Wednesday, June 10, 2009

Resepi Sayur

Mama suka masakan Cina, ianya mudah dimasak. Cepat dan tak memenatkan. Ini adalah masakan dimasa kemalasan melanda diri. Kalau kakak, dia kata baby cabbage tapi yg sebenarnya adalah brussels sprouts. Brussels sprouts are one of my absolute favorite vegetables. Bentuknya macam kobis tapi kecik2. Kalau kobis dia tumbuh sebiji tapi brussels sprouts ni mcm tumbuh di sepanjang batangnya. Di pucuknya barulah ada daunya yg seperti kailan. Batangya pulak menggerutu macam batang ubi kayu. Kalau di Malaysia ianya dijual sebiji2 dan dibungkus kemas tetapi di Uk ianya ada dijual bersama batangnya dan dibalut kemas. Rasanya agak kepahit2an tetapi sedap dan rangup.

Masak Sayur santai2

Sebungkus Brussel Sprout
3 biji tomato dipotong baji
Sedikit cendawan kering dihiris
(rendam bersama air panas sehingga lembut)
Sedikit udang basah


1 labu bawang putih dititik bersama kulitnya
(kemudian baru asingkan kulitnya)
Tumiskan bawang putih sehingga wangi
Masukkan cendawan kering
Tumis sebentar


Masukkan sos tiram dan sedikit air dan akhir sekali masukkan brussels sprout dan tomato
Balik2kan dan matikan api segera


Hidangkan panas2



Mama makan bersama dengan nasi dari beras perang organik sungguh berkhasiat...hehehe..... sekarang ni beras ini menjadi pilihan mama kerana hubby dah menjangkau 40+++. Kene jugak jaga pemakanan memandangkan makan macam2 ni.














2 comments:

Kuli_Gomen said...

mmg sedap makanan cina nie,,, half cook kan mama

Mama Vogue said...

Yup..... tu yg buat sedap...rangup je bila mkn