Monday, December 14, 2009

Piring Kaca beropol Aneka Warna



Dahulu semasa aku kecik2, aku rajin sekali meninjau2 apa yg tersimpan di dalam almari ibuku. Ada satu almari yg dipanggil Gerobok Pak Awang. Dulu emak ada 3 gerobok Pak Awang ni. Dua dah musnah. Tinggal satu aje yg dahpun aku letak di belakang rumah. Hanya tunggu masa saja nak roboh. Banyak sangat khazanah yg tersimpan di dalam Gerobok Pak Awang ni dan aku boleh dapat macam2 yg boleh aku lihat. Akupun tak taulah apa motif sebenar aku masa tuh meninjau2 ataupun sepatah kata org Johor, mengopes ke dalam gerobok itu. Namun apa yg aku lihat dulu ada kini di antara blogger2 peminat pinggan mangkuk antik menjadikan ianya sebagai koleksi kini. Antara yg terdapat di dalam gerobok Pak Awang itu ialah piring2 kuih2 ini. Seingat aku piring2 ini tak pernah kulihat digunakan oleh ibuku semenjak dari zaman kanak2ku. Sebab tulah ibuku menyimpannya ke dalam gerobok Pak Awang itu, sebab di dalam gerobok itu ibuku hanya meletakkan pinggan mangkuk yg jarang digunakan dan telah tidak diigunakan lagi. Kini piring2 yg beropol2 itu telah menarik minat pengumpul pinggan mangkuk antik dekad ini. Dulu aku suka melihat piring2 ini kerana ianya unik sebab beralun2 ataupun bergelombang.

Selepas aku mendirikan rumahtangga, ibuku menghadiahkan aku piring ini dan aku pernah menjadikan ianya sebagai hidangan mengisi kuih kepada tetamu. Namun lama kelamaan aku telah menyimpannya semula kerana sayang yg teramat sangat, lagipun harganya kini telah menjulang naik. Piring ini adalah hadiah nenek kepada ibuku semasa ibuku juga baru berumahtangga dan menurut ibuku semasa dia kecik2 piring2 ini sangat popular. Piring2 kepunyaan ibuku ini berwarna pink lembut kecoklatan.

Dan aku juga mendapat sebahagian dari ibu mertuaku juga yg berwarna putih jernih. Memang lama sungguh piring2 ini kata mertuaku dan semoga aku dapat menyimpannya dengan baik.


Selain dari warna pink coklat dan putih aku ada juga serba satu berwarna biru pekat, biru lembut, hijau dan seakan2 jingga. Piring2 ini juga ada yg tipis dan ada yg tebal. Piring ini sesuai sebagai manisan seperti halwa, dodol dan pelbagai kuih tradisi warisan nenek moyang kita.

No comments: