1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
Aduhhh!!!! Aku sebenarnya memang lemah bab2 mcm ni. Aku tak sporting sikit dalam bab2 mcm ni. petang semlm tetiba Wan Zarina, isteri kepada sahabatku Najib meng TAGED aku. Semalam aku memang bz sikit. Mmmm...... malam tadi tengok tapi mat aberat so otakpun kosong nak pikir. Jadi pagi ni lah aku buat.
Apa ya tentang diri aku......
1)Aku merupakan anak bongsu dalam 4 orang adik beradik. Aku ada 2 orang abang dan seorang kakak. Aku berbintang Capricorn. Aku sangat rapat dengan kakakku walaupun kami tinggal berjauhan.
2)Aku seorang yg sangat cerewet dalam urusan rumahtangga. Aku akan pastikan keadaan dalam rumahku sentiasa bersih, kemas dan teratur. Paling aku menitik beratkan ialah bilik. Aku akan pastikan katil bukan tempat untuk dibuat duduk2 atau baring2 pada sianghari. Kami praktikkan siapa yg bangun last dia kena kemas tempat tidur.
3)Hoby aku yang paling utama ialah menjahit. Ramaiyg tak tau yg aku suka menjahit kecuali saudara mara dan sahabat handai yg dekat denganku. Aku mula menjahit sejak berumur 7 tahun. Baju yg pertama aku jahit ialah baju anak patungku iaitu baju tidur tanpa lengan yg bertali tu. Sehingga kini aku masih gemar membuat baju tidur untuk ank2ku dan baju tidurku sendiri. Masa study aku pernah mengambil upah menjahit baju kurung Johor dan sekarang tak pernah kawan2 di tempat kerja tahu bahawa baju kurung Johor yg aku pakai ke office aku sendiri yg menjahitnya. Selain baju, langsir, cadar dan apa jua yg berada di rumahku, aku lah yg menjahitnya sendiri.
4)Aku juga gemar menghias rumah, membuat gubahan hantaran secara percuma kepada sesiapa yg memerlukan khidmatku.
5)Aku minat mendengar radio terutama lagu2 evergreen dan oldies, menyanyi dan dulu2 suka jugak menari...Alahaiii mcm dah tak ingat tua pulak. Tua ke aku ni? Muda lagilah. Aku suka pada seni, maklumlah masa sekolah aku bergiat cergas dalam teater dan aku juga boleh menulis skrip teater dan bekas penulis buletin mingguan sekolah dn juga menulis cerpen. Sekarang ini aku masih menulis tetapi banyak berkisar tentang politik dalam forum2 politik. Kalau tulis kat blog aku sendiri nanti kena ISA pulak.
6)Aku suka berdandan walaupun aku taklah secantik manapun, tapi aku memang suka. Lebih2 lagi pada assesori. Aku banyak sekali mengumpul assesori. Walaupun masa sekolah dulu aku agak tomboy tapi aku tetap berdandan rapi.
7)Hoby aku yg akhir sekali ialah memasak. Aku mula minat memasak bila teman2ku semuanya pandai masak dan aku berasa malu. Minat memasak kian bertambah bila aku telah berumahtangga dan beranak pinak. Lebih2 lagi semua ahli keluarga suamiku 'kaki masak' terutama ibu mertuaku. Malu sehhhhh.....
8)Aku paling tak suka memandu walaupun aku memandu pada setiap hari ke tempat kerja. Aku paling tak suka jalan yg sesak, pemandu yg tak berhemah dan paling tak suka memandu disiang hari.
9)Aku suka sesuatu yg berkaitan dengan sejarah, apa jua yg klasik dan antik. Aku geram betul sekarang ni bangunan2 lama yg mempunyai nilai sejarah yg kukuh telah dirobohkan. Lama2 Johor Bahru ibarat seperti sebuah kerajaan yg baru nak bertamadun.
10)Last sekali aku suka jika melakukan sesuatu itu dengan sesungguh hati ibarat menyelok pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang2 mandi biar basah. Aku akan lakukan sesuatu pekerjaan yg diamanahkan kepada aku dengan tekun dan teliti sampai berjaya. Kerja2 aku , aku tidak berapa suka org lain melakukannya kecuali tidak dapat dielakkan. Pada aku kalau melakukan sesuatu pekerjaan itu biarlah ikhlas dan jangan sekali mengharapkan balasan.
Huh...jenuh rasa. Oklah sekarang org yg aku nak Tag ialah :
1) Df (blognya tersembunyi maklumlah ank dara sunti)
2) Yatt
3) Cengkerik Hijau
4) Baby Darling
5) Nide
6) Azooo
7) Lia
Yg lain mcm BZ aje.....
No comments:
Post a Comment