Pada 5hb Jun yg lepas genap Ayah meninggal 2 tahun dan pada Jumaat itu hatiku gusar dan sedih aje. Seharian di office walaupun banyak kerja tetapi aku seperti tidak ada mood. Kerinduan pada Ayah begitu mencengkam jiwa. Sekejap2 airmataku mengalir tanpa disedari. Dalam pada kesedihan itu tiba2 hubby telefon dan memberitahu malam ini kami sekeluarga akan berangkat ke KL dan esoknya pula terus ke Sg Petani. Apa!!!!!!! Aku sangat terkejut. Aku memberitahu hubby hari ini adalah hari yg sedih bagiku. Hubby memujukku menyuruh aku banyak bersabar dan hadiahkan seberapa banyak Al fatehah kepada arwah Ayahku. Yang pergi tetapkan pergi dan kita yg masih hidup ini haruslah sentiasa mengingati Allah dan selalu menghadiahkan Fatehah katanya. Cakap senang aje.... dia tak tahu hatiku sangat rindukan Ayah....... Selepas solat Zohor aku sedikit tenang dan boleh membuat kerjaku seperti biasa.
Tiba2 dekat pukul 5 aku mendapat panggilan telefon...... Masya Allah.........Aku menjerit kegirangan bila aku mendengar suara yg hampir 12 tahun tidak ku dengari.........
Ellennnnnn!!!!!
Perkhabaran apa ya kamu disana?........Aduhhh aku baik sekali dong.... Kamu dimana ini????? Aku sudah mampir ke Kuala Lumpur bersama kawan2 kita yg lain...Donny, Verra dan Lucy juga ada di sini...Waduhhhhh.........Ayuh dong cepat kamu kemari. Sudah kangen amat pada kamu.......penuh ceria suara Ellen aku dengar dari corong telefon. Kamu kangen samaku atau sama Joey....aku cuba melawak...ehehehhehehhe........
Ptg itu aku pulang awal. Setelah menyiapkan semua keperluan kami bertolak ke KL dalam pukul 10.30pm. Kepala aku terasa berat sangat malam itu. Aku duduk di belakang dan Adik duduk di depan. Aku terus terlelap. Hubby nampak begitu bersemangat sekali memandu. Tak pulak komplen rasa penat atau apa. Sampai aje dah pukul 3.15 am dan aku terus tidur di USJ di rumah kakakku. Esok pagi2 kami dah bersiap...... Kami menjemput Fikri kerana Fikri menumpang kami. Selepas itu langsung ke Concorde Hotel dan berjumpa dengan kawan2 kami dari Indonesia. Veera dan Donny dari Bandung, Lucy dari Jakarta dan Ellen dari Menado. Bertolak dari KL ke Sg Petani dalam pukul 2.00 petang. Fikri dan Donny menumpang kenderaan kami manakala Azam, Bob, Slash, Veera, Lucy dan Ellen bersama2. Yang lain2 pergi bersama keluarga sendiri.
Hubby, Azam, Donny dan Slash........
Bob, Slash, Lucy, Ellen, Veera, Anne, Aku, Ajim. Dibelakang aku ialah Fikry, hubby dan Donny.
mmmmmm.......................
Veera dan Ellen menyanyi manakala Hubby bermain drum....
Hubby dan Bob pulak menyanyi
Bergambar kenangan bersama pengantin ....
Selepas majlis kami semua bertolak dari Sg Petani ke Penang. Hubby sempat lagi menukar tyre dan rim sebab rim pulak bengkok. So kami bertolak ke Penang dalam pukul 6 petang.
Semasa pergi kami lalu jambatan balik pulak naik Feri.
Selamat tinggal Pulau Pinang. Walaupun cuma sekejap kami ke Penang tetapi aku amat terasa kemanisannya. Manisnya bersama kawan2 yg telah lama kami tinggalkan kerana membawa haluan masing2. Namun aku berasa puas hati kerana kerinduan dan hubungan yg lama terputus bersama kawan2 dari seberang dapat kami eratkan semula. Kami sampai semula ke KL pukul 6 am dan pukul 9.30 am pula kami membawa kawan2 ke Tesco. Kawan2 dari seberang sudah kangen benar sama Tesco. Jakarta, Bandung dan Menado tak ada Tesco. Bila berbelanja di Tesco datang semula kenangan yg begitu mengamit perasaan. Terasa baru semalam kenangan itu berlalu. Kami berbelanja sama macam dulu.... sambil bermain2 sembunyi...cuma...suasana yg berubah kini....... Dulu di Tesco Birmingham kini di Shah Alam. Selepas membawa mereka berbelanja di Tesco kami bawa mereka pula ke Mid Valley. Makan tengahari di Spagethi Cafe dan pulang semula ke rumah Bob. Pualng ke JB petang dan kami tak sempat menghantar kawan2 dari seberang ke Airport mlm itu.
Apapun kami berasa sangat puas dan berterima kasih kerana mereka sanggup datang untuk bersama2 kami meraikan hari bahagia seorang sahabat kami Khairil dan isterinya. Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga dan semoga mahligai yg dibina akan berkekalan sampai ke syurga. Sayangnya tak semua kawan2 kami yg dapat hadir bersama kerana urusan keluarga masing2.
Buat kawan2 di seberang jika ada kelapangan kami akan ke sana pula dan jangan lupa ya..... mampir lagi ke Malaysia dan mampir ke Johor Bahru pula......
Bila lihat semula gambar2 lama aku ketawa sendiri...lucu betul...... masing2 dah berubah.....
No comments:
Post a Comment