Sebenarnya mama suka sangat dengan daun maple, terutama bila ianya mula berubah warna dan kemudian kekeringan. Cuba lihat pada koleksi tea set Japan mama yg ini. Ianya bukan pemberian dari ahli keluarga ataupun saudara mara tetapi mama membelinya di kedai antik. Walaupun corak warnanya suram tetapi mama suka sangat sebab warnanya begitu menyentuh hati. Macam kesian aje tengok. Cawan tehnya comel aje. Sama saiz set Japan Giesha pemberian nenek cawan dan tekonya.
Pada mama tekonya agak unik kerana pada muncung tekonya terdapat seperti air menitik. Dahler corak pada teko tu daun kering dan nampak sedih muncungnya pulak macam air mata menitik. Teringat mama lagu Linda Ronstatd iaitu Teardrops Will Fall ....lebihkurang macam nie lirik dia Teardrops will fall tonight. Tears I can't hide. Tears that I tried to keep deep down inside ... huh...sedih pulak.......
Tapi apapun set teko ini kelak akan menjadi kenangan pada kakak dan adik di suatu masa nanti ketika mama dah tiada lagi didunia ini sebagai hobi mamanya yg suka mengumpul barang2 lama.
2 comments:
naper blog akak tak naik ke atas utk recent post..pelik gak..terlepas nak bagi komen yg nie..koleksi nie mmg cantik..daun maples yg kering kecoklatan..mmg sy suka kaler yg redup n malap nie..mmg betul2 kesian tgk koleksi nie kan..
heheh..... memang kesian Yatt...akak pun suka pada bunga yg kaler nampak kekeringan mcm ni.
Post a Comment