Thursday, June 11, 2009

Kenangan Buat Teh Susu


Dari gambar yg diposting ini, apakah message yg ingin disampaikan ya. Ada orang suka mengumpul pelbagai tin2 dan dijadikan sebagai hiasan. Bagi mama pula tak berapa berminat mengumpul tin untuk dijadikan sebagai hiasan tetapi jika ianya unik ataupun ada kenangan bersamanya, ataupun hadiah dari kawan2, maka mama akan simpan sebagai kenang2an.
Tin2 di atas bukanlah pemberian dari teman2, tetapi adalah kepunyaan peribadi dan mama punya kenangan bersamanya. Cuma jam patung Royal British Guard hadiah dari Tengku Baha iaitu adik kepada Duli Yang Maha Mulia Yg Dipertuan Agong Tuanku Mizan. Tengku Baha merupakan adik angkat kepada suamiku dan mereka berkawan baik semasa di UK dulu. Jam itu masih berfungsi dengan baik sehingga kini. Manakala tin tea Harrods dan balang kaca putih tea Harrods adalah milik mama sendiri bersama tin tea Irish Mark & Spencer. Bekas tin dan balang tea itu meninggalkan kenangan paling manis buat mama. Kenangan apa ya....BIARLAH RAHSIA.......(alamak macam lagu Siti pulak)
Sebenarnya mama seorang yg tidak suka dan tidak pernah minum kopi, teh, milo dan apa jua air manis kecuali susu tepung, susu segar dan air jarang (Air jarang ni bahasa orang Johor iaitu air kosong). Sehingga kini mama tak pandai buat air tuh semua kecuali teh dan kopi. Oleh kerana nak sangat belajar buat air teh susu maka mamapun belilah teh ini dan kebetulan masa tu waktu boxing day dan harganya murah sekali. Kalau tak, tak beli jenama Harrods dan Mark & Spencer ini. Mama belajar dari seorang kawan hubby seorang warga Ceylon, Sri Langka. Mana ntah gambarnya kalau tak boleh tepek kat sini. Dia yg mengajar mama cara buat teh susu yg kaw2 ni.
Di sini mama ingin sekali berkongsi cara membuat teh susu walaupun mama tahu diluar sana ramai yg terror membuat teh susu.
Teh Susu

Penyediaannya harus air panas yg mendidih betul
Kemudian air panas itu kita tuangkan ke dalam teko
(Sebaik2nya teko porselin ataupun stonware kerana ianya akan mengeluarkan bau teh yg wangi dan harum)
Tuangkan dalam 1/4 dan kocak2kan sedikit teko tersebut agar kepanasannya merata dalam 5 minit.
Buang air tersebut dan tujuan ini untuk memanaskan teko

Kemudian masukkan 4 sudu besar serbuk teh ke dalam teko yg masih panas

Tutup teko dengan penudungnya dan biarkan selama 10 minit
Selepas 10 minit barulah dibuka dan ketika ini kita dapat bau akan keharuman teh yg sangat wangi dan masukkan air panas semula
Pastikan air benar2 panas
Pastikan juga warnanya pekat dan tidak nampak cair


Masukkan susu pekat atau susu cair atau susu tepung ini terpulang kepada citarasa masing2 dan kacau rata








Jemput minum
*Anggaran sukatan ini bergantung kepada berapa ramai yg nak minum.




No comments: