Thursday, February 12, 2009

Harta Pusaka Untuk Anak Perempuan - Barang Kemas Antik



' INTAN itu jika terbenam di pelimbahan sekali pun tiada akan hilang cahayanya.'

Inilah peribahasa yang membuktikan keindahan dan cahaya intan yang kilau-kemilau walaupun berada di dalam air yang hitam dan kotor.

Seni ukiran pembuatan barang kemas intan yang halus dan dibuat dengan penuh teliti serta hati-hati menjadikannya sebagai suatu warisan seni Melayu yang unik, indah dan sukar dicari ganti. Kesenian inilah yang harus bijak dinilai oleh golongan muda dan sepatutnya dihidupkan semula agar seni ukiran barang kemas Melayu mekar kembali dan tidak pupus dek zaman.
Barang kemas intan dibuat daripada emas campur kerana emas jenis ini kukuh dan tahan apabila dimasukkan permata. Keistimewaan barang kemas tersebut adalah ukirannya yang nipis seperti kulit bawang. Walaupun nipis namun ukirannya tetap bersambung dan tidak putus.

Berkerawang, berkerompol, berjurai macam hujan renyai atau penyapu bahu merupakan antara istilah yang digunakan bagi menceritakan mengenai rekaan barang kemas intan. Wanita yang memakai barang kemas intan ke majlis pasti menjadi tumpuan kerana barang kemas yang dipakai tidak sama dengan orang lain. Ini ialah kerana ukirannya tidak dicetak tetapi dibuat dengan menggunakan tangan. Maka oleh sebab itu ukirannya tidak sama saiz dan berlainan betuk jika diamati dengan teliti. Buatannya sungguh halus dan teliti. Barang kemas intan ini dibuat begitu berseni dengan penuh kasih sayang.
Pada musim cuti yg lalu ketika pulang dari Kuala Lumpur, mama telah singgah di Jonker Street di Melaka dimana terdapat deretan kedai2 antik. Tujuan sebenar adalah untuk mencari pinggan mangkuk lama sebagai koleksi mama, tetapi memandangkan harganya terlampau mahal dan mencecah ribuan ringgit, dan kebanyakkannya telahpun mama miliki secara percuma dan melalui sistem barter maka mama telah membatalkan niat itu begitu sahaja. Dalam hati CEKIK DARAH PUNYA TOKEH KEDAI!
Tiba-tiba semasa kami sedang berjalan menyusuri deretan kedai2 tersebut si Adik tiba2 merengek meminta mainan. Semasa Adik sedang memilih2 mainan, terdetik hati mama untuk singgah masuk ke dalam kedai tersebut.
Alamak........banyaknya barang kemas....Ni kedai emas ke apa nie....Mama fobia untuk masuk ke kedai emas sebenarnya, bukan apa...takut tetiba kedai tu dirompak...niaya aku anak beranak. Mama amati satu2 set barang kemas yg terdapat di dalam kedai tersebut. Eh ni macam emak punya yg dulu2...tetiba mama menjerit memanggil emak....eh tu lagi...ni lagi...amboi!!!!!! Emak tersenyum2. Mamapun cuba2 bertanyakan kepada Nyonya kedai tersebut berapakah harga set barang2 kemas ini. Terkejutnya mama bila Nyonya tuh cakap 1 utas rantai leher ...dulu dipanggil MASTURA ataupun LECHA .....mmm tak pahamlah mama kenapa dipanggil begitu. Aku tengok macam necklace aje bentuknya. What everlah. Fulamak harganya RM3,000.00 ....Mak Datuk!!!!! nak sembelih ke apa. Bukannya mama nak belipun.Tulah dulu mak nak bagi awak tak nak......emak berbisik kat telingaku. Mama segera menarik emak keluar...takut rasanya nak duduk lama2 kat kedai tuh... Mama nie orang marhaen, manalah mampu nak beli beribu2 lemon macam tuh. So semasa berjalan menuju ke kereta, mama bertanya kepada emak adakah emak masih menyimpan set barang kemas intan tersebut dan emak kata memang masih disimpannya dengan baik utk ank2 perempuannya. Wah, kalau gitu bolehlah aku pau org tua nie.
Dulu emak pernah menunjukkan set barang kemas intan ini kepada kami 2 beradik tapi mama buat endah tak endah saja. Alah nak ke mana pakai macam tuh...kang orang ketawakan pulak. Tetapi sejak dah berusia begini terasa macam sesekali nak juga pakai.... Alah datin2 gitu. Ceh.....tuanya...... Oh No.....!!!!!!!

Dan dengan rasminya pada bulan December 2008, kami 2 beradik telah mendapat harta pusaka. Emak telah menyerahkan set barang kemas tersebut kepada mama...Ya Allah selamat duit aku beribu lemon.......(Macamlah ada duit tuh beribu lemon nak beli kat Jonker Street.) Kuasa Allah...rezeki yg datang bergolek jangan sesekali disesiakan.....
Jom tengok koleksi Barang Kemas Antik Mama
Ini nama dia cincin Buah Kana.........

Anting2 ataupun subang gantung ini pula dipanggil hujan renyai


Set anting2 di atas itu sama designnya dengan rantai ini. Rantai inilah yg dipanggil mastura ataupun LECHA

Rantai tangan ini pula dipanggil penyapu bahu



Dan akhir sekali ialah kerongsang baju kebaya. Set kerongsang ini pula dibuat dari batu intan minyak...
mmm.... macam2.....layan jelah..... Anyway terima kasih emak kerana telah menyelamatkan duitku........Wei tak aci...kenapa kakak dapat lagi besar....Apa nak buat dah nasib kerana kami terpaksa membuang undi...Adil dan saksama...Nasib baik tak ada perebutan atau rampasan kuasa.......kuang ...kuang...kuang......

No comments: