Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah suatu hari yang penuh bermakna kerana ia menandakan permulaan dua peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekkah ke Kota Madinah Al-Munawarah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan lembaran baru dalam sejarah Islam di mana bermulanya agenda perubahan dengan meninggalkan pemikiran kuno iaitu ketaksuban kabilah atau bangsa kepada semangat perpaduan sebenar Islamiah. Betapa agenda perubahan tersebut berjaya menusup ke sanubari setiap individu Muhajjirin dan Ansar tatkala itu. Pemikiran dan idea baru yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah berjaya mengalahkan musyrikin Quraisy yang menentang dengan segala kepakaran dan strategi yang canggih. Betapa perpaduan sebenar, melangkaui fahaman kabilah atau kaum, jelas menjadi agenda utama Rasulullah SAW selepas peristiwa Hijrah.
Konsep hijrah hari ini menuntut kepada perubahan demi kemajuan individu, masyarakat dan negara berlandaskan pemikiran yang kreatif dan inovatif. Ini memerlukan keazaman, kemahiran, kecekalan dalam usaha ke arah kemajuan.
Semoga Umat Islam khususnya golongan muda di Negara kita bersama memahami dan menghayati sejarah Maal Hijrah serta meneruskan agenda perubahan yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam konteks hari ini.
1430 telah berlalu. Pelbagai suka duka silih berganti. Segala Kejayaan yang kita kecapi kini bukanlah diperolehi dalam sekelip mata. Perjuangan ini pernah merasai ranjau pahit getir yang tidak terbilang. Kejayaan yang dikecapi kini menjadi titik tolak untuk memperbaiki semula perlaksanaan serta dasar yang angkuh dan mencengkam.

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 1431/2010 menjanjikan kecemerlangan untuk kita semua.
1 comment:
askm zura,
selamat menyambut maalhijrah...
semoga kita memperolehi keazaman, kecekalan dan kemahiran baru dalam menempuh hari-hari mendatang....
Post a Comment