Thursday, December 31, 2009

Resepi Sambal Loteng

Assalamualaikum ........ inilah N3 yg terakhir untuk tahun ini iaitu tahun 2009. Melangkah ke tahun 2010 semoga azam kita yg belum tercapai akan segera dikotakan.
Ikan bakar adalah salah satu menu kegemaran mama dan merupakan menu wajib setiap minggu. Kami sekeluarga memang gemar sekali makan ikan bakar. Samada ikan dibakar berserta dengan sambalnya sekali ataupun dibuat kuah pencicahnya secara berasingan. Kali ini mama nak menjamu mata semua dengan sejenis sambal pencicah yg dikenali sebagai Sambal Loteng. Tak taulah kenapa dipanggil sambal loteng. Sambal loteng ini sangat2 digemari oleh anak perempuan mama. Suka sangat kalau mama buat sambal ini. Buatnya amat mudah sekali.

Bahan yg diperlukan:
10-15 tangkai cili padi dihiris serong (atau mengikut suka jumlahnya )
1 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dihiris nipis
3 biji limau kasturi (boleh juga digantikan dengan asam jawa)
belacan sebesar 1/2 tapak tangan (diramas hancur)
sebiji tomato (jika suka)
Air masak secukupnya
Satukan kesemua bawang merah, bawang putih, cili padi, dan belacan. Tuangkan air masak secukupnya. Kuah ini hendaklah pekat sedikit. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata. Perahkan limau kasturi dan akhir sekali masukkan tomato yang dipotong dipotong dadu.

Sedia untuk dimakan bersama ikan bakar dan nasi putih
Selamat Tahun Baru Masehi

Wednesday, December 30, 2009

Pinggan Dan Piring Kek



Pinggan kek berserta piringnya ini adalah hadiah perkahwinan emak dan arwah ayah pada November, 1955. Emak masih ingat ianyanya dihadiahkan oleh seorang kawan sekolahnya semasa emak di Singapura dahulu ketika di sekolah St Anthony Girls School, Singapura iaitu Makcik Rubiah dan mereka masih baik sehingga kini. Chik Biah, panggilan mesra kami adik beradik kepada makcik ini seorang yang sangat pandai dalam membuat kuih muih dan kek. Mungkin sebab itu dia menghadiahkan emak pinggan kek dan piring ini.





Pinggan dan piring ini masih digunakan sehingga ke hari ini. Aku suka akan corak dan bentuknya ini. Walaupun ianya hanyalah sejenis kaca biasa.





Semoga pinggan dan piring ini akan dapat aku jaga dengan sebaik mungkin kerana ianya adalah hadiah perkahwinan emah dan arwah ayah.









Pinggan Buah Berbiku Dan Piring Empat Segi

Pinggan Buah ini aku dapatkannya di rumah ibu mertuaku. Di dasar pinggan ini terlihat ukiran bentuk buah-buahan dan sekeliling pinggan ini berjalur2 dan berbiku-biku. Cantik sungguh pada pandangan mataku. Kata mertua pinggan buah-buahan ini digunakan olehnya untuk meletak buah-buahan segar di atas meja pada suatu masa dahulu. Sehingga kini ibu mertuaku masih meletakkan buah-buahan ke dalam pinggan ini. Oleh kerana ibu mertuaku mempunyai 2 biji pinggan ini maka satu daripadanya diberikan kepadaku. Selain dari buah-buahan pinggan ini boleh juga diletakkan puding, agar-agar dan kek serta kuih miuh. Pinggan buahini dibeli oleh mertua pada awal tahun 1950an.



Piring berbiku-biku empat segi ini pula adalah dari emaku sendiri. Piring ini aku masih ingat lagi kegunaanya semasa hari raya semasa zaman kanak-kanakku sehinggalah aku remaja. Piring ini emak menggunakannya kepada tetamu untuk menghidangkan biskut dan kek semasa hari raya. Biskut dan kek akan disimpan di dalam balang kuih dan piring ini diletakkan disisi kanan dan kiri meja dan dibiarkan kosong. Bila tetamu datang mereka sendiri akan membubuh kek dan biskut beberapa keping ke dalam piring ini dan menjamunya. Piring ini emak membelinya di Singapura pada pertengahan 1960an.











