Beberapa hari tak mengupdatekan blog....sebenarnya resepi ni nak dimasukkan masa tu saing2 resepi utk raya haji tetapi oleh kerana telah berlaku beberapa perkara pelik dalam kehidupanku maka tertangguhlah resepi ni.
Resepi ni juga adalah masakan dari Perak yang diajarkan oleh Syed Zamir. Hehe.... beliau memang pandai memasak. Masakan ini lebih kurang rasanya macam rendang juga tetapi bahan2nya ada sedikit berlainan.
Ayam Masak Hitam
1 ekor ayam tua atau ayam kampung (mama lebih suka menggunakan ayam kampung)
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
(Ditumbuk kasar2 dan digaul bersama ayam yg telah dipotong dan dicuci bersih)
Perap 1 jam
12 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 biji kelapa kerisik
5 batang serai
1 biji kelapa diambil santan pekatnya
halia sebesar ibu jari
lengkuas sebesar ibu jari
kicap pekat 3 sudu besar
sos tiram 3 sudu besar (jika suka)
1/2 cawan kismis hitam dikisar halus
Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas serta serai yg telah dikisar halus. Masukkan ayam yg telah diperap tadi dan masukkan santan. Bila telah pekat dan hampir kering masukkan kerisik, kicap pekat, sos tiram dan kismis. Gaul sekata. Bila ayam benar2 telah empuk barulah dihidangkan.
2 comments:
salam zura..best ni ayam masak hitam..smlm kak buat bingka roti zu tu..not bad sbb selalunya buat bubuh telu..lembik sikit ..yang ni mcm bingka..lebih suka mcm ni..
hari ni nak try pulak bingka ubi kayu zu tu ..ai apa yang pelik dah berlaku boleh kongsi...
Wsalam Kak
mmm oh ya akak dah mencuba ya. memang itu bingka roti kak dia keras sikit dari puding roti. Tapi saya lagi suka puding roti dari bingka.
Post a Comment