Friday, June 26, 2009

Lelaki Itu.......



Sesuatu yg buat aku berasa pelik suatu masa dahulu bila seorang lelaki yg aku kenali mengajak aku jointnya bersama kawan2nya untuk membeli set pinggan mangkuk. Pelik benar dengarnya, lantas aku bertanya pada Rita, kawan Sabahan yg baik dengan lelaki itu. Mereka berdua memang baik kerana tinggal bersebelahan pintu apartment pada masa itu. Lantas Rita memberitahuku, kalau aku nak masak rendang jemput 40 orang makanpun lelaki itu ada kuali besar dan set pinggan mangkuk yg cukup. Oh ya ke. Aku tergelak2 kecil mendengarnya.
Pada pagi itu, sedang aku bersantai2 tetiba telefonku berbunyi. Shikin dan Aini mengajak aku ke Royal Doultan Factory Outlet. Nak beli pinggan mangkuk katanya. Akupun bercerita pada Shikin bahawa lelaki itu juga mengajakku. Rupa2nya lelaki itu yg akan menjadi Pak Supir kami kata Shikin.

Aku setuju dan bersiap2. Niat di hati nak ke rumah Suzie. Alah org dah ajak mencari pinggan pulak. Shikin kata kene cepat sebab nanti kedai tutup. Tibanya aku di sana ...wow..... cantik2nya pinggan. Aku diam saja. Shikin dan Pejoy sibuk memilih begitu juga Aini dan Sham.
Aku lihat lelaki itu membelek2 set putih dan kemudian set bunga2 rose kecik2 berwarna pink dan purple.

"Nak beli untuk siapa ni? Mak ya....."
"Taklah sendiri punyala......"
"Ohhhhh....untung ya wife u nanti....." dan dia hanya menyengeh.......Dan beberapa tahun kemudian set itu menjadi kepunyaan aku, eh bukan, tapi KAMI......................sehingga kini.


Lelaki itu adalah insan yg sangat aku kasihi

3 comments:

jaketbiru said...

untungggg nyaaaaaaa...
joeyyy pandai masak ek...

thaniah..

khadijah said...

kenangan indah memang sukar dilupakan.....semoga berbahgia..
- kak sarah95

Ah Win said...

wah romantik...

match made in heaven