Emak akan marah kepada kami kalau tidak meletakkan piring-piring ini bersama di sisi balang kuih yang penuh berisi kerana bagai tidak menghormati tetamu. Dengan cara ini kata emak tetamu dapat menikmati juadah dengan selesa dan seberapa banyak yang mereka suka.






Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah suatu hari yang penuh bermakna kerana ia menandakan permulaan dua peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekkah ke Kota Madinah Al-Munawarah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan lembaran baru dalam sejarah Islam di mana bermulanya agenda perubahan dengan meninggalkan pemikiran kuno iaitu ketaksuban kabilah atau bangsa kepada semangat perpaduan sebenar Islamiah. Betapa agenda perubahan tersebut berjaya menusup ke sanubari setiap individu Muhajjirin dan Ansar tatkala itu. Pemikiran dan idea baru yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah berjaya mengalahkan musyrikin Quraisy yang menentang dengan segala kepakaran dan strategi yang canggih. Betapa perpaduan sebenar, melangkaui fahaman kabilah atau kaum, jelas menjadi agenda utama Rasulullah SAW selepas peristiwa Hijrah.

Konsep hijrah hari ini menuntut kepada perubahan demi kemajuan individu, masyarakat dan negara berlandaskan pemikiran yang kreatif dan inovatif. Ini memerlukan keazaman, kemahiran, kecekalan dalam usaha ke arah kemajuan.

Semoga Umat Islam khususnya golongan muda di Negara kita bersama memahami dan menghayati sejarah Maal Hijrah serta meneruskan agenda perubahan yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam konteks hari ini.

1430 telah berlalu. Pelbagai suka duka silih berganti. Segala Kejayaan yang kita kecapi kini bukanlah diperolehi dalam sekelip mata. Perjuangan ini pernah merasai ranjau pahit getir yang tidak terbilang. Kejayaan yang dikecapi kini menjadi titik tolak untuk memperbaiki semula perlaksanaan serta dasar yang angkuh dan mencengkam.
Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 1431/2010 menjanjikan kecemerlangan untuk kita semua.

Gerobok Antik 3





Gerobok ini pulak ada di rumah nenek dan dijadikan sebagai gerobok menyimpan segala pahar berkaki, botol perinjis air mawar, tepak sireh, bekas menepung tawar dan segala tembaga2 dahulukala. Ianya juga kini telah tak terjaga. Aku pernah meminta kepada nenek gerobok ini dan nenek kata ambil dengan tembaganya sekali kalau nak tetapi aku tak minat tembaga2 itu. Yang aku minat hanya kuali tembaga kerana untuk dibuat masak memasak. Jadi seorang ibu saudaraku dia berminat akan tembaga2 itu dan mencadang mengambilnya. Namun sehingga hari ini tembaga itu masih tersimpan di dalam almari nenek dan nampaknya kerjaku tergendala sudah. Selagi tembaga tidak diambil oleh ibu saudaraku, selagi itulah aku tidak dapat memiliki gerobok berkaki U ini.
Ditakdirkan tuhan pada suatu hari......... Adakah benar bidalan orang melayu kita mengatakan rezeki datang bergolek. Rezeki terpijak dan rezeki dari langit. Suatu hari pada tahun lepas ketika aku sedang hendak parking kereta di belakang sebuah kedai lama kerana hendak breakfast tiba2 aku terpandang akan sesuatu. Cepat2 aku parking dan mendapatkan benda itu. Ya Allah, inilah dia gerobok idaman hatiku. Kenapa gerobok ini diletakkan diluar ini. Aku lantas memanggil kakak restaurant itu dan bertanyakan kepadanya almari siapakah itu. Kakak restaurant itu memang kenal sangat dengan ku karana aku memang rajin bersarapan di kedainya dan juga selalu lunch di sana. Orang masuk nak makan di restaurantnya ikut depan tetapi aku masuk ikut belakang dan juga parking di belakang bagunan restaurant. Kakak itu memberitahu ada orang di atas pindah dan membuang almari ini. Terkejut aku dan aku bagitau kakak restaurant itu aku nak ambil gerobok itu kalau tuannya memang nak buang. Kakak restaurant itu kata ambillah dan dia menolong aku mengangkatnya dan simpan di dapur restaurant. Petang tau kak saya datang amik. Ketawa besar kakak tu.
Pada petangnya aku datang semula dan kakak serta pembantu kedainya menolong aku memasukkan ke dalam kereta. Agak sukar juga tanpa bantuan lelaki keran cerminnya telah pecah separuh dan susah di keluarkan cermin yang tinggal separuh itu. Sepanjang jalan aku berdoa janganlah ada polis atau JPJ yg menahanku. Sangat bahaya ketika itu keadaanku kerana aku memandu hanya berpandukan side mirror sahaja. Pot pet pot pet suamiku bila mendapat tahu aku membawa balik gerobok tersebut. Apa yang dia marah ialah kerana cara ku yang sangat merbahaya. Barang macam ni pun u nak kutip ya. Apalah u nie. Tunggu ajelah amik umah nenek atau kita boleh cari kemudian, kata hubby sambil menggeleng2 kepala. Suatu hari kami melihat almari ini yang telah dibaik pulih di sebuah kedai perabot antik, melopong mulut hubby bila tokeh kedai tuh cakap RM1600. Ini almari kaki U dan keluaran tahun 1920an serta kayu jati, kata tokeh kedai itu. At last hubby cakap bijak ...bijak u nielah Zura ......sambil mencubit pipi aku. Tulah kataku sambil mencebik.
Aku sangat berterima kasih kepada kakak restaurant itu dan pembantunya kerana bersusah payah memasukkan gerobok ini ke daam keretaku. Beratnya sama seperti gerobok showcase yang aku ambil di rumah abang kerana kayunya adalah kayu jati juga dan restaurant itu kini telah berpindah kerana bangunan itu juga terlalu lama. Inilah dia rezeki yang tidak terduga.
Gerobok ini telah dipasang semula cerminnya oleh kami suami isteri. Mula2 hubby hanya meletakkan jaring2 tetapi tak berapa kemas dan nampak macam reban ayam sepatah kata sepupuku maka kami telah menggantikan cermin semula. Mungkin kalau dicat putih ianya baru sesuai dipasang jaring, tetapi aku bercadang mengekalkan warna coklat kerana segala set pinggan mangkuk di dalamnya adalah set zaman dahulu dan sesuai dengan warna kayu ini.

