Monday, November 30, 2009

Salam Aidil Adha




Assalamualaikum, Agak tidak terlewat untuk kami sekeluarga mengucapkan Salam Adil Adha pada sahabat handai semua memandangkan hari ini adalah hari terakhir kita berAidil Adha. Maklumlah, rasa macam terlalu sibuk aje sejak kebelakangan ini, sampai nak menyentuh keyboard komputerpun madang tak sempat. Maklumlah cuti panjang takkan nak mengadap pc aje. Jenuh rasa mata. Pada Khamis lepas mama mengambil 1/2 day leave, cadang nak menyediakan juadah untuk Aidil Adha. Tengahari itu lepas pulang dari kerja dan mengambil anak2 dari rumah abang mama, terus membawa budak2 ke pasar. Inilah pertama kali mama berbelanja di pasar bersama anak2 tanpa suami untuk majlis hari raya. Biasanya kalau untuk masakan harian tuh memang biasa terjah ke pasar sendirian beli serba sedikit dan secara ringkas terus cabut balik. Kali ini hubby agak busy sedikit dan pulang pun agak lewat, jadi terpaksalah mama bersama anak2 berbelanja sendirian. Sedih juga. Emakpun tiada. Selalu bersama emak dan hubby. Tapi tak mengapalah yang penting mama dapat menyiapkan juadah untuk keluarga.




Mula2 cadang nak masak nasi buryani tetapi atas permintaan hubby yang beriya2 nak makan rendang tok maka terpaksalah mama mengalah dan berkorban. Maklumlah sempena hari raya korban ini maka terpaksalah aku mendalami pengertian korban itu. Dah berapa kali dia bertanya bila nak masak rendang. Hubby ni tentang makan dia tak banyak cerewet tetapi kalau masak rendang dia nak rendang yang betul2 kering dan warnanya hitam legam.







Kalau dah buat rendang tentunya nak ada sambal kacang, kuah lodeh, sambal goreng, ayam masak hitam atau merah atau kari atau kormak dan ketupat. Bagi mama pulak tentunya tak mahu ketupat segera so sebagai pengorbanan hubby pula pada mama, terpaksalah dia menganyam ketupat tetapi oleh kerana hubby pulang agak lewat maka mama membeli 50 biji ketupat yang telah siap dianyam. Murah juga harganya iaitu sebiji RM0.40. So menyenangkan kerja hubby dia hanya mengisi beras dan merebusnya sahaja.






Malam itu mama berdua bersama hubby di dapur menyediakan juadah untuk keesokkan harinya, sedang anak2 pula sedang asyik memnonton TV. Amboi senang betul hati si kakak, mamanya sibuk di dapur dia sila panggung depan TV. Itulah anak2 sekarang. Nasib baik hubby ringan tulang dan taklah terasa bosan di malam sehingga menjelang subuh di dapur. Bila jam menunjukkan ke pukul 4.55 a.m. hubby segera mengucapkan selamat hari lahir untuk mama. Ya.... pada 10 Zulhijjah merupakan jatuhnya tarikh lahir mama di dalam kalender Islam dan pada 10 Zulhijjah 35 tahun lalu jatuhnya di dalam tahun masehi ialah 3hb Januari.


Dulu2 di zaman kanak2, sehari sebelum Hari raya Korban, arwah ayah pasti akan mengasah parangnya. Selalu arwah cakap kat mama yang mama akan dikorbankan sempena hari ulang tahun mama, kecutnya perut dan bimbang di hati takut2 kena sembelih sebagaimana Nabi Allah Ibrahim mendapat perintah dari Allah Taala untuk menyembelih anaknya Nabi Allah Ismail. Bila mama tanya kepada ayah kenapa hanya mama seorang yang nak disembelih dan ayah akan menjawab kerana mama lahir pada subuh Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah. Bila mama dah menangis2 barulah mama tahu rupanya ayah cuma bergurau sahaja hendak menyembelih dan selalu emak dan ayah memanggil mama dengan panggilan Mak Aji dan sehingga mama berumah tangga ayah masih bergurau tentang hendak menyembelih mama. Pada Aidil Adha yang kedua pula ayah akan ke Masjid bergotong royong menyembelih lembu dan kami secara bergilir2 akan membuat korban. Namun kini ayah tiada lagi untuk bergurau dan emak pula kini sedang berada di tanah suci menjalani ibadahnya yang ke lima. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah ayah dan semoga emak mendapat haji yang mabrur dan sentiasa di dalam peliharaan Allah hendaknya. Semoga aku dan keluarga juga berada di dalam rahmat Allah dan semoga segala urusanku dipermudahkan. Amin.


Hari raya Aidil Adha yang pertama











Dan inilah juadah di pagi Aidil Adha ....... rendang tok bersama ayam masak hitam, sayur lodeh, sambal tumis kacang dan sambal goreng




Sedikit juadah untuk dibawa ke rumah mertua, nenek dan ibu saudaraku yang tersayang






Sejarah Hari Raya Korban



Hari raya korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya(Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Nabi Ibrahim juga sinonim dengan gelaran Khalil Ullah iaitu bermaksud “Sahabat Allah“.10 Zulhijjah juga merupakan tarikh dimana Nabi Adam dan Hawa di usir dari Syurga ke bumi kemudiannya bertemu kembali di padang Arafah.
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.




Suasana Aidil Adha Ke 2















3 comments:

nor64 said...

slm zura, slmt rayakorban...bestnya dpt mkn rendang tok tu..kalau rendang nogori pun dimasak sampai kering ..kak buat rendang ayam kg masak kering sampai hitam legamm..

nor64 said...

slm zura, slmt rayakorban...bestnya dpt mkn rendang tok tu..kalau rendang nogori pun dimasak sampai kering ..kak buat rendang ayam kg masak kering sampai hitam legamm..

Mama Vogue said...

WSALAM AKAK.


YES RENDANG N9 PALING SAYA MINAT. RASANYA YG PEDAS SAMPAI NAK TRECABUT TELINGA BILA MAKAN TAPI MAKINPEDAS MAKIN BERTAMBAH SAYA MAKAN. KAKAK IPAR SAYA ORG N9 SELALU KALAU RAYA DIA BAWAKKAN RENDANG N9 YG DICAMPUR PARU. HUH SEDAP SUNGGUH.