan kakak iparku yang tau aku suka akan barang2 lama ini dia menyuruh aku membawa pulang almari ini.
Kini almari ini aku letakkan juga di ruang tamu dan mengisi serba sedikit set porcelin lama. Cermin atasnya juga telah aku gantikan dengan yang baru kerana cerminnya dulu yang asal telah pecah berderai. Kini almari ini akanku dibaiki pulih sedikit masa nanti. Semoga ianya kekal bersamaku dan menjadi warisan zaman berzaman anak cucu dikemudian hari.

2 comments:

~Yatt~ said...

akak..
yg bentuk2 camnie saya ada kat kg..tapi tu lahh mak cik dok guna lagi..saya nak cari camni gak..hehehe..

Mama Vogue said...

cara yg paling baik belikan makcik lemari baru dan amik yg ni. org tua dpat baru dia pasti suka. cubalah kaedah ni kalau berjaya. Good luck hehehe..