Thursday, December 17, 2009

Gerobok Antik 3





Gerobok ini pulak ada di rumah nenek dan dijadikan sebagai gerobok menyimpan segala pahar berkaki, botol perinjis air mawar, tepak sireh, bekas menepung tawar dan segala tembaga2 dahulukala. Ianya juga kini telah tak terjaga. Aku pernah meminta kepada nenek gerobok ini dan nenek kata ambil dengan tembaganya sekali kalau nak tetapi aku tak minat tembaga2 itu. Yang aku minat hanya kuali tembaga kerana untuk dibuat masak memasak. Jadi seorang ibu saudaraku dia berminat akan tembaga2 itu dan mencadang mengambilnya. Namun sehingga hari ini tembaga itu masih tersimpan di dalam almari nenek dan nampaknya kerjaku tergendala sudah. Selagi tembaga tidak diambil oleh ibu saudaraku, selagi itulah aku tidak dapat memiliki gerobok berkaki U ini.
Ditakdirkan tuhan pada suatu hari......... Adakah benar bidalan orang melayu kita mengatakan rezeki datang bergolek. Rezeki terpijak dan rezeki dari langit. Suatu hari pada tahun lepas ketika aku sedang hendak parking kereta di belakang sebuah kedai lama kerana hendak breakfast tiba2 aku terpandang akan sesuatu. Cepat2 aku parking dan mendapatkan benda itu. Ya Allah, inilah dia gerobok idaman hatiku. Kenapa gerobok ini diletakkan diluar ini. Aku lantas memanggil kakak restaurant itu dan bertanyakan kepadanya almari siapakah itu. Kakak restaurant itu memang kenal sangat dengan ku karana aku memang rajin bersarapan di kedainya dan juga selalu lunch di sana. Orang masuk nak makan di restaurantnya ikut depan tetapi aku masuk ikut belakang dan juga parking di belakang bagunan restaurant. Kakak itu memberitahu ada orang di atas pindah dan membuang almari ini. Terkejut aku dan aku bagitau kakak restaurant itu aku nak ambil gerobok itu kalau tuannya memang nak buang. Kakak restaurant itu kata ambillah dan dia menolong aku mengangkatnya dan simpan di dapur restaurant. Petang tau kak saya datang amik. Ketawa besar kakak tu.
Pada petangnya aku datang semula dan kakak serta pembantu kedainya menolong aku memasukkan ke dalam kereta. Agak sukar juga tanpa bantuan lelaki keran cerminnya telah pecah separuh dan susah di keluarkan cermin yang tinggal separuh itu. Sepanjang jalan aku berdoa janganlah ada polis atau JPJ yg menahanku. Sangat bahaya ketika itu keadaanku kerana aku memandu hanya berpandukan side mirror sahaja. Pot pet pot pet suamiku bila mendapat tahu aku membawa balik gerobok tersebut. Apa yang dia marah ialah kerana cara ku yang sangat merbahaya. Barang macam ni pun u nak kutip ya. Apalah u nie. Tunggu ajelah amik umah nenek atau kita boleh cari kemudian, kata hubby sambil menggeleng2 kepala. Suatu hari kami melihat almari ini yang telah dibaik pulih di sebuah kedai perabot antik, melopong mulut hubby bila tokeh kedai tuh cakap RM1600. Ini almari kaki U dan keluaran tahun 1920an serta kayu jati, kata tokeh kedai itu. At last hubby cakap bijak ...bijak u nielah Zura ......sambil mencubit pipi aku. Tulah kataku sambil mencebik.
Aku sangat berterima kasih kepada kakak restaurant itu dan pembantunya kerana bersusah payah memasukkan gerobok ini ke daam keretaku. Beratnya sama seperti gerobok showcase yang aku ambil di rumah abang kerana kayunya adalah kayu jati juga dan restaurant itu kini telah berpindah kerana bangunan itu juga terlalu lama. Inilah dia rezeki yang tidak terduga.
Gerobok ini telah dipasang semula cerminnya oleh kami suami isteri. Mula2 hubby hanya meletakkan jaring2 tetapi tak berapa kemas dan nampak macam reban ayam sepatah kata sepupuku maka kami telah menggantikan cermin semula. Mungkin kalau dicat putih ianya baru sesuai dipasang jaring, tetapi aku bercadang mengekalkan warna coklat kerana segala set pinggan mangkuk di dalamnya adalah set zaman dahulu dan sesuai dengan warna kayu ini.

4 comments:

~Yatt~ said...

untungnya akak..kalu saya jumpa camtu nak gak hangkut..takku pedulik..hehe..
dah ler jati tahun 1920an..berbaloi2 akak buat muka selamba sumbat ke keta akak..tabikkk akak..
pasnie kena round2 belakang kedai lama2 ler pulak..hahahaha..

Mama Vogue said...

yup yatt bagai bulan jatuh ke riba. tak disangka2. itulah kalau rezeki namanya kan. Semua org ketawakan akak tapi penyudahnya akak rasa akulah org yg paling beruntung. jgn sekadar round2 belakang kedai lama2 yatt tapi redah gak bawah2 umah lama yg ada kolong. Syok gak.hahahaha......dah macam karung guni akak ni kadang2.

Mat Gebu said...

salam kak zuraa...
adoii, untung nya akak...itu lah kan kalau dah rezeki tu..tak hari ni, esok lusa insya allahh kita pasti memilikinyaa....jeless tau i!!...

Mama Vogue said...

WSALAM MAT GEBU


ehehehe...itulah yg dinamakan rezeki yg datang bergolekkan. tak disangka2 akak mendapatnya. Ni tengah tunggu utk dirembat di rumah nenek pulak. Ingat nak diisi dnegan semua koleksi kangkung. jgn jelesssss.....