Friday, December 11, 2009

Talam Puteri Salat

Sejak emak menunaikan fardhu haji dan semenjak cuti sekolah, nenek mamalah yg mengambil alih meneman anak2ku semasa kami suami isteri keluar bekerja. Nenek dengan sukarelanya hendak meneman anak2ku. Mama suami isteri dengan senang hati menerima kehadiran nenek dengan senang hati. Selalu kalau nenek datang, hanya seminggu dua saja dan kali ini sehingga emak balik dan mama akan menahannya lagi sehingga tahun depan.
Anak2 juga suka moyang meraka berada di rumah. Mereka berbual, bergurau dan macam2 aktiviti yg mereka lakukan. Bagitu juga dengan mama, balik ke rumah ada nenek yg boleh diajak berborak dan bercerita tentang itu dan ini. Sekurang2nya terubat kerinduan pada ibu yg jauh. Nenek mama ni walaupun dalam usia dia 84 tahun ini, beliau masih sehat dan cergas, pernah semasa bulan puasa kami membawanya ke Singapura dari lepas Isyak sehingga menjelang siang berjalan2 di Mustafa Centre. Kami bersahur di restaurant Amin dan tunaikan hajat nenek nak bersolat Subuh di Masjid Sultan.
Nenek juga mengajar mama membuat Talam Puteri Salat ini. Walaupun mama tak berapa gemar makan kuih talam tetapi sudah tiba masanya untuk mama mempelajari semua ini. Ini juga percubaan mama yg pertama.







Talam Puteri Salat

3 cawan beras pulut (dicuci dan direndam sebentar)
1/2 biji santan kelapa (pati santan)
garam secukup rasa
Toskan air rendaman pulut dan masukkan santan sehingga memenuhi paras pulut dan gaulkan dengan garam. Kukus sebentar sehingga pulut benar2 tanak. Bila pulut telah masak gaulkan semula dan rata2kan kemas2 iaitu dengan menekan2 pulut tersebut sehingga mampat.


500ml air
10 helai daun pandan dikerat2
1/2 biji kelapa parut putih
gula secukup rasa (terpulang kepada citarasa masing2)
secubit garam
Blend pandan dengan 500ml air bersama dengan 1/2 biji kelapa parut putih kemudian perahkan kelapa tersebut. Jerangkan air perahan jus pandan dan santan tersebut di atas api yg sederhana kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga berwap. Cara ini adalah untuk mengelakkan dari adunan menjadi berkaki ketika dikukus nanti. Kaedah ini juga boleh dibuat semasa membancuh kuih lompang. Kemudian campurkan ke dalam bahan2 di bawah ini iaitu :


1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
tepung gandum secukupnya lebihkurng dalam 1/2 cawan
Kacau sehingga sekata dan blend sekali lagi



Tapiskan bancuhan ini dan curahkan ke atas pulut yg telah dimampatkan kemudian dikukus semula sehingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dengan pisau plastik











Hidangan talam Puteri Salat ini boleh dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi dan minum petang.








*Nama lain bagi Talam Puteri Salat ialah Talam Seri Muka

2 comments:

nor64 said...

SALAM ZURA

KALAU MACAM NI BOLEH BUKA KEDAI NI ...MESTI LEMAK MANIS KUIH ZURA.. AKAK SUKA KETERANGAN WAT KUIH NI ...NANTI AKK CUBA BUAT YA..
LUPA PULAK..HIDANG NGAN SET SAKURA TU LAGILAH SEDAP HEHEHE

Mama Vogue said...

wSALAM AKAK


KALAU BUKA KEDAI JAWABNYA DOK DI KEDAI AJELAH HARI2 MASAK KUIH. APAPUN KAK, SAYA SUKA SGT MENCUBA SESUATU YG BELUM PERNAH SAYA BUAT. ALHAMDULILLAH JADILAH JUGA UTK MKN ANK BERANAK. KALAU TERDESAK TUH LEPASLAHJUGAK NAK MEMBUATNYA. SET INI NOSTALGIA SUNGGUHKAN.