Friday, June 26, 2009

Lelaki Itu.......



Sesuatu yg buat aku berasa pelik suatu masa dahulu bila seorang lelaki yg aku kenali mengajak aku jointnya bersama kawan2nya untuk membeli set pinggan mangkuk. Pelik benar dengarnya, lantas aku bertanya pada Rita, kawan Sabahan yg baik dengan lelaki itu. Mereka berdua memang baik kerana tinggal bersebelahan pintu apartment pada masa itu. Lantas Rita memberitahuku, kalau aku nak masak rendang jemput 40 orang makanpun lelaki itu ada kuali besar dan set pinggan mangkuk yg cukup. Oh ya ke. Aku tergelak2 kecil mendengarnya.
Pada pagi itu, sedang aku bersantai2 tetiba telefonku berbunyi. Shikin dan Aini mengajak aku ke Royal Doultan Factory Outlet. Nak beli pinggan mangkuk katanya. Akupun bercerita pada Shikin bahawa lelaki itu juga mengajakku. Rupa2nya lelaki itu yg akan menjadi Pak Supir kami kata Shikin.

Aku setuju dan bersiap2. Niat di hati nak ke rumah Suzie. Alah org dah ajak mencari pinggan pulak. Shikin kata kene cepat sebab nanti kedai tutup. Tibanya aku di sana ...wow..... cantik2nya pinggan. Aku diam saja. Shikin dan Pejoy sibuk memilih begitu juga Aini dan Sham.
Aku lihat lelaki itu membelek2 set putih dan kemudian set bunga2 rose kecik2 berwarna pink dan purple.

"Nak beli untuk siapa ni? Mak ya....."
"Taklah sendiri punyala......"
"Ohhhhh....untung ya wife u nanti....." dan dia hanya menyengeh.......Dan beberapa tahun kemudian set itu menjadi kepunyaan aku, eh bukan, tapi KAMI......................sehingga kini.


Lelaki itu adalah insan yg sangat aku kasihi

Aku di tagged










1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)

Aduhhh!!!! Aku sebenarnya memang lemah bab2 mcm ni. Aku tak sporting sikit dalam bab2 mcm ni. petang semlm tetiba Wan Zarina, isteri kepada sahabatku Najib meng TAGED aku. Semalam aku memang bz sikit. Mmmm...... malam tadi tengok tapi mat aberat so otakpun kosong nak pikir. Jadi pagi ni lah aku buat.

Apa ya tentang diri aku......

1)Aku merupakan anak bongsu dalam 4 orang adik beradik. Aku ada 2 orang abang dan seorang kakak. Aku berbintang Capricorn. Aku sangat rapat dengan kakakku walaupun kami tinggal berjauhan.

2)Aku seorang yg sangat cerewet dalam urusan rumahtangga. Aku akan pastikan keadaan dalam rumahku sentiasa bersih, kemas dan teratur. Paling aku menitik beratkan ialah bilik. Aku akan pastikan katil bukan tempat untuk dibuat duduk2 atau baring2 pada sianghari. Kami praktikkan siapa yg bangun last dia kena kemas tempat tidur.

3)Hoby aku yang paling utama ialah menjahit. Ramaiyg tak tau yg aku suka menjahit kecuali saudara mara dan sahabat handai yg dekat denganku. Aku mula menjahit sejak berumur 7 tahun. Baju yg pertama aku jahit ialah baju anak patungku iaitu baju tidur tanpa lengan yg bertali tu. Sehingga kini aku masih gemar membuat baju tidur untuk ank2ku dan baju tidurku sendiri. Masa study aku pernah mengambil upah menjahit baju kurung Johor dan sekarang tak pernah kawan2 di tempat kerja tahu bahawa baju kurung Johor yg aku pakai ke office aku sendiri yg menjahitnya. Selain baju, langsir, cadar dan apa jua yg berada di rumahku, aku lah yg menjahitnya sendiri.

4)Aku juga gemar menghias rumah, membuat gubahan hantaran secara percuma kepada sesiapa yg memerlukan khidmatku.

5)Aku minat mendengar radio terutama lagu2 evergreen dan oldies, menyanyi dan dulu2 suka jugak menari...Alahaiii mcm dah tak ingat tua pulak. Tua ke aku ni? Muda lagilah. Aku suka pada seni, maklumlah masa sekolah aku bergiat cergas dalam teater dan aku juga boleh menulis skrip teater dan bekas penulis buletin mingguan sekolah dn juga menulis cerpen. Sekarang ini aku masih menulis tetapi banyak berkisar tentang politik dalam forum2 politik. Kalau tulis kat blog aku sendiri nanti kena ISA pulak.

6)Aku suka berdandan walaupun aku taklah secantik manapun, tapi aku memang suka. Lebih2 lagi pada assesori. Aku banyak sekali mengumpul assesori. Walaupun masa sekolah dulu aku agak tomboy tapi aku tetap berdandan rapi.

7)Hoby aku yg akhir sekali ialah memasak. Aku mula minat memasak bila teman2ku semuanya pandai masak dan aku berasa malu. Minat memasak kian bertambah bila aku telah berumahtangga dan beranak pinak. Lebih2 lagi semua ahli keluarga suamiku 'kaki masak' terutama ibu mertuaku. Malu sehhhhh.....

8)Aku paling tak suka memandu walaupun aku memandu pada setiap hari ke tempat kerja. Aku paling tak suka jalan yg sesak, pemandu yg tak berhemah dan paling tak suka memandu disiang hari.

9)Aku suka sesuatu yg berkaitan dengan sejarah, apa jua yg klasik dan antik. Aku geram betul sekarang ni bangunan2 lama yg mempunyai nilai sejarah yg kukuh telah dirobohkan. Lama2 Johor Bahru ibarat seperti sebuah kerajaan yg baru nak bertamadun.

10)Last sekali aku suka jika melakukan sesuatu itu dengan sesungguh hati ibarat menyelok pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang2 mandi biar basah. Aku akan lakukan sesuatu pekerjaan yg diamanahkan kepada aku dengan tekun dan teliti sampai berjaya. Kerja2 aku , aku tidak berapa suka org lain melakukannya kecuali tidak dapat dielakkan. Pada aku kalau melakukan sesuatu pekerjaan itu biarlah ikhlas dan jangan sekali mengharapkan balasan.


Huh...jenuh rasa. Oklah sekarang org yg aku nak Tag ialah :

1) Df (blognya tersembunyi maklumlah ank dara sunti)

2) Yatt

3) Cengkerik Hijau

4) Baby Darling

5) Nide

6) Azooo
7) Lia

Yg lain mcm BZ aje.....

Wednesday, June 24, 2009

Set cawan Bunga Biru




Sama tapi tak serupa. Walaupun set ini tak beribu tapi jadilah teko aladdin bunga kekwa biru ini sebagai ibunya.






Set bunga biru di atas ini pulak adalah hadiah dari emak. Set buatan China tahun 1960an. Bukan kepunyaan emak tetapi emak membelikan untuk mama sebagai menyokong hobby mama. Kaca cawannya amat tipis.



Dan akhir sekali cawan Sone Japan bunga melingkar biru kecik2 ni diambil dari rumah mertua. Ada piring kuihnya sekali. Cawan mulut lebar aka cawan mulut jahat...opsssssss............

Resepi Dari Mummy Asmah Laili

Semalam mama da tunjukkan bagaimana cara membuat rempah untuk resepi Opor Merah ini. Hari ini mama nak tunjukkan pulak cara memasak opor merah pulak. Mama dapat resepi ni dari melihat rancangan Dapur Mami kelolaan Puan Asmah Laili bekas DJ Singapura.

Resepi Opor Ayam Merah

Rempah Opor (Sila rujuk kepada - Perencah masakan- Rempah Opor Merah)
2 inchi halia
1 inchi lengkuas
5 biji bawang merah
(Dikisar halus)
1 sudu makan kelapa kering (Ditumbuk halus)
2 biji buah tomato yg didadu
1 cawan bawang goreng yg ditumbuk halus

Gaul rata ayam dengan rempah yg dikisar kecuali kelapa goreng

1 biji bawang besar dihiris dan digoreng hingga kuning

Masukkan ayam yg bergaul rempah . Balik2kan sebentar. Masukkan bawang goreng yg ditumbuk halus dan tumisla hingga rata. Masukkan tomato puri dan tomato dadu juga kelapa goreng. Masak sehingga kering dan apabila sudah kering masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biar hingga naik minyak dan masak.

Aduhhhhh..... Sedapnya mintak ampunnnn!!!!!!!! (Pinjam Mummy Asmah Laili punya ayat)


































Tuesday, June 23, 2009

Rempah Opor Merah

3 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis

10 tangkai lada kering
Kesemua bahan diatas di cuci bersih dan dijemur sehingga kering lalu digoreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Giling lumat atau dikisar halus

rempah ini agak kebasahan sedikit

Selamat Hari Bapa




2 tahun sudah tidak meraikan hari bapa. Semua org diluar sana meraikannya. Apapun aku disini tetap mengingatinya dan menghargai setiap pengorbanannya terhadap kami sekeluarga. Al fatihah yg mampu aku hadiahkan buat ayahanda tercinta.

Selamat hari bapa kepada papa dan semua teman2 lelaki yg ku kenali diluar sana yg bergelar AYAH.

Monday, June 22, 2009

Tea Set Mawar Kuning




Teko bunga ros kuning ni berserta dengan 4 set cawannya emak yg punya. Hadiah perkahwinan. Dulunya pernah diberikan kepada abangku yg no. 3. Mama mengambilnya semula dan menggantikan dengan yg lain kepada kakak ipar. Mama belikan dia yg baru dan ambil semula yg ini. Nasib baik abang dan kakak ipar mama tak kisah.


Set yg ini pulak dapat di Ampcorp Mall. Ramai jugak ya peminat bunga ros kuning pink ni. Suka teko dia yg macam telur tuh.

Friday, June 19, 2009

Cawan Dah Dapat Ibu





Dulu mama pernah masukkan dalam N3 tentang pinggan makan bunga ros hitam pemandangan jambatan ni. Pinggan dari emak dan nenek. Lepas tuh tengok kat blog seorang kawan, Ajmah dia ada menjual teko ni dan mama membelinya. Lepas tu dapat dari Nassir pulak set cawannya. So set ini yg basicnya dah cukup.


Set cawan mulut lebar ini pula juga pernah ada dalam N3 yg lepas2 set emak buatan Sone Japan. Oleh kerana tiada teko maka mama beli jugak teko ini dari Ajmah. lebihkurang halallah pattern bunga dia. Suka sangat teko dia yg macam buah labu. Bulat bergolek gitu. Set putih bersih.




Yang set bunga ros hitam ni pulak, pun emak yg punya. Oleh kerana ketiadaan teko maka mama dapatkannya di Amcorp.






Set bunga padi hitam ni dulunya cawan mama tinggal 2 saja. Lepas tuh beli dengan Nassir lagi 4 biji dan barter dengan Yatt tekonya.

maka kini kesemua set hitam bermacam bunga ini telah ada ibunya.

Thursday, June 18, 2009

Perihal Set Sakura


Pada awalnya mama hanya ada sekeping dulang ini sahaja yg diambil dari rumah mertua. Juga sekeping piring yg tiada bercawan lagi. Dahulu kata mertua ada setnya semua sekali tetapi tidak termasuk dulang ini. Dulang ini aku lihat made in italy ukirannya tetapi dah berbalam2. Maka mamapun menyimpan ler dulang ini bertahun2 lamanya dengan piring yg satu itu. Oleh kerana dulang itu dah comot maka mamapun mencucinya tetapi sayang semasa mama mencucinya di bahagian tepinya yg berwarna hijau telah hilang semasa disental. Mana taknya mama sental dengan berus sabut sebab mcm warnanya comot. Hubby kata semasa dia kecil2 lagi dia memang ada nampak dulang ini dah terperukkat celah stor dapur. tak ada siapapun menginginkannya.



Kini dulang itu telahpun bertemu dengan ahli keluarganya yg lain walaupun cuma beradik beradik tiri sahaja. Tekonya mama beli di kedai antik KL. Cawannya mama barter dengan Yatt. terima kasih banyak2 Yatt. Budimu tak ku lupa sepanjang hayat. Emakpun dulu ada set cawan dan teko aladdin bunga sakura ini.



Dulang pemberian mertua, cawan barter dengan Yatt, meja mini berlaci korea pulak adalah hadiah dari kakakku semasa dia holiday ke Korea beberapa tahun dahulu. Dan teko ini adalah milik mama sendiri. Maka lengkaplah sudah walaupun tiada creamer jug dan sugar bowl.

Wednesday, June 17, 2009

Bertemu Sahabat Lama

Pada 5hb Jun yg lepas genap Ayah meninggal 2 tahun dan pada Jumaat itu hatiku gusar dan sedih aje. Seharian di office walaupun banyak kerja tetapi aku seperti tidak ada mood. Kerinduan pada Ayah begitu mencengkam jiwa. Sekejap2 airmataku mengalir tanpa disedari. Dalam pada kesedihan itu tiba2 hubby telefon dan memberitahu malam ini kami sekeluarga akan berangkat ke KL dan esoknya pula terus ke Sg Petani. Apa!!!!!!! Aku sangat terkejut. Aku memberitahu hubby hari ini adalah hari yg sedih bagiku. Hubby memujukku menyuruh aku banyak bersabar dan hadiahkan seberapa banyak Al fatehah kepada arwah Ayahku. Yang pergi tetapkan pergi dan kita yg masih hidup ini haruslah sentiasa mengingati Allah dan selalu menghadiahkan Fatehah katanya. Cakap senang aje.... dia tak tahu hatiku sangat rindukan Ayah....... Selepas solat Zohor aku sedikit tenang dan boleh membuat kerjaku seperti biasa.
Tiba2 dekat pukul 5 aku mendapat panggilan telefon...... Masya Allah.........Aku menjerit kegirangan bila aku mendengar suara yg hampir 12 tahun tidak ku dengari.........
Ellennnnnn!!!!!
Perkhabaran apa ya kamu disana?........Aduhhh aku baik sekali dong.... Kamu dimana ini????? Aku sudah mampir ke Kuala Lumpur bersama kawan2 kita yg lain...Donny, Verra dan Lucy juga ada di sini...Waduhhhhh.........Ayuh dong cepat kamu kemari. Sudah kangen amat pada kamu.......penuh ceria suara Ellen aku dengar dari corong telefon. Kamu kangen samaku atau sama Joey....aku cuba melawak...ehehehhehehhe........
Ptg itu aku pulang awal. Setelah menyiapkan semua keperluan kami bertolak ke KL dalam pukul 10.30pm. Kepala aku terasa berat sangat malam itu. Aku duduk di belakang dan Adik duduk di depan. Aku terus terlelap. Hubby nampak begitu bersemangat sekali memandu. Tak pulak komplen rasa penat atau apa. Sampai aje dah pukul 3.15 am dan aku terus tidur di USJ di rumah kakakku. Esok pagi2 kami dah bersiap...... Kami menjemput Fikri kerana Fikri menumpang kami. Selepas itu langsung ke Concorde Hotel dan berjumpa dengan kawan2 kami dari Indonesia. Veera dan Donny dari Bandung, Lucy dari Jakarta dan Ellen dari Menado. Bertolak dari KL ke Sg Petani dalam pukul 2.00 petang. Fikri dan Donny menumpang kenderaan kami manakala Azam, Bob, Slash, Veera, Lucy dan Ellen bersama2. Yang lain2 pergi bersama keluarga sendiri.

Hubby, Azam, Donny dan Slash........


Bob, Slash, Lucy, Ellen, Veera, Anne, Aku, Ajim. Dibelakang aku ialah Fikry, hubby dan Donny.


menikmati laksa Penang


mmmmmm.......................


Veera dan Ellen menyanyi manakala Hubby bermain drum....


Hubby dan Bob pulak menyanyi


Bergambar kenangan bersama pengantin ....

Selepas majlis kami semua bertolak dari Sg Petani ke Penang. Hubby sempat lagi menukar tyre dan rim sebab rim pulak bengkok. So kami bertolak ke Penang dalam pukul 6 petang.



Menunggu kawan2 yg lain keluar dari terminal.....


makan malam di Padang Kota

Semasa pergi kami lalu jambatan balik pulak naik Feri.
Selamat tinggal Pulau Pinang. Walaupun cuma sekejap kami ke Penang tetapi aku amat terasa kemanisannya. Manisnya bersama kawan2 yg telah lama kami tinggalkan kerana membawa haluan masing2. Namun aku berasa puas hati kerana kerinduan dan hubungan yg lama terputus bersama kawan2 dari seberang dapat kami eratkan semula. Kami sampai semula ke KL pukul 6 am dan pukul 9.30 am pula kami membawa kawan2 ke Tesco. Kawan2 dari seberang sudah kangen benar sama Tesco. Jakarta, Bandung dan Menado tak ada Tesco. Bila berbelanja di Tesco datang semula kenangan yg begitu mengamit perasaan. Terasa baru semalam kenangan itu berlalu. Kami berbelanja sama macam dulu.... sambil bermain2 sembunyi...cuma...suasana yg berubah kini....... Dulu di Tesco Birmingham kini di Shah Alam. Selepas membawa mereka berbelanja di Tesco kami bawa mereka pula ke Mid Valley. Makan tengahari di Spagethi Cafe dan pulang semula ke rumah Bob. Pualng ke JB petang dan kami tak sempat menghantar kawan2 dari seberang ke Airport mlm itu.
Apapun kami berasa sangat puas dan berterima kasih kerana mereka sanggup datang untuk bersama2 kami meraikan hari bahagia seorang sahabat kami Khairil dan isterinya. Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga dan semoga mahligai yg dibina akan berkekalan sampai ke syurga. Sayangnya tak semua kawan2 kami yg dapat hadir bersama kerana urusan keluarga masing2.
Buat kawan2 di seberang jika ada kelapangan kami akan ke sana pula dan jangan lupa ya..... mampir lagi ke Malaysia dan mampir ke Johor Bahru pula......
Bila lihat semula gambar2 lama aku ketawa sendiri...lucu betul...... masing2 dah berubah.....




Ehehehe...... Ellen yg manja......



































































Tuesday, June 16, 2009

Teardrops Fall



Sebenarnya mama suka sangat dengan daun maple, terutama bila ianya mula berubah warna dan kemudian kekeringan. Cuba lihat pada koleksi tea set Japan mama yg ini. Ianya bukan pemberian dari ahli keluarga ataupun saudara mara tetapi mama membelinya di kedai antik. Walaupun corak warnanya suram tetapi mama suka sangat sebab warnanya begitu menyentuh hati. Macam kesian aje tengok. Cawan tehnya comel aje. Sama saiz set Japan Giesha pemberian nenek cawan dan tekonya.








Pada mama tekonya agak unik kerana pada muncung tekonya terdapat seperti air menitik. Dahler corak pada teko tu daun kering dan nampak sedih muncungnya pulak macam air mata menitik. Teringat mama lagu Linda Ronstatd iaitu Teardrops Will Fall ....lebihkurang macam nie lirik dia Teardrops will fall tonight. Tears I can't hide. Tears that I tried to keep deep down inside ... huh...sedih pulak.......
Tapi apapun set teko ini kelak akan menjadi kenangan pada kakak dan adik di suatu masa nanti ketika mama dah tiada lagi didunia ini sebagai hobi mamanya yg suka mengumpul barang2 lama.

Monday, June 15, 2009

Set Jepun Giesha

Ramai benar pengumpul pinggan2 lama sekarang ni. Mama ni pun suka gak dulu kumpulkan sebab ianya memberi kenangan yg terindah buat mama dan mama cuma dapatkan dari emak, mertua nenek dan mak2 saudara, tapi ada yg tak cukup setnya. Jadi baru2 ni untuk mencukupkan familynya mama cuba dapatkan dari kawan2 di internet, sahabat handai dan kedai2 antik yg sama2 mempunyai minat yg sama.








Ini adalah satu2nya set lengkap yg dapat dari mertuaku. Ini adalah pemberian dari arwah Atuk Mail ( Ayah kepada mertua mama) semasa mertua melangsungkan perkahwinannya pada tahun 1937 ke 1938 gitulah. Set ini tak pernah sekalipun dipakai oleh mertua. Cuma disimpan sebagai hiasan saja. Sebab itulah masih lengkap. Gambar pemandangan hanya menggunakan 'Gold Art Marker' tanpa diwarnakan dgn warna2 lain.




Didalam cawan tersebut ada bayangan muka permpuan Jepun. Ianya akan lebih jelas bila dilihat pada sinaran lampu. Jika diletakkan pada posisi biasa kita cuma nampak ukiran wajah perempuan Jepun tersebut.





Yang ini pulak mama pernah masukkan dlmN3 yg lepas2. Set ini pulak merupakan set hadiah perkahwinan nenek lbh kurang dalam tahun 1930an jugak, tapi set ini cuma ada 4 cawan saja berserta 1 teko, 1 creamer dan 1 sugar bowl. Mama masih ingat masa kecik2 selalu pergi ke almari nenek dan membelek2 set ini kerana inilah satu2nya set yg ada gambar pemandangan mcm ni. Yang lain semua gambar bunga2. Pernah semasa di dalam tingkatan 2 mama membuat lukisan yg sama seperti yg terdapat pada set Jepun ini dan sukanya mama bila cikgu menggantung lukisanku sebagai antara lukisan yg tercantik. Sayang tak ambil simpan. Kini set ini jugak menjadi koleksi mama hadiah dari nenek.




Kemarin masa belek2 cawan ni rupanya sama mcm set yg diberi oleh mertua kepada mama. Ada gambar perempuan Jepun tapi lain sikit wajahnya. kata emak dan nenek selama ni mereka tak perasan langsung. Maklumlah set ini pun tak pernah digunakan sama sekali tapi sayang muncung tekonya terpatah sebab masa mengalihkannya. Tak apalah dah digampun. Sayang betul......