Sudah lama benar mama tak makan sardin semenjak mendapat berbagai2 cerita tentang pembuatannya. Sebelum ini ianya merupakan makanan kegemaran kami sekeluarga. Namun suatu hari ketika sedang meneliti di Blog CMG, mama tengok, CMG ada membuat resepi sardin ini. Wah, homemade sardinlah. Terjerit2 mama memanggil papa......... Setelah meneliti dan study betul2 kami terus ke pasar dan mencari ikan tamban besar. Syukur dan nasib kami sangat baik. Mama membeli 2 kg ikan tamban besar dan terus menyediakannya. Resepi ni mama buat sebenarnya semasa bulan puasa. Jadi stok sardin tuh memang mama simpan untuk hidangan semasa sahur. Maklumlahkan lepas sahur nak sediakan masakan untuk berbuka lagi. Penat sehhhh.....
Untuk mendapatkan dengan teliti resepi ini silalah melayari ke blog Dapur Tanpa Sempadan kerana di situ terdapat berbagai2 resepi istimewa. Terima kasih kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi itu bersama2.
Di sini mama membuat dalam kuantiti yg banyak iaitu sebanyak 2kg. Sila rujuk kepada blog Dapur Tanpa Sempadan untuk mendapatkan detail tentang resepi ini.
Home Made Sardin
2kg ikan tamban besar
1 1/4 cawan tomato puree
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
halia sebesar ibu jari
3 1/4 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Minyak
Yang penting kena ada pressure cooker
Mula2 siangkan ikan tersebut dan buangkan ekor dan kepalanya. Cuci bersih dan perapkan bersama sedikit jus limau nipis dan garam selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Tumiskan bahan2 kisar di dalam pressure cooker apabila minyak telah pijar. Apabila telah naik bau masukkan tomato puree hingga terbit minyak dan kemudian masukkan air gula dan garam secukup rasa.
Apabila kuahnya mulai mendidih masukkan pula ikan tersebut dan segera tutup pressure cooker rapat2. Biakan sehingga ianya berbunyi berdesir atau wisel dan slowkan apinya dan biarkan selama 1 jam atau mengikut periuk masing2. Selepas itu matikan api dan biarkan sebentar pressure cooker tersebut sehingga wapnya benar2 telah keluar dan bolehlah dibuka dan keluarkan ikan2 tersebut bersama kuahnya. Namun perlu diingatkan di sini hanya dengan menggunakan pressure cooker sahaja ikan ini akan lembut tulang2nya sama seperti ikan sardin yg kita beli di dalam tin itu. Tanpa pressure cooker ini, ianya tidak akan menjadi.
masaklah ikan sardin tersebut mengikut citarasa masing2. Nak buat inti pai ke, sardin roll ke, epok2 sardin ke...... terpulanglah. Ikan sardin ini boleh disimpan di dalam peti dingin beku di dalam bekas kedap udara dan boleh dimasak apabila diperlukan.
Di sini ada resepi mudah cara mama memasak sardin ini.
Beberapa ekor ikan sardin
4 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari dihiris
1 labu bawang besar dimayang
2 tangkai lada merah di belah panjang
2 tangkai lada hijau di dibelah panjang
cili padi dipecah2 (mengikut suka kuantitinya)
Mula2 goreng sebentar ikan sardin dan toskan minyaknya. Tumbukkan bawang merah dan bawang putih kemudian tumiskannya dan masukkan pula halia. Apabila telah naik bau Masukkan kuah sardin dan apabila telah mendidih masukkan bawang yang telah dihiris kasar2 dan lada besar. Kacau lagi dan barulah dimasukkan ikan. Curah sedikit air asam. Akhir sekali campakkan cili padi yg telah dipecah2kan. Jika kurang masin boleh ditambah garam.
2 comments:
slm zu, mcm real sardin dalam tin tu kan...mmg kesukaan anak2 akk ni
SALAM KAK
SEMENJAK PANDAI BUAT SARDIN NI MEMANG TAK PERNAH BELI SASRDIN DLM TIN LAGI. SENANG BUATNYA KAK. CUBALAH.
Post a Comment