Tuesday, December 1, 2009

Rendang Tok

Antara hidangan wajib di pagi raya menunya adalah rendang. Rendang ini macam satu kemestian pula bila tiap kali menjelangnya raya. Samada rendang basah atau kering yang pastinya adalah rendang. Di negara kita memang terkenal dengan juadah rendang. Di Johor pula selain rendang dijadikan sajian yang dimakan bersama ketupat, ianya juga dijadikan lauk untk nasi lemak. Berbagai2 jenis rendang mengikut versi negeri masing2 dan yang paling mama suka sekali ialah rendang negeri sembilan kerana dia betul2 ada umphhh........ Suami pula selain rendang Johor dia amat menggemari rendang tok dari Perak. Kali ini atas permintaannya mama telah membuat rendang tok. Rendang tok ini banyak nostalgia indahnya sewaktu dolu2....ehehhe..... Apa tidaknya belajar memasak rendang ini dengan ibarat sepatah dalam dialog cerita P Ramlee Sabarina kekasih lama. Kalau tidak bersuamikan orang Peraklah saya ni...ehehhe.... apa nak buat jodoh tiada dan apa yang saya dapat sekarang ini adalah lebih tepat dan sangat2 alhamdulillah. Apapun terima kasih kepada Syed Zamir kerana mengajar saya resepi yang sangat berharga ini.
Rendang Tok Negeri Perak

Bahan A :-
1 1/2 kg daging lembu yang baik
*8 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih
*(dihiris halus)
2 cm halia (dimayang halus)
1 biji kelapa muda yg telah keras isinya dihiris nipis2 sepanjang 3 cm
1 1/2 biji kelapa dibuat kerisik
5 biji kelapa diambil pati santannya sahaja
Bahan B :-
Bahan digiling atau dikisar kering :-
Goreng tanpa minyak bahan2 ini
10 tangkai cili kering
2 sudu besar penuh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan halus
1 1/2 teh lada hitam
10 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
3 kunyit kering
Bahan2 A dan B hendaklah diperap bersama daging selama 2 jam
Selepas daging dan bahan diperap 2 jam dibubuh di dalam kuali dan rendidihkan selama 2 hingga 2 1/2 jam sehingga santan benar2 kering dan berwarna kehitaman. Perlu diingatkan apabila santan mulai mengering hendaklah dikacau2 selalu agar daging dan kelapa muda itu tidak melekat. Lebih baik menggunakan kuali tembaga grenseng.




Rendang daging tok ini boleh tahan beberapa hari dan hendaklah dihangatkan selalu



2 comments:

nor64 said...

salam zu, syed zamir tu calon x jadi ke..hehehe..terkenag2 juga ya..tapi jodoh Dia yang lebih tahu betul tak...rendang campur kelapa muda pertama kali jumpe ni..semalam kak jumpa satu org tua jual kualai tembaga telinga 2 yg lama2 punya..tau rege dia..RM700..nak beli tak jadi..telan air liur je lah...

Mama Vogue said...

WSALAM KAK NOR

EHEHE...YELAH AKAK CALON TAK JADI TUH. APA NAK BUAT JAUH SGT KATA MAK SAYA. TEMPAT JATUH LAGIKAN DKENANG KAN AKAK. RENDANG TOK PERAK MEMANG CAMPUR KELAPA HIRIS TAU KAK. KUALI TEMBAGA BERTELINGA 2TUH SAYA ADA, KEPUNYAAN MERTUA DAN MENJADI MILIK SAYA KINI. BESAR BETUL KUALI TUH.LBHKURANG BSR PERIUK SEGANTANG GITU. DULU MERTUA BELI DGN ORG SESAK CUMA BERGHARGA RM70 PADA PERTENGAHAN THN 30AN DAN THN LEPAS SEMASA MELAWAT KE TRENGGANU KUALI SEBESAR ITU BERHARGA RM900. HUH NASIB BAIK SAYA ADA. KALAU AKAK DEKAT BOLEH PINJAM SAYA PUNYA KAN KALAU NAK MAIN MASAK2.