Monday, June 15, 2009

Set Jepun Giesha

Ramai benar pengumpul pinggan2 lama sekarang ni. Mama ni pun suka gak dulu kumpulkan sebab ianya memberi kenangan yg terindah buat mama dan mama cuma dapatkan dari emak, mertua nenek dan mak2 saudara, tapi ada yg tak cukup setnya. Jadi baru2 ni untuk mencukupkan familynya mama cuba dapatkan dari kawan2 di internet, sahabat handai dan kedai2 antik yg sama2 mempunyai minat yg sama.








Ini adalah satu2nya set lengkap yg dapat dari mertuaku. Ini adalah pemberian dari arwah Atuk Mail ( Ayah kepada mertua mama) semasa mertua melangsungkan perkahwinannya pada tahun 1937 ke 1938 gitulah. Set ini tak pernah sekalipun dipakai oleh mertua. Cuma disimpan sebagai hiasan saja. Sebab itulah masih lengkap. Gambar pemandangan hanya menggunakan 'Gold Art Marker' tanpa diwarnakan dgn warna2 lain.




Didalam cawan tersebut ada bayangan muka permpuan Jepun. Ianya akan lebih jelas bila dilihat pada sinaran lampu. Jika diletakkan pada posisi biasa kita cuma nampak ukiran wajah perempuan Jepun tersebut.





Yang ini pulak mama pernah masukkan dlmN3 yg lepas2. Set ini pulak merupakan set hadiah perkahwinan nenek lbh kurang dalam tahun 1930an jugak, tapi set ini cuma ada 4 cawan saja berserta 1 teko, 1 creamer dan 1 sugar bowl. Mama masih ingat masa kecik2 selalu pergi ke almari nenek dan membelek2 set ini kerana inilah satu2nya set yg ada gambar pemandangan mcm ni. Yang lain semua gambar bunga2. Pernah semasa di dalam tingkatan 2 mama membuat lukisan yg sama seperti yg terdapat pada set Jepun ini dan sukanya mama bila cikgu menggantung lukisanku sebagai antara lukisan yg tercantik. Sayang tak ambil simpan. Kini set ini jugak menjadi koleksi mama hadiah dari nenek.




Kemarin masa belek2 cawan ni rupanya sama mcm set yg diberi oleh mertua kepada mama. Ada gambar perempuan Jepun tapi lain sikit wajahnya. kata emak dan nenek selama ni mereka tak perasan langsung. Maklumlah set ini pun tak pernah digunakan sama sekali tapi sayang muncung tekonya terpatah sebab masa mengalihkannya. Tak apalah dah digampun. Sayang betul......








6 comments:

MrsNor said...

cantiknyaaa set tu

nassir said...

wow,ada geisha set..
geisha ni around 1900-1930's


saya pun tgh cari set2 geisha mcm ni:p

Mama Vogue said...

Memang cantik dan menawan...ehehehe

Mama Vogue said...

wah lama lah kalau gitu ek nassir. Buat research ke pasal pingganmangkuk ni. Nak joint.....

Mama Vogue said...

wah lama lah kalau gitu ek nassir. Buat research ke pasal pingganmangkuk ni. Nak joint.....

blurguyz79 said...

menarik betul kerja tangan dulu2.