Pada awalnya mama hanya ada sekeping dulang ini sahaja yg diambil dari rumah mertua. Juga sekeping piring yg tiada bercawan lagi. Dahulu kata mertua ada setnya semua sekali tetapi tidak termasuk dulang ini. Dulang ini aku lihat made in italy ukirannya tetapi dah berbalam2. Maka mamapun menyimpan ler dulang ini bertahun2 lamanya dengan piring yg satu itu. Oleh kerana dulang itu dah comot maka mamapun mencucinya tetapi sayang semasa mama mencucinya di bahagian tepinya yg berwarna hijau telah hilang semasa disental. Mana taknya mama sental dengan berus sabut sebab mcm warnanya comot. Hubby kata semasa dia kecil2 lagi dia memang ada nampak dulang ini dah terperukkat celah stor dapur. tak ada siapapun menginginkannya.
Kini dulang itu telahpun bertemu dengan ahli keluarganya yg lain walaupun cuma beradik beradik tiri sahaja. Tekonya mama beli di kedai antik KL. Cawannya mama barter dengan Yatt. terima kasih banyak2 Yatt. Budimu tak ku lupa sepanjang hayat. Emakpun dulu ada set cawan dan teko aladdin bunga sakura ini.
Dulang pemberian mertua, cawan barter dengan Yatt, meja mini berlaci korea pulak adalah hadiah dari kakakku semasa dia holiday ke Korea beberapa tahun dahulu. Dan teko ini adalah milik mama sendiri. Maka lengkaplah sudah walaupun tiada creamer jug dan sugar bowl.
2 comments:
salam k.zura..cantik dulangnyer akak..memang matching ngan teaset sakura nie..kalau sy dtg..hidang kat sy seperti dlm gambar tu..hehe..gurau jer akak..pasal barter n budi tu xyah mention..asal persahabatan kita berkekalan..tu ajer yg saya harapkan..nice knowing u sis!!
WSALAM..... BOLEHHHHH. KALAU YATT SUDI DTG AKAK HIDANGKAN ...AKAK PUN HARAP AGAR PERSAHABATAN KITA KEKAL SELAMANYA....LUV U
Post a Comment