Gerobok Antik 2




Rasanya pada setiap rumah pada zaman dahulu mesti mempunyai almari ini. Almari atau show case ini yang bercermin sliding ni popular sekitar tahun 1950an , 1960an dan 1970an. Almari ini adalah pemberian nenek kepada emak setelah emak baru mendirikan rumahtangga sekitar tahun 1955. Almari ini dahulunya emak letakkan di ruang tamu dan diisi dengan pelbagai set cawan dan teko porselin sebagai hiasan. Almari ini juga sangat kukuh pembuatannya. Mama masih ingat sewaktu mama di sekolah rendah mama suka bermain di tepi sisi almari ini kerana papannya yg lebar itu sering mama jadikan sebagai papan hitam dan menconteng2 serta melukis di situ. Kononnya2 berangan macam mengajar. Habis comot gerobok itu dikerjakan mama dengan menggunakan kapur tulis. Selalu emak akan mengelap semula papan situ dengan menggunakan kain basah tetapi emak tidak pernah merungut.
Almari ini kekal di rumah emak sehingga pada suatu hari selepas abangku yg nombor 3 mendirikan rumahtangga, almari ini diletakkan di rumahnya. Namun almari ini bukanlah diletakkan di ruang tamu untuk dijadikan sebagai almari perhiasan tetapi diletakkan di dapur menghala ke stor. Maklumlah rumah abangku ini rumah quaters kerajaan dan dapurnya sangatlah luasnya. Jasi kata emak dapur yang nampak kosong itu elok saja diletakkan almari ini untuk laluan ke stor dan segala khazanah yang disimpan di dalam almari ini oleh abangku ialah segala khazanah yang tak pakai. Berbelas tahun almari ini terceruk di rumanya dan kami semua telah tidak menghiraukannya. Pada tiga tahun lepas negeri Johor telah dilanda bencana alam. Habis quaters abangku di Kolam Ayer telah dinaiki air. Dapurnya yang luas telah menjadi seperti kolam mandi. Cabinetnya juga habis tenggelam dan musnah. Nasib baik abangku sempat menaikkan peti sejukknya serta beberapa barang elektrik yang lain. Build in cabinet dapur yang disediakan kerajaan habis kembang kayu-kayannya. Yang tinggal konkritnya saja. namun bila air surut almari pemberian emak ini masih teguh utuh berdiri walaupun quatersnya dua kali di bahagian dapur ditenggelami air.
Apabila projek IRDA mengambil tanah quaters ini dan abangku juga diarah berpindah. Kebetulan kenaikkan pangkat maka dia ditukarkan ke pejabat daerah dan dia mendapat quaters yang lain pula. Almari ini dia bercadang untuk tinggalkan saja namun oleh kerana keprihatinan kakak iparku yang tau aku suka akan barang2 lama ini dia menyuruh aku membawa pulang almari ini.
Kini almari ini aku letakkan juga di ruang tamu dan mengisi serba sedikit set porcelin lama. Cermin atasnya juga telah aku gantikan dengan yang baru kerana cerminnya dulu yang asal telah pecah berderai. Kini almari ini akanku dibaiki pulih sedikit masa nanti. Semoga ianya kekal bersamaku dan menjadi warisan zaman berzaman anak cucu dikemudian hari.

Gerobok Antik 1




Ini adalah almari ataupun lemari ataupun kata orang Johor gerobok yang pertama sekali aku miliki didalam tahun 1999. Almari ini mama beli di kedai yang menjual perabot antik di Benut Pontian. Masa tu baru pindah rumah dan sedang mengandungkan si kakak.
Mula2 singgah untuk cuci mata dan mencari benda lain tetapi inilah pulak yg mama berkenan. Rupanya pada masa itu taklah macam dalam gambar ini. Cerminnya pecah dan handle daun pintunya juga ada yang dah terkopak tetapi kayunya masih utuh dan tegap. Setelah disuruh baik pulih dan ditukar handlenya barulah nampak macam baru. Almari ini dalam sekitar tahun 1950an dan 1960an. Mama pernah lihat keluaran gerobok macam ini di sebuah kedai perabot yang menjual perabot baru dan mama bertanya adakah ini keluaran design baru tetapi tokeh kedai tu cakap dia meniru design almari lama. Walaubagaimanapun pembuatannya tidaklah sekukuh yang mama ada ini. Mama suka almari mama ini kerana ianya simple dan tidak mempunyai ukiran2 yang bila dilihat akan menyeramkan. Almari ini rasanya tidak mengikut musim dan bolehlah dikatakan evergreen sebab ianya masuk walau di dalam apa jua zaman. Segala isi di dalam almari itu sering bertukar2 mengikut mood kami suami isteri.

Tuesday, December 15, 2009

Piring bentuk Bunga Lawang dan Bintang

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky
When the blazing sun is gone
When he nothing shines upon
Then you show your little light
Twinkle, twinkle, all the night




Semua antara kita pasti pernah mendengar lagu ini dan merupakan lagu yg sering kita nyanyikan kepada anak2 kita sewaktu mereka kecil2 lagi. Emak2 kitapun menyanyikan lagu ini kepada kita sewaktu kita masih bayi dan kanak2. Selain lagu Twinkle twinkle ini, lagu Jack And Jill yg selalu emak menyanyi bersama mama dulu2. Kakak dan Adik juga semasa mereka kecil pandai menyanyi lagu itu.
Indah sekali kenangan kita menyanyi bersama emak tersayang sewaktu zaman kanak2. Lebih indah lagi bila kita ajarkan kepada anak kita dan sewaktu mereka mula berjalan jatuh mereka menari dengan lagu ini terkedek2. Tak puas rasanya melihat zaman anak2 sewaktu mereka mula berjalan jatuh. Comelnya rasa dikala itu walaupun tak comel di mata orang tetapi amat comel di mata kita.




Bukan hanya lagu sahaja kenangan kerdipan bintang itu tetapi juga pada piring kuih putih jernih ini. Piring ini juga dijadikan sebagai hidangan sewaktu hari raya dan hari2 tertentu pada sewaktu waktu dahulu.







Mangkuknya juga boleh dijadikan sebagai air cuci tangan yg dialas piring. Kata emak tak sopan sungguh kalau air mencuci tangan tak beralas piring dan tuala kecil. Dulu kalau air cuci tangan dihidangkan bersama kuih muih pastinya di dalam air itu dibubuh sedikit kelopak bunga dan hirisan limau. Sekarang ada tak orang buat lagi. Ya ...masih ada..... di rumah kami!

Monday, December 14, 2009

Piring Kaca beropol Aneka Warna



Dahulu semasa aku kecik2, aku rajin sekali meninjau2 apa yg tersimpan di dalam almari ibuku. Ada satu almari yg dipanggil Gerobok Pak Awang. Dulu emak ada 3 gerobok Pak Awang ni. Dua dah musnah. Tinggal satu aje yg dahpun aku letak di belakang rumah. Hanya tunggu masa saja nak roboh. Banyak sangat khazanah yg tersimpan di dalam Gerobok Pak Awang ni dan aku boleh dapat macam2 yg boleh aku lihat. Akupun tak taulah apa motif sebenar aku masa tuh meninjau2 ataupun sepatah kata org Johor, mengopes ke dalam gerobok itu. Namun apa yg aku lihat dulu ada kini di antara blogger2 peminat pinggan mangkuk antik menjadikan ianya sebagai koleksi kini. Antara yg terdapat di dalam gerobok Pak Awang itu ialah piring2 kuih2 ini. Seingat aku piring2 ini tak pernah kulihat digunakan oleh ibuku semenjak dari zaman kanak2ku. Sebab tulah ibuku menyimpannya ke dalam gerobok Pak Awang itu, sebab di dalam gerobok itu ibuku hanya meletakkan pinggan mangkuk yg jarang digunakan dan telah tidak diigunakan lagi. Kini piring2 yg beropol2 itu telah menarik minat pengumpul pinggan mangkuk antik dekad ini. Dulu aku suka melihat piring2 ini kerana ianya unik sebab beralun2 ataupun bergelombang.

Selepas aku mendirikan rumahtangga, ibuku menghadiahkan aku piring ini dan aku pernah menjadikan ianya sebagai hidangan mengisi kuih kepada tetamu. Namun lama kelamaan aku telah menyimpannya semula kerana sayang yg teramat sangat, lagipun harganya kini telah menjulang naik. Piring ini adalah hadiah nenek kepada ibuku semasa ibuku juga baru berumahtangga dan menurut ibuku semasa dia kecik2 piring2 ini sangat popular. Piring2 kepunyaan ibuku ini berwarna pink lembut kecoklatan.

Dan aku juga mendapat sebahagian dari ibu mertuaku juga yg berwarna putih jernih. Memang lama sungguh piring2 ini kata mertuaku dan semoga aku dapat menyimpannya dengan baik.


Selain dari warna pink coklat dan putih aku ada juga serba satu berwarna biru pekat, biru lembut, hijau dan seakan2 jingga. Piring2 ini juga ada yg tipis dan ada yg tebal. Piring ini sesuai sebagai manisan seperti halwa, dodol dan pelbagai kuih tradisi warisan nenek moyang kita.

Friday, December 11, 2009

Talam Puteri Salat

Sejak emak menunaikan fardhu haji dan semenjak cuti sekolah, nenek mamalah yg mengambil alih meneman anak2ku semasa kami suami isteri keluar bekerja. Nenek dengan sukarelanya hendak meneman anak2ku. Mama suami isteri dengan senang hati menerima kehadiran nenek dengan senang hati. Selalu kalau nenek datang, hanya seminggu dua saja dan kali ini sehingga emak balik dan mama akan menahannya lagi sehingga tahun depan.
Anak2 juga suka moyang meraka berada di rumah. Mereka berbual, bergurau dan macam2 aktiviti yg mereka lakukan. Bagitu juga dengan mama, balik ke rumah ada nenek yg boleh diajak berborak dan bercerita tentang itu dan ini. Sekurang2nya terubat kerinduan pada ibu yg jauh. Nenek mama ni walaupun dalam usia dia 84 tahun ini, beliau masih sehat dan cergas, pernah semasa bulan puasa kami membawanya ke Singapura dari lepas Isyak sehingga menjelang siang berjalan2 di Mustafa Centre. Kami bersahur di restaurant Amin dan tunaikan hajat nenek nak bersolat Subuh di Masjid Sultan.
Nenek juga mengajar mama membuat Talam Puteri Salat ini. Walaupun mama tak berapa gemar makan kuih talam tetapi sudah tiba masanya untuk mama mempelajari semua ini. Ini juga percubaan mama yg pertama.







Talam Puteri Salat

3 cawan beras pulut (dicuci dan direndam sebentar)
1/2 biji santan kelapa (pati santan)
garam secukup rasa
Toskan air rendaman pulut dan masukkan santan sehingga memenuhi paras pulut dan gaulkan dengan garam. Kukus sebentar sehingga pulut benar2 tanak. Bila pulut telah masak gaulkan semula dan rata2kan kemas2 iaitu dengan menekan2 pulut tersebut sehingga mampat.


500ml air
10 helai daun pandan dikerat2
1/2 biji kelapa parut putih
gula secukup rasa (terpulang kepada citarasa masing2)
secubit garam
Blend pandan dengan 500ml air bersama dengan 1/2 biji kelapa parut putih kemudian perahkan kelapa tersebut. Jerangkan air perahan jus pandan dan santan tersebut di atas api yg sederhana kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga berwap. Cara ini adalah untuk mengelakkan dari adunan menjadi berkaki ketika dikukus nanti. Kaedah ini juga boleh dibuat semasa membancuh kuih lompang. Kemudian campurkan ke dalam bahan2 di bawah ini iaitu :


1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
tepung gandum secukupnya lebihkurng dalam 1/2 cawan
Kacau sehingga sekata dan blend sekali lagi



Tapiskan bancuhan ini dan curahkan ke atas pulut yg telah dimampatkan kemudian dikukus semula sehingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dengan pisau plastik











Hidangan talam Puteri Salat ini boleh dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi dan minum petang.








*Nama lain bagi Talam Puteri Salat ialah Talam Seri Muka

Thursday, December 10, 2009

Piring Kuih Bujur Biru







Orang dulu2 rajin menyusun kuih muih di dalam piring2 yg pelbagai corak, warna dan bentuk. Pelbagai nostalgia dan kenangan dengan piring2 sebegini dan juga kuih muihnya yg enak2 belaka. Kesemua kuih2 itu amat rumit membuatnya dan jika tak jadi alamat ke longkanglah. penggunaan piring2 sebegini aku seakan2 ingat2 lupa kerana semasa zaman kanak2ku ianya hampir tidak digunakan lagi. Semasa zaman kanak2ku emak banyak menggunakan balang2 yg bertutup tidak kedap udara yg berwarna kaca putih jernih dan juga pyrex putih bertutup lutsinar. Namun bekas balang kuih kedap udara milik emak itu sangat kualiti buatanya dan semuanya buatan England. Sekarang ini kebanyakkan kaca2 buatan China. Kristal pun ada yang buatan China juga.







Piring2 kuih ini akan aku simpan dan jaga sebaik mungkin kerana aku rasa tiada lagi keluaran seperti ini pada masa ini. Biarpun aku tidak hidup di zaman itu namun kenangannya tetapi ada.

Home Made Sardin

Sudah lama benar mama tak makan sardin semenjak mendapat berbagai2 cerita tentang pembuatannya. Sebelum ini ianya merupakan makanan kegemaran kami sekeluarga. Namun suatu hari ketika sedang meneliti di Blog CMG, mama tengok, CMG ada membuat resepi sardin ini. Wah, homemade sardinlah. Terjerit2 mama memanggil papa......... Setelah meneliti dan study betul2 kami terus ke pasar dan mencari ikan tamban besar. Syukur dan nasib kami sangat baik. Mama membeli 2 kg ikan tamban besar dan terus menyediakannya. Resepi ni mama buat sebenarnya semasa bulan puasa. Jadi stok sardin tuh memang mama simpan untuk hidangan semasa sahur. Maklumlahkan lepas sahur nak sediakan masakan untuk berbuka lagi. Penat sehhhh.....
Untuk mendapatkan dengan teliti resepi ini silalah melayari ke blog Dapur Tanpa Sempadan kerana di situ terdapat berbagai2 resepi istimewa. Terima kasih kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi itu bersama2.
Di sini mama membuat dalam kuantiti yg banyak iaitu sebanyak 2kg. Sila rujuk kepada blog Dapur Tanpa Sempadan untuk mendapatkan detail tentang resepi ini.
Home Made Sardin

2kg ikan tamban besar
1 1/4 cawan tomato puree
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
halia sebesar ibu jari
3 1/4 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Minyak
Yang penting kena ada pressure cooker
Mula2 siangkan ikan tersebut dan buangkan ekor dan kepalanya. Cuci bersih dan perapkan bersama sedikit jus limau nipis dan garam selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Tumiskan bahan2 kisar di dalam pressure cooker apabila minyak telah pijar. Apabila telah naik bau masukkan tomato puree hingga terbit minyak dan kemudian masukkan air gula dan garam secukup rasa.




Apabila kuahnya mulai mendidih masukkan pula ikan tersebut dan segera tutup pressure cooker rapat2. Biakan sehingga ianya berbunyi berdesir atau wisel dan slowkan apinya dan biarkan selama 1 jam atau mengikut periuk masing2. Selepas itu matikan api dan biarkan sebentar pressure cooker tersebut sehingga wapnya benar2 telah keluar dan bolehlah dibuka dan keluarkan ikan2 tersebut bersama kuahnya. Namun perlu diingatkan di sini hanya dengan menggunakan pressure cooker sahaja ikan ini akan lembut tulang2nya sama seperti ikan sardin yg kita beli di dalam tin itu. Tanpa pressure cooker ini, ianya tidak akan menjadi.



masaklah ikan sardin tersebut mengikut citarasa masing2. Nak buat inti pai ke, sardin roll ke, epok2 sardin ke...... terpulanglah. Ikan sardin ini boleh disimpan di dalam peti dingin beku di dalam bekas kedap udara dan boleh dimasak apabila diperlukan.

Di sini ada resepi mudah cara mama memasak sardin ini.


Beberapa ekor ikan sardin
4 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari dihiris
1 labu bawang besar dimayang

2 tangkai lada merah di belah panjang
2 tangkai lada hijau di dibelah panjang
cili padi dipecah2 (mengikut suka kuantitinya)


Mula2 goreng sebentar ikan sardin dan toskan minyaknya. Tumbukkan bawang merah dan bawang putih kemudian tumiskannya dan masukkan pula halia. Apabila telah naik bau Masukkan kuah sardin dan apabila telah mendidih masukkan bawang yang telah dihiris kasar2 dan lada besar. Kacau lagi dan barulah dimasukkan ikan. Curah sedikit air asam. Akhir sekali campakkan cili padi yg telah dipecah2kan. Jika kurang masin boleh ditambah garam.

Monday, December 7, 2009

Ayam Masak Hitam

Beberapa hari tak mengupdatekan blog....sebenarnya resepi ni nak dimasukkan masa tu saing2 resepi utk raya haji tetapi oleh kerana telah berlaku beberapa perkara pelik dalam kehidupanku maka tertangguhlah resepi ni.
Resepi ni juga adalah masakan dari Perak yang diajarkan oleh Syed Zamir. Hehe.... beliau memang pandai memasak. Masakan ini lebih kurang rasanya macam rendang juga tetapi bahan2nya ada sedikit berlainan.





Ayam Masak Hitam

1 ekor ayam tua atau ayam kampung (mama lebih suka menggunakan ayam kampung)
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
(Ditumbuk kasar2 dan digaul bersama ayam yg telah dipotong dan dicuci bersih)
Perap 1 jam
12 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 biji kelapa kerisik
5 batang serai
1 biji kelapa diambil santan pekatnya
halia sebesar ibu jari
lengkuas sebesar ibu jari
kicap pekat 3 sudu besar
sos tiram 3 sudu besar (jika suka)
1/2 cawan kismis hitam dikisar halus
Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas serta serai yg telah dikisar halus. Masukkan ayam yg telah diperap tadi dan masukkan santan. Bila telah pekat dan hampir kering masukkan kerisik, kicap pekat, sos tiram dan kismis. Gaul sekata. Bila ayam benar2 telah empuk barulah dihidangkan.


Tuesday, December 1, 2009

Rendang Tok

Antara hidangan wajib di pagi raya menunya adalah rendang. Rendang ini macam satu kemestian pula bila tiap kali menjelangnya raya. Samada rendang basah atau kering yang pastinya adalah rendang. Di negara kita memang terkenal dengan juadah rendang. Di Johor pula selain rendang dijadikan sajian yang dimakan bersama ketupat, ianya juga dijadikan lauk untk nasi lemak. Berbagai2 jenis rendang mengikut versi negeri masing2 dan yang paling mama suka sekali ialah rendang negeri sembilan kerana dia betul2 ada umphhh........ Suami pula selain rendang Johor dia amat menggemari rendang tok dari Perak. Kali ini atas permintaannya mama telah membuat rendang tok. Rendang tok ini banyak nostalgia indahnya sewaktu dolu2....ehehhe..... Apa tidaknya belajar memasak rendang ini dengan ibarat sepatah dalam dialog cerita P Ramlee Sabarina kekasih lama. Kalau tidak bersuamikan orang Peraklah saya ni...ehehhe.... apa nak buat jodoh tiada dan apa yang saya dapat sekarang ini adalah lebih tepat dan sangat2 alhamdulillah. Apapun terima kasih kepada Syed Zamir kerana mengajar saya resepi yang sangat berharga ini.
Rendang Tok Negeri Perak

Bahan A :-
1 1/2 kg daging lembu yang baik
*8 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih
*(dihiris halus)
2 cm halia (dimayang halus)
1 biji kelapa muda yg telah keras isinya dihiris nipis2 sepanjang 3 cm
1 1/2 biji kelapa dibuat kerisik
5 biji kelapa diambil pati santannya sahaja
Bahan B :-
Bahan digiling atau dikisar kering :-
Goreng tanpa minyak bahan2 ini
10 tangkai cili kering
2 sudu besar penuh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan halus
1 1/2 teh lada hitam
10 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
3 kunyit kering
Bahan2 A dan B hendaklah diperap bersama daging selama 2 jam
Selepas daging dan bahan diperap 2 jam dibubuh di dalam kuali dan rendidihkan selama 2 hingga 2 1/2 jam sehingga santan benar2 kering dan berwarna kehitaman. Perlu diingatkan apabila santan mulai mengering hendaklah dikacau2 selalu agar daging dan kelapa muda itu tidak melekat. Lebih baik menggunakan kuali tembaga grenseng.




Rendang daging tok ini boleh tahan beberapa hari dan hendaklah dihangatkan selalu