Thursday, June 11, 2009

Resepi Rempah Opor Versi Johor

Opor berasal dari makanan Indonesia. Ianya sangat popular di Johor. Terdapat opor ayam, daging dan sayuran. Masakan opor memerlukan rempahnya sendiri. Ianya boleh didapati juga di pasaran dan kalau rajin bolehlah buat sendiri.


Di sini mama ingin berkongsi resepi bagaimana cara membuat rempah opor. Resepi rempah ini mama belajar dari mertua juga. Mertua mempunyai kemahiran dalam menyediakan pelbagai jenis rempah. Semuanya masih disimpan di dalam buku resepinya di dalam tulisan jawi dan rumi tulisan tangan dengan baik sekali. Buku resepi itu kini menjadi milikku. Terima kasih mak......




Rempah Opor Johor

Ini adalah anggaran untuk seekor ayam. Boleh digandakan mengikut jumlah ayam

Persediaan dan cara membuatnya


20 tangkai lada kering
2 1/2 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan putih
2 camca teh jintan manis
7 biji buah pelaga
1/2 butir buah pala
1/4 sajira (jika ada)
5 kuntum bunga cengkih
kesemuanya dicuci dan dijemur sehingga benar2 kering

Kesemua bahan di atas digoreng tanpa minyak sehingga hampir garing

Bahan2 yg digoreng tadi hendaklah digiling semasa panas2 kalau malas blend kering saja, tetapi bagi mama memilih utk menggiling kerana aromanya yg sungguh wangi semasa digiling panas2.
Kalau mama buat banyak2 barulah blend kering. Rempah ini boleh disimpan seperti rempah2 yg lain.


No comments: