Wednesday, February 25, 2009

Sup Herba, Telur Sekam Padi dan Ros Kering

Hari yg sungguh meletihkan........malas dan lemah longlai.......cuaca pulak tuh hangat dan bahang. Namun sejak bebarpa hari ni hujan petang setelah panas terik menyengat2 kulit tubuh. Hubby pulak asiklah ulang alik klinik. Demam kebah ...... demam kebah....... Antibiotik dah habis, darah nasib baik tak abis Doctor sedut. Semua ok, BP ok, kolestrol tahap tak merbahaya. Pendek kata semua ok. Cuma panas badan aje kejap ok kejap tak ok. Dalam pada tuh pun sibuk jugak nak berfutsal. Geram aku.
Minggu lepas adalah seorang teman baikku Agatha Chia memberikan mama sebungkus herba.....katanya baik untuk letih2 badan, panas2 badan. Uiksss, macam tau2 aje ekkk..... Agaknya hari tuh dia berbual2 ngan hubby so tetiba aje mama dapat bendalah nie darinya.... Bila ditanya apa nama bahan2 ni.... sebiji haram dia tak tau. Katanya tiap kali badan terasa letih dan panas2 bahan inilah yg dia amalkan.

Sup Herba - Sesuai Untuk Pulihkan Badan
1 ekor ayam kampung/ayam selasih(ayam hitam) lagi baik ayam kampung
Kalau boleh buang segala lemak dan siatkan kulitnya sahaja dan jangan di kerat2 ayam tersebut

Mengikut pusingan jam
Pukul 12= hong chaw
Pukul 2 = pat keay
Pukul 4 = tong kueai
Pukul 6 = keay chei
Pukul 9 =tong sam

Alamak betul tak itammmm aku eja nie......(Aku dah bagi betul2 detail nie siap ada pukul berapa sekali...manalah tau kot2 ada yg tak paham nanti.)
Terima kasih Itam kerana tolong mama mengenalkan nama bahan2 nie...senanglah nanti mama nak cari kat Kedai Ubat Cina....segan pulak asik dapat free aje....

4 ulas bawang kecil diketuk
1 labu bawang putih diketuk bersama kulitnya sekali
sedikit halia muda sebesar jari hantu dihiris


Kesemua bahan dimasukkan ke dalam slow cooker bersama2 ayam.
Rebus sehingga masak
Bubuh sedikit garam


Ayam dihidangkan panas-panas. Boleh juga dinikmati kuah sup sahaja tanpa ayam

Hidangan tambahan
Telur puyuh yg diperam bersama sekam padi lebih tepat lagi dipanggil century egg.
Cara menghidang telur ini ialah dengan menuangkan sedikit cuka putih bersama halia muda yg dihiris nipis2. Gaulkan dan biar sebentar dalam 15 minit baru dimakan
Tetapi harus ingat, JANGAN makan telur ini bersama cuka ketika menikmati hidangan sup ayam Herba kerana hidangan ini akan mengakibatkan sup herba tadi menjadi kalis ataupun memusnahkan khasiat yg terdapat di dalam sup tersebut. Jadi jika teringin sangat nak makan telur ini, cukup makan bersama halia muda sahaja ataupun ika ingin juga makan bersama cuka...SILA makan dilain waktu


mmm....... Sup Herba ini rasanya manis2 panas



Makan Sup bersama Teh Kuntuman Rose Kering
Rose kering ini sangat baik untuk kulit dan mengurangkan kesakitan senggugut serta pening kepala

Prevention is better than cure........




















No comments: